Assalamualaikum, hi nama aku bunga. Tujuan aku tulis confesion ni just nak minta pandangan or advise dari kaum Adam. Harap IIum dpt siarkan confession ni.
12 thn lepas, aku jatuh cinta for the first time pada Ali, kawan sekolah aku. Kami tak pernah declear kami couple tapi aku yakin kami saling sayang antara satu sama lain. Status “pelajar” buat aku takut utk declear or luahkan perasaan Aku.
Aku kenal Ali dah 10 thn waktu tu, sbb kami 1 sekolah sejak zmn sekolah rendah. Ali sentiasa ada utk aku tak kira masa. Ada 1 hari, salah seorg kwn aku meninggal disebabkan pergaduhan geng.
Aku call Ali byk kali waktu tu sebab aku perlukan dia. Family aku bergegas pergi hospital teman keluarga kwn aku y terlibat. Tapi syg, banyak kali aku call Ali, Ali lansung x jawab . Akhirnya aku msg Ali
“ Weh, baca paper x? Hamdan meninggal semalam sbb kena tikam”
Aku terus charge handphone aku & aku terus keluar ke port aku, arwah Hamdan n kwn2 lain selalu lepak. Kami selalu lepak disebelah surau yang ada pokok ketapang y besar. Hamdan adalah kwn aku dari sejak kecil & kami mengaji ditempat yg Sama.
Aku x sedar y rupanya dah sejam lebih aku duduk bersendirian disitu. Duduk bingung & berharap hari ini hanyalah mimpi ngeri buat Aku. Tiba2, Ali datang sambil menyerahkan handphone aku.
“Nah handphone ko, tadi aku pergi rumah ko n abg ko suh aku teman ko, dia risaukan ko tu..
Akhirnya tangisan aku meletus juga. Perasaan takut & tak percaya aku terlerai dgn tangisan yang menandakan bahawa kejadian buruk ini adalah realiti.
“Aku minta maaf, aku tlg nenek aku kt luar rumah tadi. Handphone aku charge kt dalam bilik. Lepas tgk byk miss call & baca msg ko, aku try call ko. Tapi ko x jawab. Risau lak aku”
“Nenek? Ko balik kt kg ke td?” Soal aku
Aku lihat Ali mengangguk sbg jwpn.
“Habis tu cam ne ko balik sini?” Soal aku lg?
Aku kebas motor y ada kt kampung. Dekat sejam gak la naik motor dr sana ke sini.
Aku terdiam, Ali sanggup naik motor dr Negeri 9 (ntah daerah mana) ke KL sbb risaukan aku. Padahal waktu tu dia hanya ada lesen L.
Tapi 2 thn selepas itu Ali tinggalkan aku mcm tu je. Bila aku tanya kenapa senyap & x nak share masalah dia dgn aku.
Jawab Ali “ aku x nak kau susah hati hanya disebabkan masalah aku. Aku kuat utk handle masalah ni sendiri jadi ko jgn risau”.
Akhirnya berita penceraian ibu n ayah Ali kedengaran dari mulut kwn y kain & kini hampir 11 tahun aku x berjumpa lg dgn Ali.
******************************
2 tahun lepas, seorg officemate aku secara tiba2 melamar aku secara unofficially. Aku x pernah menyangka namun dlm diam aku setuju kerana keyakinan aku pada dia.
Banyak saat2 manis kami selepas itu. Aku masih berpegang pada janji bahawa dia akan dtg ke rumah pada hari raya. Aku juga masih berpegang bahawa dia akan bertanya kembali soalan yg cukup sukar utk aku jawab suatu ketika dahulu.
Namun tiba2 dia berubah, aku dikenalkan pada sahabatnya dgn doa semoga aku bertemu jodoh dgn sahabatnya.
& apabila aku menyatakan bahawa yang aku inginkan adalah dia & bukan shabatnya. Dia menjawab bahawa dia telah berpunya.
2 thn aku bermandi dengan teka teki. Adakah y terjadi antara kami hanyalah gurauan? Adakah aku y salah faham? Adakah dia betul2 telah berpunya & hanya cuba utk test market dgn ku?
Kebetulan kontrak kerja aku tamat pada waktu itu, lalu aku tinggalkan pejabat dgn sejuta tanda tanya.
Minggu lepas, aku dapat berita bahawa salah seorg drpd ahli keluarganya menderita kerana kanser pada waktu yang sepatutnya dia tunaikan janjinya pada ku. Sebagai anak lelaki sulung, dia harus memikul beban sbg ketua keluarga disaat itu.
Mungkin ini adalah sebab kenapa dia tidak menunaikan janjinya. Mungkin juga dia sememangnya telah berpunya. Wallahu’alam.
Aku menjadi buntu, lelaki y aku syg selalu ada disaat aku ditimpa masalah.Namun mengapa mereka ingin aku menjuah disaat mereka ditimpa musibah?
Wahai kaum Adam. Adakah jatuh ego mu apabila berkongsi masalah dgn orang y kamu syg.? Adakah dgn memikul beban masalah secara sendirian dpt melepaskan kami dr beban?
Tahukah kamu wahai kaum Adam bahawa kami lebih tersiksa jika terus berselimut dgn tanda tanya. Kami rela berkongsi kisah duka mu asalkan kami tidak dipinggirkan.
Berterus terang lah dalam setiap perbuatan. Jangan tinggalkan seseorg dgn tanda tanya penuh dihatinya.
Jika inginkan perpisahan bicaralah dgn sebaik-Baiknya.
Jika inginkan ruang & waktu, maklumkan lah sejujur-jujurnya.
Jika ingin menundakan sesuatu, tetapkan lah waktu setepatnya.
Kau cukup kuat untuk menyelesaikan setiap dugaan mu, tapi tahu kah kau bahawa kami tidak kuat utk melihat kau struggle sendiri.
Sebagaimana kau berjuang utk melindungi kami, seperti itulah kuatnya daya juang kami utk sentiasa bersama dlm susah & senang.
– Bunga
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit