Assalammualaikum semua pembaca IIUMC. Post akak ni lebih berkisar kepada perempuan/pasangan yang dah lama kawin tapi takde anak. Kenapa akak nak tulis menda ni? Sebab mutakhir ini (chewah) akak tengok ramai sangat pasangan yang kawin tapi belum ada anak. Dan selalunya menda ni jadi masalah pulak dalam rumahtangga.
So, akak nak bagi tips lah kepada pasangan ni semua terutamanya perempuan. Tips macam manakah? Tips nak elakkan dari stress dan menyampah dengan soalan dan tekanan orang. Ya memang. Bila kau kawin pastu lambat dapat anak, memanglah orang selalu tanya. Kadang akak fikir, kenapalah kau sibuk orang tu bila nak ada anak bagai? Ingat dia kawin dia lepak-lepak minum kopi je ke atas katil tiap malam? Tidakkah kau orang tahu betapa susahnya ikhtiar dan usaha untuk dapatkan seketul anak yang akhirnya memuaskan hati kau orang yang bertanya?
Geram kan? Takpe persetankan. Kita tahu apa kita dah buat. Usaha dah, jumpa doktor dah, urut sana sini dah, ubat bertan-tan dah telan. Tapi kalau Allah kata belum, takde sapalah boleh halangnya.
Ok meh akak share lah beberapa tips supaya korang rileks aje takyah serabut fikir pasal menda ni sangat.
Memandangkan akak pun seorang perempuan dah berkahwin selama 7 tahun yang belum direzekikan nak rasa mengandung dan beranak, so akak senang hati nak share apa yang akak buat untuk atasi tekanan-tekanan ni semua.
1. Jawab soalan dengan jawapan yang tettttt
Permulaan kawin macam biasa. Kadang baru kawin dua bulan orang dah jeling perut kita. What the? So soalan akan sentiasa di tanya lah kan. Jawapan akak dulu memula memang sopan dan sayu jelah kan. Tapi lama-lama jawapan akak lebih kepada menyentapkan orang je balik dengan harapan orang tu tak tanya lagi. Contoh jawapan yang akak akan guna bila dah jelak dengan soalan ni semua adalah “saya pun tak tahu la acik. plan Allah memang saya tak dapat download lagi. pending”
“malaslah nak fikir. nak enjoy je dulu. ada anak ni kang nak kemana pun susah”
“kita ni sapalah nak paksa-paksakan perut ni mengandung. Allah lebih tahu acik oi”
Kadang akak tak jawab pun. Akak heh kan aje.
Itu antara ayat akak lah. Lantak lah situ kalau dorang nak sentap ke apa kan. Kau dah 7 tahun tanya aku bila nak ada anak kan. Tak paham-paham lagi kah? Hahaha.
2. Jangan selalu tengok post orang yang update pasal anak dorang
Menda ni memang bersepah. Kawan-kawan kita memang selalu update pasal dorang kan. Biasakan diri untuk tak tengok sangat. Sebab akak tahu nanti kau akan rasa stress. Bolehlah nak tengok sikit-sikit tapi jangan selalu. Scroll lelaju ke bawah dan tengok lah video lawak ke, video prank ke. Lebih menghiburkan.
3. Selalu pergi bercuti ke jenjalan ke
Tak semestinya dengan suami aje, pegilah dengan kawan-kawan ke, family ke. Dan tak perlu juga ke tempat mahal. Korang jangan selalu terperap kat rumah. Buatlah aktiviti sikit. Tak semestinya lepak rumah aje. Kalau ada anak boleh jugak lah main ngan anak kan. Sebab biasanya bila kita takde anak, suami kita suka buat aktiviti faveret dia seperti main futsal dan join liga bola sepak. So masa korang banyak alone kat rumah. Kalau suami kau tak begitu, bolehlah ajak dia keluar. Tenangkan fikiran. Selalu ke masjid/surau berjemaah pun lagi bagus.
4. Banyakkan baca quran dan hari-hari solat jemaah
Yang ni memang akak terapkan sebagai aktiviti harian akak. Dan paling penting, tolonglah berjemaah dengan suami kau dapat satu waktu solat pun jadilah. Senang je nak buat korang rajin jemaah ni. Waktu isyak dan subuh paling praktikal. Solat jemaah ni akan latih kau orang solat awal waktu. Ingat, kau nak Allah bagi kau anak cepat kan. So kau akurlah dengan perintah pencipta kau ni supaya solat di awal waktu. Takde bayaran yang diminta olehNya pun. Malah diberi kau pahala dan dilambakkan kasih sayang antara kau dan pasangan lagi. Baikkan Allah?
5. Sedekah
Tak perlu banyak. Sikit pun tak apa. Jangan harapkan balasan. Biarlah ikhlas. Bila kau ikhlas, Allah rekod tu semua. So doa kau nanti senang Allah nak makbul. Ingat, doa kita bukan Allah tak makbul tau. Sebab Allah dengar semua doa kita. Cuma kita akan dapat apa yang kita hajatkan tu bila ianya sesuai dan tepat untuk kita. So, dengan sedekah ni, doa kau, doa orang yang kau sedekahkan pun Allah dengar. Sabar is the key :)
6. Tolong orang
Tolonglah mana yang mampu. Tak boleh tolong dari segi kewangan, tolonglah dari segi perbuatan. Macam-macam cara nak tolong. Jangan rasa terbeban. Nak-nak dengan keluarga dan saudara-mara. Jangan pernah ada rasa kedekut dan berkira. Kalau tak mampu, kita terus terang. Jangan risau, orang akan faham.
7. Be positive !
Sentiasalah berfikiran positif. Rileks dan tenang aje. Jangan melara sangat bila kita lambat dikurniakan anak. Part kita adalah doa dan usaha. Jadi janganlah putus harapan dan keyakinan. Kalau takde rezeki sampai mati pun, tak apa. Akan ada kegembiraan untuk orang macam kita di sana nanti. Allah dah janji.
Percayalah
Akhir sekali, akak mohon kita sama-sama muhasabah diri juga. Kalau kita benar-benar mengharap keajaiban dari Allah, maka kita kena baiki diri kita. Buatlah perubahan pada diri kalau ada cacat celanya. Ikutlah perintah dan suruhan Allah. Solat, jaga adab, jaga aurat, jaga akhlak sebagai isteri dan muslimah yang baik. Kalau kita tak buat apa yang Allah suruh, macam mana kita nak pastikan Allah akan bagi semua yang kita nak? Sama maca kerjalah, kita selalu ponteng, malas buat kerja, tak jaga adab dengan bos, jadi bagaimana bos nak bagi bonus dan gaji yang sepatutnya pada kita? Macam tu jugalah dengan Allah
In shaa Allah, mari sama-sama kita tekadkan hati untuk lakukan kebaikan dan sentiasa yakin dengan Allah. Pasti dimudahkan jalan dan doa kita. Akak doakan mana-mana wanita di luar sana yang belum dikurniakan zuriat agar dipermudahkan Allah untuk dapat anak sesuai dengan masa dan keadaan yang diizinkan Allah. Aamiin.
Kak Nani
– Kak Nani
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit