Assalamualaikum. Aku tak nak cakap banyak. Aku cuma nak tahu pandangan korang semua. Aku mahu luahkan sesuatu yang lama berparut dalam hati aku.
Aku belajar di sekolah menengah yang sama dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5. Aku akui, aku bukanlah pelajar yang boleh dijadikan role model. Aku boleh kata yang aku kerap tak ke sekolah. Antara sebabnya aku ni memang cepat sakit. Campur malas juga. Haha. Boleh kata aku terkenal sebab selalu tak ke sekolah. Tapi aku sejujurnya makin lama makin berubah. Aku start tinggal sekolah bila terpaksa. Dan kebanyakan hari aku tak ke sekolah, mesti ada MC doktor. Boleh kata beberapa kali juga, doktor beri aku dalam seminggu, 4 hari MC. Tapi cikgu masih cop aku pemalas ke sekolah. Nak buat macammana kan, haha. Aku jenis memang tak ambil peduli. Nak cakap apa cakaplah, aku tak kisah. Sebab aku ni boleh kata hati batu. Orang kutuk aku pun, aku masih relax. Sebab aku selalu ingatkan diri aku, “This is life”. Dengan mentaliti tu, aku agak kebal dengan kesedihan. Aku mungkin ambil masa hanya beberapa jam atau minit nak pulih dari kesedihan. Sebab aku memang selalu positif dan tak suka bersedih. Itulah diri aku yang sebenar. Tetapi diluar pengetahuan aku, takdir tuhan bakal tarik nikmat pemikiran tu.
Done dengan pengenalan. Jom aku bawa korang ke cerita yang berkaitan dengan tajuk yang aku nak bincangkan. Ok, aku hidup gembira di sekolah menengah tanpa stress yang teruk. Aku ada kawan-kawan yang aku sayang. Cikgu aku ketika aku tingkatan 3 sangat baik. Aku sayang mereka. Jadi aku boleh kata semua cukup lengkap buat aku. Selepas PT3, aku mula serius dengan hidup aku. Aku nak capai impian yang aku tanam sejak di sekolah rendah. Jadi di tingkatan 4, aku mula buat research mengenai kursus universiti yang sesuai dengan matlamat aku. Aku mula cuba untuk perbaiki result aku walaupun aku antara pelajar cemerlang PT3 di sekolah. Minggu pertama persekolahan, aku dah ke tuisyen sedangkan pelajar lain masih ‘berehat’. Betapa tingginya kemahuan aku nak kejar matlamat aku ketika tu.
Lepas peperiksaan awal tahun, aku agak confident dengan result aku. Confident bahawa aku mampu ke universiti pilihan dengan mudah. Ujian-ujian selepas itu pun aku boleh kata bagus juga. Jadi, aku bertambah confident dan aku amat berpuas hati dengan hidup aku. Dalam hati, aku bersyukur sangat. Tetapi tanpa aku sangka, tiba tiba aku diserang penyakit. Penyakit ini sampai sekarang mengganggu hidup aku. Boleh kata penyakit ni tarik separuh dari kemampuan tubuh badan aku. Penyakit ni halang aku dari belajar macam dulu. Kalau aku paksa, maka kepala aku akan terasa seperti dipijak lori minyak. Walaupun kepala aku tak pernah dipijak lori minyak(hahaha) tapi itulah perumpamaan yang aku dapat keluarkan. Deal with it, hahaha!!
Aku cuba lawan pada mulanya. Aku masih cuba jadi positif. Tapi lama kelamaan, makin susah cabarannya. Aku start jarang ke sekolah. Sebab aku sakit, aku rasa macam emosi aku agak tak stabil macam dulu. Dulu aku hati batu, tapi sekarang hati aku bagaikan kaca yang mudah pecah. Masuk tingkatan 5, benda tu jadi makin teruk. Dan faktor yang buat ianya jadi makin teruk adalah orang sekeliling aku terutamanya ketika di sekolah seperti cikgu aku sendiri. Aku selalu mendapat renungan yang tak menyenangkan di sekolah. Mostly dari cikgu. Ada cikgu yang perli aku dan cakap yang AKU NI SELALU SAKIT walaupun mak aku dah inform guru kelas yang aku sakit dan pasal penyakit aku. Cikgu disiplin pun perli aku cakap aku budak baru sebab selalu tak ke sekolah. Ada pula jenis cikgu yang tanya khabar aku, aku pun jawab
” Masih tak sihat lagi cikgu “. Yang buat aku kecewa sejurus aku cakap begitu, mereka beri aku satu pandangan yang nak kata kesian tak. Riak muka mereka lebih kepada pelik dan kecewa. Then, mereka berlalu pergi begitu sahaja tanpa cakap apa apa seperti “Semoga awak sihat” ke. Benda tu effect aku lama kelamaan. Sebab ni bukan berlaku sekali tetapi banyak kali. Aku mula persoalkan diri aku. Aku ni malas ke. Aku ni lemah ke. Aku ni useless ke. Aku mula kerap menangis. Bila difikirkan, aku tak sangka aku mampu jadi begini. Yelah, dulu aku budak positif yang kebal dengan kesedihan.
Makin lama aku perasan, aku sentiasa diperli. Paling teruk, aku pernah kena perli depan kelas oleh cikgu bila result exam aku teruk sedangkan ada yang lagi teruk dari aku. Sedangkan cikgu tersebut pun tahu aku sakit. Aku hampir menangis dan meraung. Tapi aku cuma duduk terdiam dan gengam meja sekuat mungkin untuk halang aku dari menangis. Aku masih boleh terima kalau classmates aku perli aku sebab mereka masih budak. Yang buat aku tersentak, bila orang dewasa buat macamtu dekat aku. Bukankah mereka terlebih dahulu makan garam sebelum aku. Around that time, aku mula terjerumus dalam depression yang teruk. Aku habiskan masa dalam bilik dan menangis. Aku rasa hidup aku tak ada makna. Hidup aku hancur. Kenapa orang perli aku. Kenapa mereka, si dewasa yang sepatutnya matang pemikirannya jadikan keadaan makin teruk. Keadaan tu kekal untuk sebulan. Alhamdulillah, aku recover kembali bila aku perasan keadaan begitu(depression aku) buat parent aku sedih. Atas sebab aku tak suka parent aku sedih, aku cuba teruskan hidup dan berubah. Aku masih hilang matlamat hidup dan aku slowly cari matlamat baru. Dari situ, aku start tak ke sekolah.
Atas nasihat orang, aku ambil SPM dengan target sekadar mahu lulus. Hari pertama SPM, aku awal pagi lagi kena perli dengan cikgu. Dia buat main pasal penyakit aku. Biar betul. At least bagilah aku semangat sebab aku dah lama tak ke sekolah. Aku cuba cekalkan hati walaupun hati aku meraung hadapi 3 minggu peperiksaan itu. Lepas je SPM, aku rasa aku bebas. Aku tak perlu berhadapan dengan cikgu lagi. Sebab aku perasan aku jadi benci dengan cikgu-cikgu yang perli aku. Aku tengok muka mereka, aku jadi sangat marah. Aku pernah cakap dengan kawan aku, aku tak nak berdendam. Aku maafkan mereka. Tapi bila je aku start tengok muka mereka, perasaan benci mula menguasai diri aku. Aku selalu persoalkan, adakah aku masih berdendam. Aku teringat lagu Malique dan aku rasa lagu tu secara tepat gambarkan perasaan aku :
” Aku maafkan kamu, tak perlu kita bertemu. Cukup kau tahu yang aku maafkan kamu, tolong teruskan hidup, jangan sebut namaku. ”
Korang tahu, damage has been done. Selain depression, aku juga suffer insomnia (alhamdulillah sekarang dah ok). Sekarang, aku tengah struggle dengan anxiety dan banyak kali diserang panic attack. Tapi aku gembira menyatakan hidup aku lebih positif dari dulu dan aku sedang hidup ke arah jalan yang lebih baik. Selain anxiety dan panic attack, hidup aku sangat gembira sekarang(dari dulu).
Aku nak tanya, adakah aku masih berdendam. Aku takut sebenarnya. Aku takut hidup aku tak berkat sebab tak kira apa berlaku, mereka cikgu aku yang mencurahkan ilmu kepada aku. Sebab tu aku selalu elak berjumpa mereka dan bertentangan muka. Sebab aku takut aku membenci mereka. Ambil result spm pun aku sorok sorok. Lepas SPM, aku dapat tahu yang ada cikgu perli aku cakap aku ni malas je sebenarnya di dalam bilik guru atau tempat seumpamanya. Dah kalau depan aku pun mereka perli, belakang aku apatah lagi. Mungkin sebab tu aku selalu dapat renungan yang tak menyenangkan dari cikgu-cikgu. Wallahu a’lam. Sampai kawan aku marah, kenapa cikgu buat macamtu dekat aku. Kawan aku sorang tu selalu risaukan aku start aku inform dekat dia aku suffer insomnia sebab stress sakit dan sekolah. Thanks kawan sebab selalu pertahankan aku.
Aku nak tegaskan aku tak rasa aku berdendam dan aku maafkan mereka. Cuma kalau boleh, aku elakkan mereka. Sebab aku takut bila pandang mereka, luka teruk dalam hati aku aku timbul kembali menyebabkan aku marah dan benci. Aku terdetik nak menulis sebab sekarang musim Hari Guru.
Mohon pendapat dan mungkin dorongan atau nasihat membina jika ianya tidak keterlaluan.
– Budak sakit
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit