Mahu aku luahkan semua, tapi kadang takut orang tak faham dan orang tak kan pernah faham. Aku merupakan anak sulong dari 6 adik beradik, aku berasal dari keluarga yang serba kekurangan dari segi ekonomi, tapi aku cukup bersyukur sebab keluarga aku bahagia dan takde masalah,
Tapi kadang-kadang aku penat, letih, sedih, pilu fikirkan nasib keluarga, sampai bila keluargaku harus begini, hidup dalam serba kekurangan, rumah hampir runtuh, tiada kereta, makan sekadar cukup makan, tapi itu sudah membuatkan aku bersyukur sebab mungkin ramai lagi yang nasib lebih teruk dari aku. Aku merupakan seorang pelajar di sebuah universiti di lembah klang. Hidup di universiti mengajar aku berdikari, mengajar aku hidup sendiri, berdiri sendiri tanpa rasa penat, aku lah pelajar, aku lah anak, aku lah abang kepada adik-adik aku.
Hidup keluarga aku di kampung sangat kritikal, mak pula tertanggung hutang, aku disini bukan sekadar pelajar malah juga seorang pekerja, bekerja untuk tampung diri sendiri dan keluarga di kampung, duit dari kerja aku, bisnes kecil-kecilan aku, aku banyakkan habiskan untuk keluarga aku, dari 100% keuntungan, mungkin sekitar 20% hanya untuk, itupun untuk sara kehidupan aku sebagai pelajar, duit lain semua aku bagi kat keluarga aku, ibu aku perlukan RM300 setiap minggu untuk menjelaskan hutang, aku terpaksa korbankan duit aku untuk keluarga, kebanyakkan RM300 seminggu aku akan bagi untuk mak aku. RM300x4 minggu, mungkin sekitar RM1000 setiap bulan aku kena simpan untuk keluarga aku, Betul !! Letih, penat semua aku pernah rasa, bekerja bukan untuk aku, tapi untuk orang yang aku sayang.
Kadang-kadang kawan tak pernah faham nasib aku, seorang anak dan seorang abang yang ingin bantu adik-adik dirumah, bila dirumah, aku bawak balik duit siap-siap untuk aku belanja adik-adik aku, Hidup aku sebagai pelajar seakan bertukar menjadi seorang ayah yang fikirkan nasib anak-anak, setiap hujung minggu aku akan cuba sediakan duit untuk mak ayah aku dirumah.
Sebenarnya ini bukan alasan untuk aku tak belajar, tapi sebagai seorang manusia, aku pernah rasa letih, penat, putus asa untuk buat semua ni, tapi aku kena bertahan demi keluarga aku, aku kena kerja demi keluarga, makan minum aku hanya tuhan yang tahu, cukuplah untuk alas perut, bermenukan benda sama setiap hari untuk jimat perbelanjaan, keluar beli belah jauh sekali, duit ada hanya sebagai simpanan untuk aku bagi kat mak ayah aku.
Hidup aku seakan terpinggir, tapi syukur masih ada kawan juga yang sedia membantu, tak kurang juga yang menjatuhkan semangat aku, pernah aku di perli oleh kawan dek kerana aku selalu ambik nasi free yang orang bagi, kawan sanggup perli ” eh kau ni macam monyet kan” selalu ambik makanan free, hati mana tak sakit bila kawan sendiri kata macamtu, tapi aku tahan, aku kena kuat, aku kena teruskan dan habiskan belajar, dalam masa yang sama aku kena kerja kuat untuk sediakan duit kat mak ayah dan adik-adik aku.
Doakan semoga masih ada sinar dalam keluarga aku, aku mahu keluar dari kepompong kemiskinan, aku kena buktikan yang miskin bukan penghalang untuk aku berjaya, aku pernah putus asa, tapi aku cuba bangkitkan semangat aku demi mak ayah aku. Doakan aku
– Mr F
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit