Aku adalah seorang mahasiswa di sebuah UA di selatan tanah air, dan insyaAllah aku akan tamat pengajian pada hujung tahun ini. Doakan aku ya semua!
Aku berumur 20 tahun, dan seorang yang jahil. Yelah, solat pun selalu tinggal, solat Jumaat selalu lari, tapi Alhamdulillah setakat hari ini puasa aku penuh lagi. Kehidupan aku di kolej, aku mempunyai seorang roommate yang menjadi roommate aku sudah hampir 5 semester. Dari segi luarannya, dia seorang yang memang seorang yang warak, solat tidak tinggal, selalu puasa sunat, dan selalu bangun tahajud hingga pagi pagi beliau mesti membaca Al-Quran. Jauh beza dengan aku ni. Pada mulanya aku berasa bersyukur mempunyai roommate yang mcm tu, yelah sekurangnya ada jugak orang yang boleh ajak dan bimbing aku ke arah kebaikan. Tetapi, sangkaan aku meleset.
Dia sebelum ini tidak pernah couple. Kiranya dia ni memang menjaga ikhtilatnya, dan dia sememangnya tidak tahu macam mana nak bercinta since dia tak ada pengalaman langsung bab-bab bercinta, dan kemudian dia kenal dengan seorang perempuan (aku panggil B) dan mereka pun “click” dan menjalinkan hubungan. Aku macam happy since roommate aku ni dah ada GF. Ke sana ke sini pun berdua je mereka. Si B ni seorang yang bertudung labuh, pakai hand-sock, pakai stokin dan memang menjaga auratnya.
Peristiwa bermula pada minggu lepas, waktu tu roommate aku pergi terawih dan dia tinggal dia punya telefon di dalam bilik, dan aku duduk dalam bilik sebab penat baru balik outing. Waktu tu bertubi tubi WhatsApp masuk dekat telefon dia, dan aku pun pergi la tengok telefonnya. Since telefon dia ni ada password dan tah tetiba password yang aku masukkan ni betul (aku tahu aku salah sbb aku ceroboh privacy orang), dan aku membuka conversation dia dgn GF dia si B ni. Aku terkejut, terkejut sangat. Orang yang aku anggap baik macam malaikat ni, yang selalu aku bercerita dengan mak aku tentang peribadinya yang boleh dijadikan contoh, aku tergamam membaca mereka berdua punya “sexting”. Sumpah tangan aku terketar ketar sebab terkejut, dan agak cringed sbb baca benda benda lucah siap dengan gambar lagi. Aku faham kita ni manusia mmg tak lari dari godaan syaitan dan hawa nafsu. Jadi, aku biarkan je la apa yang aku baca, dan aku berkelakuan seperti biasa ja dengan dia pada hari hari seterusnya.
Kemudian semalam, roommate aku pergi terawih dan dia masih lagi tak bawa telefonnya. Aku ada di bilik waktu tu sbb tgh mengemas bilik. Jadi aku macam curious nak baca apa mereka berdua punya conversations dekat WhatsApp. Sekali lagi, aku telah menceroboh privacy orang. Tapi, hati aku ni sedih, marah sebab mereka selama ini memang mengutuk aku dekat belakang. Mereka kutuk aku sebab aku ni tak solat, mulut aku ni asyik mencarut, dan roommate aku ni dia ni walaupun solat tapi aku nak ja tanya dia “Kau tu solat tapi pernah ajak aku solat, pernah ke tegur aku, pernah ke ajak aku g solat dekat surau?”. Wei, aku sedih wei sebabnya aku memang mengharapkan dia untuk bimbing aku. Aku bukan tak nak, tapi aku teringin sangat nak jadi macam dia, tapi aku tak kuat nak lawan dengan godaan. Sumpah aku memang tak kuat.
Aku bengang sebab diorang berdua sanggup kutuk belakang aku sebab aku ni jahil. Aku nak je cakap dekat diorang “Korang rasa korang ni mulia? Korang solat tapi korang sexting dalam WhatsApp”. Aku kecewa wei, sumpah aku kecewa. Mereka nampak kesalahan aku but at the same time mereka tak sedar ke mereka ni dah jauh menyimpang? Mereka rasa mereka tu konon mulia sampai amalan aku pun diorang pertikai sebabnya aku ni tak solat. Aku sayang roommate aku tu. Tapi jujur aku cakap, lepas diorang couple, roommate aku memang berubah perangainya, alah biasa la kalau couple kan apa apa mesti utamakan diorang punya partner, tapi this is too much bagi aku.
Sejak malam tu, judgement aku dengan orang yang kuat agama ni terus berubah 360. Aku faham kita semua ni manusia biasa, tapi iya bagi aku mereka rasa mereka tu mulia sangat kedudukannya dari orang yang macam aku. Sejak malam tu juga, aku memang cold dengan roommate aku, tak bercakap langsung. Aku buat bodoh ja bila dia tanya aku apa apa. Sebab aku geram, geram sebab org macam ni sanggup gunakan agama untuk tutup kesalahan busuk mereka.
Akhir kata, dekat sini aku nak pesan jangan la kita menilai seseorang itu dari luarannya. Kadang kadang kita nampak memang luarannya baik baik, dalaman siapa yang tahu? Aku berharap hubungan aku dengan roommate aku kembali jernih macam dulu, gelak ketawa macam dulu, yang memahami antara satu sama lain. Bro, aku berharap kau kahwin dengan si B tu one fine day.
Juga, aku berharap korang semua doakan aku supaya aku kembali kepada kebaikan, Amin. Aku memang teringin nak berubah.
Sekian,
– Aku
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit