Bagaimana Dengan Masa Depan ku

Assalamualaikum IIUM readers. Terim kasih jika confession aku diterima. Aku seorang pelajar IPTS, peminjam PTPTN dan berbaki setahun lagi atau dua semester untuk menghabiskan pengajian ijazah aku atau erti kata lain aku sekarang berada di tahun akhir. Aku percaya di sebalik kata-kata “Kita merancang, tapi Allah itu sebaik-baik perancang dan perancanganNya itu lebih baik. Tapi, pahit dan perit itu sesungguhnya Dia juga yang Maha Mengetahui.

Ketika aku sedang menduduki peperiksaan akhir, baru aku perasan akaun bank aku tak boleh digunakan. Bila aku pulang ke rumah dan pergi ke bank, kerani bank kata akaun aku ditutup serta merta dan aku kena buat akaun baru. Bila aku cuba untuk buka akaun baru, kerani itu kata aku tak boleh buka atas alasan aku melanggar syarat dan terma bank sebelum ini. Dan time period untuk buka akaun baru itu tak tahu sampai bila. Sedangkan akaun bank yang aku gunakan hanya untuk pembelajaran dan kegunaan harian sahaja. Bisnes? Tak mungkin. Sebab aku bukan jenis orang yang minat dalam perniagaan.

Aku cuba berurusan dengan pihak PTPTN. Dan tiada jalan lain selain aku harus membuka akaun bank tersebut kerana pihak kolej menggunakan akaun itu sebagai panel. Tiada jalan lain. Aku cuba pula berurusan dengan pihak kolej. Jawapan masih sama. Dan jika aku tak dapat selesaikan, dalam masa sebelum semester baru bermula, aku harus membayar yuran pengajian aku sendiri. Jujur, aku tersentak. Wajah dan harapan syurga dan waliku terbayang di minda. Bagaimana perasaannya kalau pengajian anaknya di pertengahan jalan. Untuk aku meminta mereka menampung yuran aku yang hampir 10 ribu untuk dua semester ini memang tidak mungkin. Aku menangis sepuasnya.

Bagaimana mungkin untuk meneruskan pengajian ini dengan keadaan begini? Tak pernah terlintas di kepala ini yang pengajian aku ditangguhkan atau berhenti. Apatah lagi bukan sebab yang datang daripada diri aku sendiri. Mana aku harus cari sumber kewangan dalam masa yang singkat untuk semester hadapan. Rumah sewa lagi. Makanan harian aku lagi. Bil api air lagi. Aku buntu. Aku tak nak susahkan ibu dan ayah dan aku juga tak mampu untuk mengecewakan harapan ibu dan ayah.

Saat ini, aku cuma mampu berdoa semoga berlaku keajaiban. Semoga urusan aku dengan pihak bank dapat diselesaikan sebelum hari raya. Aku percaya berkat bulan mulia ini dan pertolongan Dia. Tolong doakan semoga urusan aku dipermudahkan dan aku mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama supaya PTPTN aku ditukarkan kepada biasiswa dan aku mampu selangkah lagi untuk menyambung ke peringkat sarjana muda. Amin.

– Cik Anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *