Minta Pada Allah II

Assalamualaikum semua. Kalau korang ada baca confession sebelum ni tajuk ‘Minta Pada Allah’, ni adalah sambungan yg aku janji nk cerita pasal sedekah tu. Terima kasih kalau confession aku ni diterima. Alhamdulillah. Aku teruja nk kongsi kisah2 pertolongan Allah pada aku hamba yg hina ni sebab masa aku sedang bangkit utk cari balik semangat dan jiwa aku sebelum ni, aku juga memerlukan kisah2 inspirasi yg mampu buat jiwa aku hidup balik dan kembali yakin pada Allah. Jadi aku harap sape2 yg macam aku tgh cari semangat utk bangkit, aku dpt bagi sedikit inspirasi dgn korang

Kalau korang ada baca confession aku sebelum ni, pasal Minta Pada Allah, aku ada ckp nk share pasal kisah sedekah kan? . Aku harap dpt bagi cetusan semangat utk mereka di luar sana bahawa Allah Maha Baik. Bila sebut ‘Maha’, maksudnya tiada yang paling baik melainkan Allah. Sebab tu apa2 kene mintak pada Allah. Allah Maha Kaya dengan sifat Ar Rahman, Ar Rahim, Allah Ya Sami’ Yang Maha Mendengar akan dengar setiap doa kita dan akan kabulkan setiap doa kita dengan berkat Asma’ Allah Ya Mujib Yang Maha Memakbulkan doa dan sebab mmg Allah dah janji;)

Ok, mula2 aku nk share dulu pasal kisah aku dgr dari ustaz2 pasal keajaiban sedekah.Kalau korang biasa dgr ceramah Ustaz2 ni, korang mesti penah dgr dah kisah ni.

1. Ustaz Abdullah Khairi ada cerita yg dia bwk jemaah umrah dan dia akan dpt komisyen Rm100 atas setiap jemaah tu. Ada satu masa tu dia bwk 350 org. Maksudnya dia dpt RM35ribu kan. Tp, Rm35ribu tu ustaz tak ambik dan dia pegi cari ibu tunggal dan bapa tunggal 6 org bwk pegi Mekah guna duit tu. Dan Allah atur, bulan 11 tu, ada srg hamba Allah bagi dia kereta BMW! Org yg bagi tu kata sbb dia nk pahala setiap kali ustaz guna kereta tu pegi ceramah apa semua. Ustaz kata, infaklah, tak rugi dunia.

2. Ustaz cerita masa dia ceramah, ada srg anak muda dia ada bwk keluar Rm5 nak infak sbb ada tabung lalu, tapi tetiba dia teringat dia dtg dgn motor, dan minyak dah dkt simbol ‘E’.Tapi sbb dia nk sedekah jugak, dia letak Rm5 dan mintak balik Rm2 sbb nk isi minyak motor. Balik tu, dia pegi shell isi minyak. Tengok2 ada satu Van Vanette tayar pecah dan pakcik tu duk buka tayar dia takleh. Jadi anak muda ni dia pomen sbrnya dan dia tlg buka dan tukar apa semua. Lepas siap, pakcik tu seluk poket hulur Rm300. Sampai anak muda tu kata kalau dia bagi Rm5 tak mintak balik Rm2,dia boleh dpt Rm500. Haa nampak tak betapa Allah nak tunjuk ajaibnya sedekah tu.

3. Ustaz cerita lagi anak kpd adik dia lahir takde diaphram, jadi kene operate. Balik tu adik dia susah hati sbb anak dia dah lah baru lahir, nk dpt anak susah pastu kene operate plak. Doktor kata, operate boleh tp 50-50. Balik tu, ayah diorg kata dkt adik ustaz tu, sedekahlah. Jadi adik ustaz tu sedekah semua gaji dia bulan tu. Malam tu diorg solat hajat mintak pada Allah mudah operate. Alhamdulillah, skrg ni anak dia dh umur 10 tahun. Allah!ajaib sedekah ni.

4.Kisah seorg penjual nasi kandar di Kepala Batas, tak brp laku sngt. Dia ckp dkt ustaz nk buat camna, jd ustaz Abdullah Khairi tu letak tabung Maahad Tahfiz dkt kedai dia. Alhamdulillah, rupa rupanya penjual tu sndiri letak duit dlm tabung tu. Ustaz tanya camne berniaga, dia kata alhamdulillah Tuhan bagi rezeki tak disangka sangka. Walaupun ada hari org tak ramai dtg kedai, tp lauk diorg ambik byk. Jadi sales maintain je. Hebat tak hebat kuasa sedekah ni.

5.Kisah Ustaz Izhar Ariff, derma Rm1000 pada pelajar dia tak cukup duit utk bayar yuran. Ni dia cerita supaya kita lagi bermotivasi utk infak. Jadinya, bbrpa hari lepas tu, dia dijemput utk ganti Prof Muhaya dlm satu slot motivasi dlm satu program. Korang tau tak bayaran dia brp? RM5ribu!. Jadi ustaz ni kata infaklah sbb mmg takkan rugi!

6. Ustaz Izhar juga cerita dia ada infak mesin air coway bayar RM4,900. Esoknya korang tau, ustaz kata dia dpt satu projek yg dia kene conduct dan nilainya adalah RM14ribu!Subhanallah

7. Ustaz Ebit Lew cerita, anak dia disyaki mcm H1N1 camtu, dan doktor nk tahan wad. Tp dia kata dia nk bwk pegi hospital pakar lain. Sebelum pegi hospital kedua tu, Ustaz dia sedekah duit pada mak ayah mertua dia. Dan ustaz telefon pada org2 yg berhajat dan bagi pada dia. Lepas pegi hospital kedua, check2 anak dia takde sakit apa pun. Allahurabbi.

Kalau nak dgr full korang search lah dkt youtube. Byk lagi jugak kisah yg lain drp Ustaz2 lain mcm Ustaz Kazim. Tu aku cerita secara ringkas je supaya dpt mudah fhm dan kita jadikan inspirasi:)

Korang jgk boleh tanya ustaz2, beli buku2 pasal sedekah. Okey skrg ni aku nk cerita kisah aku. Walaupun tak sehebat kisah ustaz2 tu sbb diorg org2 yg bantu sebar agama Allah, tp aku tetap terharu sngt2 dgn pemberian Allah.

1. Dulu masa sebelum ujian tu dtg pada aku, aku selalu je sedekah tp seringgit sehari je dkt tabung surau. Tu pun aku niatkan supaya bisnes aku laku. Dan alhamdulillah mmg setiap hari aku dpt customer. Sampai2 aku tak payah usik langsung duit biasiswa aku sbb duit bisnes aku tu dh cukup utk tampung semuanya. Mmg tak putus2 rezeki customer. Alhamdulillah

2. Lepas Allah bagi ujian yg aku hadapi skrg, aku tambahkan lagi sedekah drp Rm1 kpd RM5 setiap hari. Alhamdulillah Demi Allah semua urusan aku mudah. Aku serabut dengan masalah tu pun assignment aku masih ada dpt skor paling tinggi. Aku pun pelik mcm mana aku buat tu. Tp dalam pada tu, bisnes aku makin kurang pelanggan. Aku bersangka baik pada Allah sebab dulu aku sedekah aku niatkan supaya asbab sedekah tu bisnes aku makin maju sebab tu aku dpt mcm tu.

Dan skrg ni aku niatkan pd sedekah tu supaya asbab sedekah tu masalah yg aku hadapi tu cepat selesai. Sebab tu Allah tak bagi bisnes aku mcm dulu sbb Allah nak bagi ikut hajat aku. Aku yakin perkara tu walaupun belum tertunai tp byk petunjuk aku dpt bahawasanya akan tertunai suatu hari nanti.

Aku yakin Allah sedang mempersiapkan diri aku untuk terima ‘hadiah’ yg aku idam idam kan selama ni. Buktinya, dalam masa aku serabut ni pun byk bnda Allah mudahkan. Exam aku dpt jawab dgn mudah dan mmg sebijik sebijik keluar mcm aku study. Sbb aku study apa aku rasa nk study je lps aku mohon petunjuk dr Allah sbb aku tak boleh nk fokus semua masa tu.

3. Setiap hari bila aku rasa nak makan sedap2, aku fikir baik aku sedekah kan duit tu drp penuhi nafsu makan aku. Demi Allah, Allah Maha Baik. Dia tahu aku lapar Dia bagi apa aku nak makan sngt. Aku rasa nk makan KFC, tibe2 ada pensyarah bagi duit suruh beli nak makan apa. Ada satu haritu aku tak makan tp rasa nak makan marrybrown. Bila lapar macam2 gaya makanan bermain dlm otak haha. Dan kau tau, tibe2 lps maghrib tu ada org bagi set Marrybrown dkt aku sbb dia beli lebih. Sumpah aku menangis. Dan ada haritu aku rasa nk makan sngt Set Asam Pedas. Demi Allah ada org belanja aku makan tu. Byk kali jugak kawan2 tetiba tapau kan makanan free2 utk kau. Aku yakin tu semua asbab sedekah sbb aku tak payah keluarkan duit pun tp Allah masih bagi apa aku nak. Haritu pun ada org belanja top up pada aku. Dia kata tak payah bayar. Allah.Allah izin duit tu aku dpt guna utk infak pada org lain.

4. Ayah aku dah lama batuk berdarah. Sampai tak boleh tidur malam2. Keluarga aku skrg ni diuji juga dgn duit. Jadi mmg tak cukup duit nk bwk pegi klinik apa semua. Setiap kali aku balik kampung, aku rasa bersalah sngt sbb tak dpt nk bwk ayah pegi berubat. Tapi Allah tu Maha Baik Maha Hebat. Ni aku balik bulan puasa ni aku dah tak dengar langsung ayah aku batuk. Padahal takde pegi hospital apa pun. Ayah aku makin sihat. Aku yakin tu semua salah satunya asbab aku bersedekah pada yg memerlukan.

Sebab setiap kali ada iklan org2 memerlukan lalu dkt facebook aku, cth haritu ada org share srg ibu ni jual sambal bilis sbb nk tampung beli stroller anak syurga dia. Ni bagi aku adalh sedekah luar drp Rm10 setiap subuh yg aku buat tu. Aku pm dia tp aku tak nk sambal bilis dia cuma aku mmg betul2 nak sedekah. Walaupun duit aku makin sikit sbb dh lama tak dpt customer dan sedekah tu aku guna duit biasiswa aku balik, aku tetap sedekah sbb aku yakin balasan dari Allah. Lps tu aku lupa dh aku sedekah pd sape lagi tp yg pasti yg lalu2 dkt facebook aku tu. Supaya aku tak ragu2 diorg tu tipu atau tak, aku doa dulu pada Allah Ya Barri’. Kalau betullah dia ni memerlukan, gerakkanlah anggota badanku utk memberi sumbangan pd dia.

5. Haritu aku ada teman makcik aku pegi beli barang cek kencing manis dia. Alhamdulillah, nenek aku dia bagi RM120 dan makcik aku bagi RM20. Aku terharu sngt2 sbb masa tu duit dlm dompet dah kering.

6. Bulan puasa ni aku tambahkan nilai sedekah tu jadi RM10 sehari dgn masih berhajat Allah akan bagi seperti yg aku mintak utk ujian yg Dia bagi pada aku. Aku yakin sebab setiap hari aku dpt petunjuk dari Allah akan ujian tu. Setiap jumaat pulak aku tambahkan sedekah jadi Rm20 atau Rm50 yg penting lagi byk dari RM10 hari biasa. Paling penting, aku takkan lupa sedekah pada adik2 aku dan juga aku akan belanja barang2 dapur dkt rumah utk tlg mak ayah aku sbb kalau kasi duit mmg diorg takkan terima.Ya, duit biasiswa aku makin sikit tp aku tahu Allah sedang uji aku . Dia nk tgk aku tetap yakin pada Dia atau tidak sbb ‘hadiah’ yg aku harapkan dr Allah tu besar bagi aku. Sebab salah satu asbab makbulnya doa adalah yakin pada Allah.

Bulan puasa ni alhamdulillah rezeki tak putus2 utk keluarga aku. Tak payah keluarkan duit tp dpt jugak makan mcm org lain. Alhamdulillah!

7. Asbab sedekah ni jugaklah aku yakin Allah bagi ketenangan hati pada aku. Tu yg paling penting kalau hidup sebab kalau duit byk tapi hati tak tenang buat apa kan?

Aku dengar ustaz kata sedekah ni mmg byk fadhilatnya. Kalau org meninggal dlm kubur tu pun kalau diberi peluang hidup balik, amalan yg diorg paling nk buat adalah sedekah.

Sedekah ni sngt byk manfaatnya selain pahala dan dpt memadamkan api neraka; menjauhkan musibah, panjang umur, mudahkan hajat, sembuh dari penyakit, mudah urusan, dapat jodoh dan anak serta mcm2 lagi ! Yang penting BUAT, YAKIN, ISTIQOMAH!

Percaya dan yakinlah sedekah ni mmg ajaib! Bila kita berinfak Allah akan makin tambah lagi dan kita akan dpt rezeki yg tak disangka sangka! Aku yakin sedekah ni sngt besar manfaatnya sbb byk dalil pasal sedekah dan sedekah ni suatu amalan yg memerlukan kita utk keluarkan sesuatu drp kita samaada wang atau tenaga. Jadi mmg Allah akan bagi lagi besar drp yg kita keluarkan itu!

Aku yakin korang pun mesti ada kisah sedekah tersendiri kan? Share lah kisah korang supaya ramai org terinspirasi dan dpt semangat. Bagi org rasa tenang dan bersemangat tu pun sedekah tau. Aku pun nk baca jugak hehe. Bila org amal lagi lah dpt pahala.

Aku mintak maaf kalau ada aku silap tulis dkt atas ni. Moga2 dgn berkat bulan ramadhan ni semua hajat aku akan dikabulkan Allah. Korang doakan eh:) Dan doakan aku supaya murah rezeki juga, dpt jodoh dgn lelaki yg aku hrpkan, dpt besarkan rumah mak ayah aku dan dpt infak dgn nilai yg lebih besar suatu hari nanti. Moga doa itu juga akan berbalik pd korang semua. Allahuma Ya Mujib. Aamin.

– Nur

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *