Terima Kasih Allah

Assalamualaikum semua, aku Nurul dah bekerja hampir setahun. Tujuan aku nak buat confession ni adalah sebab aku rase bersyukur yang teramat sangat sebab Allah betul2 mengotakan janji nya pada orang yang bermohon kepada nya (aku ceritakan kat bawah). Dan juga aku nak berterima kasih kepada confessor Minta pada Allah II kerana disebabkan confession dia lah, aku terbukak hati untuk cuba apa yang dikongsikan dan terbukti, Allah makbulkan.

Bidang kerja aku melibatkan duit. Maksudnya client datang bayar, aku key in dalam sistem dan issue resit. Masalah aku bermula dari bulan 4 di mana ada seorang client ni insist yang dia dah bayar cash berjumlah RM800++ pada aku beberapa hari sebelum tu. Bila aku check resit semua tak ada pun nama dia. Masa tu aku mula risau sebab aku takut aku yang silap key in dalam sistem dan issue resit atas nama orang lain. Aku mula risau dari mana aku nak bayar balik duit dia kalau betul dia dah bayar.

Start dari hari tu, aku mula berdoa supaya Allah permudahkan urusan aku dengan dia. Sebab dia still insists yang dia dah bayar (melalui whatsapp). Hari-hari aku berdoa supaya Allah bg aku petunjuk sebab aku tak ingat langsung yang aku ada terima cash dari dia. Di setiap sujud dalam solat terawih, makin kuat aku berdoa. Miracle, Allah bagi aku petunjuk tapi agak samar2. Petunjuk yang mana, ada “seorang” ni datang (aku tak dapat ingat siapa) untuk bayar tapi waktu tu aku bagi suggestion kat dia untuk bayar online banking supaya lagi mudah di masa depan . Tak yah dah nak datang setiap bulan untuk buat payment dan dia setuju. Kiranya aku tak terima cash pun dari dia sebab dia nak bayar thru online banking je.

Masalah ni berlarutan sehingga 31/5/2018 disebabkan aku tak tau nak susun ayat macam mana untuk tanya dia adakah dia orang itu. Sebab aku tak pandai nak susun ayat dalam english (dia chinese n mostly speaking). Jadi aku berdoa lagi. Kalini aku mintak Allah selesaikan urusan aku dengan dia. Aku berdoa berkali-kali tapi masih belum dapat jawapan. Sehingga lah aku terbaca confession Mintak Pada Allah II yang berkenaan berdoa selepas sedekah.

Malam tu lepas je abis terawih, aku masukkan satu amount dalam tabung (tak banyak, tapi aku rase reasonable dengan apa yang aku nak mintak) lepas tu aku berdoa dalam hati “Bantu lah aku Ya Allah. Selesaikanlah urusan aku dengan si fulan)”. Aku berdoa sepanjang jalan sampai ke rumah. Dan bangun pagi tadi (01/06/2018), hati aku lapang selapangnya. Dan aku dapat rasakan kekuatan untuk aku call client tu untuk tanya dan explain.

Tapi yang ajaib nya, belum sempat aku call, client tu whatsapp aku dan mintak no akaun company aku. Aku betul2 tersentak. Aku pun tak pasti sama ada betul atau tak dia adalah “seseorang” itu yang mungkin teringat balik pasal online banking atau dia memang tak jumpa resit bayaran. Betapa ajaibnya berdoa dan bersedekah itu. Dan betapa baik nya Allah memperkenankan doa aku saat aku betul2 tak berdaya. Yang pasti, aku bersyukur masalah aku makin selesai. Maaf guys kalau bosan tapi aku rasa kita boleh amalkan selalu berdoa dan sedekah untuk kebaikan kita juga

– Nurul

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *