Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali terima kasih kepada admin sekiranya confession ni tersiar dan disini jugak aku nak mintak maaf kalau confession ni panjang dan susunan ayat ada tunggang langgang sebab aku tak beberapa pandai nak susun ayat.
Nama aku Nani seorang perempuan berumur awal 20 an. Sekarang tengah belajar di IPT. Aku terdetik nak tulis confession ni disebabkan masalah yang tengah aku lalui sekarang iaitu ‘ haphephobia’ (phobia apabila disentuh). Sebenarnya benda ni dah lama aku lalui sejak kecik lagi cuma bila dah menginjak dewasa ni benda ni dah jadi semakin menganggu terutamanya dalam kehidupan seharian. Siapa yang ada haphephobia ni dia akan rasa tak selesa apabila disentuh oleh orang lain dan kalau macam kes aku, aku akan rasa sesak nafas atau rasa nak muntah apabila orang selain keluarga rapat (mak, ayah dan adik beradik) sentuh aku.
Macam aku cakap kat atas, benda ni jadi semakin mengganggu apabila aku dewasa. Waktu kecil macam waktu aku sekolah rendah benda ni masih ok cuma dia semakin teruk mula dari aku masuk sekolah menengah sampailah sekarang. Disebabkan tu jugak aku cuba kesan sebab apa aku ada haphephobia ni, jadi aku cuba baca dari pelbagai sumber pasal benda ni dan aku cuba detect balik kemungkinan-kemungkinan yang menyebabkan aku ada benda ni. Dari pembacaan aku, haphephobia boleh berlaku akibat daripada sexual assult, physical abuse atau keturunan. Tapi setahu aku, tiada ahli keluarga yang ada masalah sama dan aku tak pernah kena sexual assult. Cuma, physical abuse tu mungkin la sebab dari dulu aku selalu kena rotan dengan mak atau ayah aku kalau aku ada buat salah. Tapi, benda tu bila aku fikirkan balik deorang buat bersebab iaitu sebab tak nak aku membesar jadi liar. Aku jugak sebenarnya dari dulu agak kasar, jadi selalu sentuhan yang aku dapat memang kasar. Disebabkan seorang yang kasar, dulu aku hanya ada kawan lelaki je, jadi bila kitorang bergaul kena tumbuk, kena terajang tu benda biasa. Kemudian,bila aku ingat-ingat balik sejak aku kecik sampai aku besar aku tak pernah peluk mak ayah aku ( waktu baby tu mungkinlah) . Cuma sejak dua tiga tahun ni aku start berubah aku akan selalu salam dan peluk deorang sebab pertama aku nak biasakan diri sentuhan lembut dari ibu bapa, sebab kedua bila dah duduk berjauhan ni, aku fikir setiap kali berpisah,mungkin sentuhan aku dengan deorang adalah sentuhan yang terakhir.
Berbalik pada haphephobia ni, aku tak boleh kena sentuh dengan orang lain selain keluarga rapat macam yang aku nyatakan kat atas. Bahagian yang aku tak boleh kena sentuh adalah bahagian badan. Kalau aku kena sentuh aku akan rasa sesak nafas tak pun rasa loya macam nak muntah. Tapi kalau bahagian tangan ok lagi, macam bersalam aku akan rasa jantung aku akan laju tapi tak sesakit apabila kena sentuh dekat bahagian badan. Kawan-kawan aku sesetengah Alhamdulillah ada yang memahami bila aku bagitau masalah aku ni dan deorang tak sesuka hati ja sentuh aku. Tapi ada sesetengah yang anggap macam aku saja mengada-ngada, ada yang kacau cuba-cuba sentuh badan aku, dan ada yang cakap benda ni mindset saja.
Aku bukan tak cuba nak atasi benda ni, macam-macam cara aku buat. Kadang-kadang aku memang suruh kawan-kawan aku sentuh badan aku contoh sentuh bahu aku. Tapi aku dapat tahan sekejap ja sebab benda ni memang sakit terutama bila rasa sesak nafas. Bila sesak nafas, dia akan ambik masa jugak untuk reda. Ada jugak kawan- kawan bergurau, bagitau macam mana la bila aku kahwin nanti. Hadoii. Aku tak terfikir pun sampai situ. Tapi betul aku rasa benda ni menganggu, sebab menginjak dewasa aku banyak bergaul dengan orang selain keluarga aku, jadi disebabkan benda ni aku punya pergaulan terhad. Aku selalu elak pergi tempat- tempat sesak sebab tak nak tersentuh dengan orang lain. Kadang-kadang aku agak cemburu terutama bila kat masjid lepas solat bila orang bersalaman dan berpelukan tanda ukhwah aku tak dapat buat benda tu, paling-paling aku akan bersalaman je. Dan dalam kalangan kawan-kawan bila deorang bergurau senda, bertepuk sana sini aku tak dapat ‘join’. Mana taknya aku dah pernah join deorang tapi bila kawan aku tersentuh aku, aku yang menyusahkan deorang bila tak dapat bernafas dengan betul.
Kat sini aku nak tanya ada jugak ke yang mengalami masalah yang sama macam aku? Boleh cadangkan tak macam mana nak atasi masalah ni?
Aku harap aku dapat pulih daripada masalah ni. Aku mintak tolong korang semua doakanlah agar aku dapat pulih daripada phobia ni. Betul benda ni nampak macam main-main, macam mengada-ngada tapi percayalah ianya betul-betul terjadi dan amat menyakitkan.
– Ann
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit