Bekas Pasangan Tak Move On

Assalamualaikum admin. Terima kasih kalau siarkan confession saya yang sedang buntu ni. Salam Ramadhan buat semua walaupun berbekalkan 2 minggu sahaja lagi untuk kita pulun beribadat & kumpul pahala di bulan ini.

Sy cuma nak tanya pendapat netizen kalau ada yg pernah alami pengalaman suami atau isteri yang dah move on tapi masih diganggu bekas pasangan? Kiranya bekas pasangan yang tak move on.

Untuk pengetahuan semua, suami dah bercerai 3 kali dgn ex wife nya. Masing-masing memang ada salah sendiri tapi sy boleh katakan sikap ex wife yang tidak mesra & tidak hormatkan suami buat suami tawar hati & mula menjauhkan diri. Ibunya diutamakan sampai mengetepikan suami sendiri. Pergaduhan, jauh hati, saling tak menghormati, tiada komunikasi buat keadaan makin teruk sampailah ia membawa kepada perceraian demi perceraian sehingga yang ketiga kali. Namun, boleh dikatakan selepas bercerai & rujuk pun dia masih keras kepala dengan perangai sendiri yg dirasakan betul.

Selepas itu suami telah berkahwin dengan seorang wanita lain sebelum saya (hubungan dia dgn wanita itu pun diganggu ex wife pertama sehingga bercerai)

Suami kerap kali bagitahu yang dia bahagia bersama saya. Suatu kebahagiaan yang tak disangka yang Allah kurniakan buat dia tapi kini saya dan suami juga selalu dalam keadaan stress kerana terganggu dengan sikap ex wife yang suka mereka cerita & cubaan memfitnah suami untuk buat saya curiga dan tak percayakan suami. Banyak kali juga saya termakan dengan cerita dari pihak dia yang kononnya suami pulang mencari dia & melakukan perkara bukan-bukan sedangkan bila saya semak pada tarikh yang dia katakan, sebenarnya suami ada bersama saya. Pelbagai cerita diadakan seperti suami berperangai buruk, mahu meniduri dia, kononnya ada banyak kekasih lain tanpa saya tahu. Saya percaya itu semua fitnah selepas beberapa kali saya lihat permainan dia dalam memutar belit cerita.

Suami semestinya sudah tiada apa-apa perasaan terhadap dia lagi apatah lagi sudah bercerai 3 kali tapi masih menghormatinya sebagai bekas isteri & ibu kepada anak-anaknya. Saya tak faham sikapnya yang ingin merosakkan rumahtangga bekas suaminya.

Suami juga dilarang untuk tengok anak-anak tapi dikatakan mengabai anak-anak pula. Sebelum ada yg kecam suami, sy nak maklumkan duit nafkah anak-anak sentiasa diberikan. Kalau ada bulan yg sesak sedikit, nafkah akan dikurangkan sedikit ikut kemampuan tapi suami masih menjalankan tanggungjawabnya.

Pening kepala memikirkan perangainya apa lah perempuan ni mahu lagi. Dulu dicaci dimaki suami. Lepas bercerai masih mahu suami hidup sebumbung utk jaga anak bersama pula. Takkan suami mahu jadi mayat hidup untuk ikut kemahuan dia sampai mengabaikan nafkah zahir & batin buat dirinya sendiri? Untuk pengetahuan semua juga, kami bertemu & bernikah dalam keadaan suami sudah bercerai habis 3 kali. Saya tak rasa saya dah rampas hak siapa-siapa & jauh sekali menghalang suami dari ambil berat tentang anak-anaknya kecuali ibu mereka sendiri!

Apa lagi yang saya boleh buat selain bersabar? Saya ada berhubung dengan dia tapi nampaknya tiada hasil sebab susah betul nak diajak berbincang. Ayat saya diatur baik-baik untuk mengelakkan kekasaran apatah lagi nak mencetuskan pergaduhan. Saya tidak pernah berniat perkara bukan-bukan. Bagi saya, dia ibu kepada anak suami saya jadi saya mengharapkan perdamaian buat semua pihak.

Susahnya keadaan ini & susahnya hati hanya Allah sahaja yang tahu. Saya harap sangat buat netizen yang pernah mengalami situasi macam ni untuk berkongsi & juga bagi pendapat. Ataupun mungkin ada pendapat sebagai seorang bekas pasangan sendiri. Mungkin ada merasakan confession ni tak sesuai untuk ada di iium confession, mungkin sesuai di page KRT tapi saya kurang selesa untuk post disana. Terima kasih banyak-banyak.

Salam.

– Ana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *