Assalamualaikum. Terima kasih jika post aku ni disiarkan. Kalau tak tersiar, aku anggap ni sekadar diari aku je lah.
Aku Nana. Berusia 24 tahun. Baru habis degree tahun lepas dan sudah mula bekerja dalan sektor awam, bidang aku.
Sudah berkahwin, mempunyai 4 org anak, sulung 6 tahun, kedua 4 tahun, adiknya 2 tahun dan si bongsu baru je 2 minggu umurnya. Ya aku masih dlm pantang, berpantang sendirian, bersama 3 org anak yg semuanya bersamaku. Bukan aku yatim piatu, tp Mama dan Abahku jauh di utara semenanjung.
Sebelum bekerja, aku tinggal bersama keluarga suamiku, yg asalnya sepupuku, anak Makndakku, kakak Abahku.
Macam mana aku boleh terkahwin dengan sepupu sendiri?
Aku dihantar ke rumah Nenek (ibu Abahku), di negeri J ini, oleh Abah sendiri sebaik sahaja lepas SPM, kerana waktu itu Nenekku kurang sihat. Lagi pun aku takde buat apa2 kerja, jadi Abahku kata Abah tak dapat balik kampung selalu sebab dia kerja, jadi dia minta tolong aku. Makndakku pula duduk di sebelah rumah Nenek.
Tak lama lepas aku duduk di rumah Nenek, Nenek suruh aku kahwin dengan Abangde, anak Makndakku. Aku tak tau kenapa Abah setuju, sedang mak tak bagi pun. Aku tak berapa kenal pun Abangde aku, tp Abah pulak tiba2 berkeras nak kahwinkan aku dengan anak buahnya tu. Aku nak tolak macam mana? Terpaksa terima je.
Sejak aku kahwin, aku kena tinggal di rumah Makndak, atau sekarang dah jadi Ummi. Suami aku tak bagi langsung aku balik ke rumah Mama dan Abah. Dan Abah mmg tak balik kampung langsung lepas aku kahwin. Result SPM pun Abah ambilkan, lepas tu dia pos ke rumah Ummi. Result aku alhamdulillah, walaupun aku tak straight As mcm kawan2 baik aku, still aku tersenarai sebagai pelajar cemerlang dalam sekolah aku dulu, dengan A+ dalam semua subjek Sains Tulen aku, Addmaths, yg tak dapat A cuma Sejarah je dan BI je.
Aku nak sambung belajar, tapi f6 n matrik tak terima pelajar yg dah berkahwin. Suami aku tak bagi aku sambung diploma, sebab katanya buang masa, tp dia daftarkan aku untuk ambil STPM secara persendirian.
Waktu aku ambil STPM, mmg mencabar sangat2. Puteri sulung lahir masa tu, lepas tu kehidupan aku di rumah Ummi, sebagai sesatu2nya perempuan dalam rumah tu selain Ummi, mmg kerja rumah kami berdua je buat. Adik beradik suami aku, aku tak tau kenapa diorg tak boleh buat kerja rumah langsung, masak nasi, basuh pinggan, sapu sampah semua tu kami berdua je yg buat. Tapi dalam kesibukan aku tu, aku masih boleh capai result yg membolehkan aku sambung degree di IPTA. Tu pun agak jauh dari rumah, suami aku tak izinkan tapi aku tak tau kenapa aku menangis2 kata nak jugak pergi sampai suami aku dah tak kata apa2, cuma dia bagi syarat, anak duduk dengan Ummi, PTPTN dia pegang, tiap minggu kalau dia tak ke kolej aku, aku wajib balik kampung, dia call wajib angkat walaupun dalam kelas.
Mama dan Abah masih tak pernah aku jumpa lagi. Suami aku tak izinkan aku balik rumah Mama dan Abah. Sedih kan? Hehe.
Sepanjang aku sambung degree, aku boleh menjalani kehidupan sebagai pelajar, walaupun tak sebebas rakan2 lain. Waktu ni, anak aku bertambah lagi dua org. Ya, parents aku masih aku tak jumpa walau anak aku dah tiga. Ayah dan Mama aku kata diorang ada balik kampung, tapi masa aku takde. Huhu.
Dalam kesibukan life sebagai pelajar, isteri, ibu, dan menantu, aku masih boleh dapat result yang membolehkan aku tukar PTPTN aku kepada biasiswa.
Dan paling best, Mama dan Abah buat kejutan dengan adik2, datang masa aku konvo. Walaupun dapat jumpa sekejap sangat, sebab suami aku nak balik cepat. Hehe.
Sekarang aku dah kerja. Anak2 semua duduk dengan aku, sebab suami aku kata, gaji aku tetap, jadi aku boleh hantar anak ke nursery dengan gaji aku. Huhu. Suami aku tinggal di rumah Ummi, sebab katanya payah kalau dia tinggal di tempat aku. Takpe. Aku ok je. Kalau kadang2 malam suami ajak aku keluar, dia suruh aku tinggal je anak2 kat kawan2 aku, sebab diorg seronok je nak jaga anak2 aku.
Cakap pasal kawan. Kawan2 aku baik sangat2. Ye la, suami aku jauh kan. Aku lak di Rompin. Jadi kawan2 aku la yg jadi peneman aku kalau aku rasa nak shopping. Even masa aku preggykan si Humaira ni pun, kawan2 aku yg bergilir drive aku ke klinik jaga anak2 aku sementara aku tgh checkup sebab suami aku xboleh nak datang hantar aku. Kalau dia ada kat rumah pun, dia penat, aku xboleh nak paksa dia hantar.
Malam aku nak bersalin pun, kawan aku tgh malam hantar aku ke hospital terdekat dgn rumah Ummi aku, sebab suami aku xlarat drive ambil aku dari Rompin. Nasib baik suami aku nak hantar aku n anak2 balik ke rumah sewa aku.
Huhu.
Tapi sekarang aku sedih. Sebab aku masih tak dapat jumpa Mama dan Abah aku. Aku tak tau kenapa. Bukan kali pertama aku dalam pantang. Bukan kali pertama aku berjauh dengan diorg. Tapi kali ni, aku rindu sangat. Dengan kawan2 sekerja aku yg tiap minggu balik kampung rumah parents diorg. Aku, last aku jejak rumah Mama Abah aku sebelum aku balik rumah Nenek. Abah n Mama aku pulak kalau balik rumah Nenek, selalu tak kena masa aku kat rumah Ummi.
Aku nak balik, tapi suami aku kata adat la perempuan tinggalkan keluarga lepas kahwin. Kalau ikutkan, aku nak je ikut hasutan kawan2 aku, balik je tanpa bgtau suami, tapi aku bukan bujang mcm diorg.
Mama, Abah, kenapa tak pernah lawat Nana? Anak Nana dah 4 org. Nana dh 6tahun kahwin. Tp baru sekali Nana jumpa Mama Abah. Org lain mak ayah diorg meninggal pun diorg boleh pergi kubur diorg. Tp Nana, Mama Abah hidup lg tp Nana xjumpa mcm dah pindah oversea.
– Nana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit