2013/2014-beberapa bulan selepas kematian arwah atuk, aku mula mengalami keganjilan dari sikap dan kesihatan aku. Aku mula sering sakit dada, susah untuk tidur dan terfikir tentang mati. Dan tiap kali aku mula terfikir tentang mati, dada aku sakit dan jantung aku menjadi sangat laju, seluruh badan aku mula berpeluh dan sejuk, dan tangan serta kakiku akan mengigil teruk. Aku mula sering tidur di dalam kelas kerana pada malam hari, aku sering terjaga dari tidur kerana mimpi buruk atau tidak dapat tidur langsung.badanku juga seringkali keletihan dan sakit terutama di belakang leher.sampai satu tahap, nak mendaki bukit sekolah yg beberapa meter pun aku terpaksa berehat dan kalau aku paksa diri, aku akan muntah. Aku mula menjadi sensitif dan semakin mudah mengelabah dan cemas.
2015-2017-masalah kesihatan aku semakin menjadi. Aku mula paranoid dengan isu kematian dan isu kesihatan. Tiap² minggu mesti pergi jumpa klinik dan hospital. Tapi setiap kali keputusan keluar, aku cuma ada isu anemia dan terpaksa tranfuse darah. Itu sahaja. Tapi aku tahu ada masalah lebih besar dlm diri aku. Pernah aku telefon mama aku di melaka ketika aku duduk di kl pada pukul 3 pagi sebab aku rasa mcm ajal aku da sampai dan aku telefon untuk minta maaf sambil menangis. Keluarga aku pun sampai naik fed up sebab aku seringkali mengadu sakit dada, sakit jantung la, tak dapat bernafas lah tapi bila ke klinik, dr kata aku sihat.aku terfikir mungkin aku bukan sakit fizikal dan mula mencari info ttg simptom yg aku hadapi di internet dan dapat tahu ttg panic disorder. Sampai satu hari aku bangun tidur akibat tumpah darah yang sgt banyak dan degupan jantung yang sangat laju sampai aku ditahan di wad hospital serdang akibat tachycardia. dr disana suspect aku mengalami masalah di bahagian rahim, anemia dan tekanan perasaan melalui apa yg aku beritahu.aku masuk wad (kali kedua dalam tahun itu) selama seminggu untuk tranfuse darah, dan bila keluar aku terpaksa dirujuk ke gynecologist, hematologist dan psychiatric.masing² sahkan aku ada menorrhagia issue (dlm tahun yg sama mereka detect cystic kat ovari aku), thalasemia minor dan panic disorder. Itu pun dr cakap panic disorder aku disebabkan aku terlalu lama ada anemia (aku lari appointment time sekolah jadi tak dirawat dengan betul) . Bermulalah hidup aku dengan hospital dan ubat². Habis nak dekat 10 biji pil aku kena telan sehari. Yuckks.
Tahun yang sama aku mula belajar di University .tapi siot. Bulan pertama da kena deal dengan banyak issue. Bulan kedua aku relapse sebab tekanan dan tinggal ubat dan appointment dr. Aku bodoh time ni, aku kononnya fikir aku da sihat dan nak fokus pada pelajaran jadi aku lari berbeza appointment yang time minggu kena attend dan ubat² yang banyak side effect. Tapi bila aku tinggalkan ubat yg bermain dengan kitaran hormon dan bahan kimia dalam badan aku ketika badan aku sgt memerlukannya, masa tu lah sakit aku jadi tambah parah. Sudahlah panic attack aku datang balik, aku mula jatuh dalam depression. Aku tak pernah depressed sebelum ni biarpun aku ada bermacam masalah. Aku jadi tak suka bersosial. Kebetulan sem pertama aku dapat bilik seorang, aku memang tak keluar bilik, tak mandi, tak jumpa orang, bilik aku gelap 24 jam (aku tatau kenapa time ni aku jadi tak takut gelap pula, dulu nak tidur pun aku tutup lampu), makan pun aku tak lalu, setakat biskut² yg dibeli dulu dan air kosong.adakala aku boleh tiga hari tanpa makan dan cuma minum air sikit² je. Kelas memang aku tak mau attend la.
Penat aku paksa diri untuk jadi mcm dulu balik. Malam² aku tak dpt tidur dan aku jadi sangat berani untuk keluar merayau pukul 3 4 pagi sekeliling kolej sebab masa tu je aku nak dpt udara segar tanpa berjumpa orang. Benda² macamni tobatlah aku takkan buat bila aku sihat dan normal.paling teruk, aku mula tak dapat tidur siang malam sampai seminggu. Zombie gila. Masa itu aku tengah berperang dengan rasa nak bunuh diri dan rasa takut mati. Aku memang berseorangan. Yela tak sempat nak berkenalan dgn kawan baru, da jadi macamni. Adalah dua tiga orang yang baik hati, (you know who you are and thank you for not judging me) tapi time ni aku mmg takda self esteem dan rasa best nak buat apa pun.aku sendiri jauhkan diri sebab aku rasa mcm di-judge dan tak layak berkawan.sampai awal tahun 2017,aku tarik diri keluar universiti sebab aku rasa mcm aku da gagal, aku cuma beban pada keluarga dan sekeliling aku dan aku tak da harapan bila tengok result aku tiap sem yg teruk.aku dpt bertahan selama itu atas bantuan pakar psikologi University aku yg sangat supportive. Zaman sekolah dulu pun tak pernah aku tak perform mcmni sekali.kalau kau tanya sekarang, adakah aku menyesal keluar upsi? Ya aku menyesal siot aku asyik terfikir kalau la masa aku mula masuk tu aku sihat mcm dulu mesti aku dpt perform baik dan seronok dgn kawan² dan dpt diploma dan skrg sepatutnya aku da boleh buat degree bersama mereka. Tapi nak buat macamne, benda jadi. Aku da terima ini takdir aku.sepanjang tahun² ini juga aku masuk hospital sebanyak 4 kali atas pelbagai masalah kesihatan (termasuk wad psikitari sekali sebab depression relapse)
2017-aku berazam nak kejar balik apa yg aku tertinggal. Tahun itu aku da 20.tapi masih gagal. Aku masih lagi terseksa melawan depression dan anxiety disorder aku. Rutin aku ulang alik hospital sahaja.aku ada cuba untuk belajar di tempat baru tp sebulan sahaja, aku ada bekerja tapi sekejap sahaja juga. Aku pergi jumpa ustaz la, pergi seminar kesihatan mental lah. Oh ya, sebelum² ni aku ada jumpa juga la berubat tradisional, tapi takda perubahan pun. Ada aku jumpa pakcik tua yg berubat dok pegang pinggang dan bila aku mengelitis sebab aku jijik org bukan mahram pegang² aku,dia cakap kat bapa aku yg aku ada gangguan. Balik aku buang je air dia bagi. Ada pergi madrasah berubat dgn ustaz, dia kata aku ada gangguan belajar pada bapa aku sebab aku berpeluh time berubat, aku pandang slack je dia sebab satu, waktu dia pegang jari kaki yg tengah masa berubat, dia tekannya jari kaki aku guna kuku dia. Mengigil kaki aku berpeluh tahan sakit. Sebelum tu dia masa sesi berdua, dia ada tanya² kot aku ni kenapa, aku jujurlah bagitahu aku drop out university sebab aku ada depression. Tapi aku ikut juga pesanan dia mandi air limau dia baca utk seminggu dan bacaan² because there’s no harm to follow right?
Hujung tahun, pakar psychiatrist aku yg baru decided untuk tukar ubat, ya Allah selepas setahun aku mengadu ubat yg lama tak lagi berkesan malah memburukkan keadaan, akhirnya ada juga dr yg sudi mendengar. Selepas sebulan, aku mula rasa seperti aku yg dulu, 4 tahun yg lepas, aku mula kembali ceria, dan tidur aku semakin teratur. Alhamdulillah. Ouh ya selepas pelbagai sesi terapi dengan pakar psikologi, mereka mengenal pasti yg aku mempunyai trauma terpendam kerana aku kehilangan mak dan ayah angkat aku di depan mata aku masa aku kecil dan kematian datukku menyebabkan trauma itu kembali.
2018-aku mula kembali menjadi aku yg dulu. Aku tidak pulih lagi, cukuplah kembali aku katakan keadaan aku stabil. Aku mula merancang pelbagai perkara. Ada yg dpt aku laksanakan seperti berjumpa perawat islamik untuk merawat aku sebab aku tahu, bila kita sakit dan lemah, ada makhluk yg senang medekati. Tapi aku bukan menyatakan aku sakit kerana itu,kerana aku percaya penyakit mental adalah betul dan boleh dirawat secara klinikal. Ada yg cuma separuh jalan kerana aku masih ada hari yg aku mula sakit kembali.sekarang aku sedang menunggu result spa. Aku berharap sgt dpt sebab tak pernah sekali aku buang impian aku untuk belajar dalam bidang yg aku minati. Cuma aku tetap aku, yg implusive dan tidak berfikir panjang, ada ke patut aku abandoned temu janji hospital sebaik aku dpt tawaran temuduga spa sebab aku rasa mereka takkan terima calon sakit mcm aku, dan skrg minda aku start meragam balik. Aku da insof da so next week aku jumpa dr balik utk dapatkan ubat dan pandangan dr.ada isu yg masih lagi menganggu seperti pola tidur aku yg teruk ni. Aku mengalami hypersomnia bersama sejenis susah tidur malam juga.
Bagi aku, aku tidak menyesal akan apa yg aku lalui. Kerana ujian ini, aku belajar untuk empati akan mereka yg senasib dan berfikiran terbuka akan isu kesihatan mental. Aku yakin kalau dulu masa aku sihat, aku mesti cakap orang yg sakit mental ni jenis lemah iman, jenis mengada atau pelbagai lagi stigma yg sinonim dgn mental illness. Tapi percayalah, penyakit mental tiada kaitan dengan agama dan keimanan. Ianya sama dengan penyakit fizikal. Tiada siapa yg menyuruh orang yg mengalami appendik untuk bersabar dan bermuhasabah diri, atau memanggil ustaz atau bomoh untuk menjampi ketika mereka terguling² dilantai menahan sakit, sebaliknya membawa mereka ke hospital, membenarkan mereka dirawat oleh doktor dan mengesa mereka makan ubat ubatan yg diberikan. Jadi kenapa bila seorang insan yg sakit di bahagian otak dan minda, disuruh bersabar dan ingat tuhan sahaja, berhadapan stigma seperti gila, agresif, lemah iman dan semangat, dilarang berjumpa dr dan makan ubatan pskitari dan hanya dirawat dgn memanggil ustaz dan bomoh kerana secara tiba² doktor tidak lagi relevan dan boleh dipercayai dan ubatan cumalah konspirasi yahudi pula?
Dan tidak pula saya menolak unsur islamik dalam rawatan mental. Doa adalah senjata orang mukmin,tanpanya saya tidak mungkin akan yakin yang saya boleh sembuh. iman dan kepercayaan kepada Allah adalah kekuatan untuk saya untuk menerima takdir ini dan terus kuat untuk berjuang melawan sakit. Zikir dan bacaan al quran adalah juga salah satu terapi yg disarankan oleh dr bersama terapi yg diajar oleh dr.
– Mental illness survivor
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit