Adakah Doa Aku Makbul?

Salam semua. Sebenarnya aku malu nak mengaku tapi aku nak jugak tahu sebabnya jadi sebab tulah aku confess ni. Biar aku cerita pengenalan diri aku sikit. Aku tak ada adik beradik. Aku bukan anak yang baik dan aku ni banyak je masalah yang jadi. Aku tak ada kawan sangat. Belajar pun tak pandai sangat tapi selalu tersepit dalam kelas yang tergolong pandai dan sekarang ni belajar dalam kos yang agak susah.

Macam aku cakap tadi aku bukan anak yang baik. Ni bukan merendah diri tapi betul. Aku selalunya ada sakitkan hati mak ayah aku sebab ketidaksefahaman pendapat. Tapi selalunya bukan sebab aku bagi pendapat yang salah ke apa. Tapi sebab mak dengan ayah aku ni walaupun dah bertahun tapi tak ada pun cuba menyelami hobi/kelebihan/kekurangan/keinginan/masalah/pendapat aku.

Walaupun aku anak tunggal tapi mak ayah aku boleh tahan sibuk. Bukannya sibuk sebab outstation macam dalam drama tu. Tapi kalau orang luar tengok, orang akan kata mak ayah aku baik sebab mereka sibuk ke arah kebaikan.

Jadi kesimpulannya aku akan memberontak dan memaksa2 kalau nak sesuatu. Mesti orang lain fikirkan sebab dah anak tunggal mestilah manja meminta2. Tapi aku meminta bukan sebab tu tapi kalau aku tak mintak atau bagi tahu, mak ayah aku tak akan tahu langsung.

Aku selalu pelik sebab anak dorang cuma satu tapi kenapa dorang tak pernah faham. Dan bila aku memberontak akan jadilah pergaduhan selalunya dan setiap hari…..
Tapi apa yang aku nak bukannya susah pun. Aku cuma nak bercerita dan luahkan masalah je. Yang jadi masalahnya ialah mak aku selalu sibuk. Aku tahu jugak salah aku sebab kalau aku cerita ataupun telefon tak pernah kejap selalunya paling sikit 1 jam. Aku pulak kalau telefon siang mak aku kerja. Kalau cakap malam mak aku sibuk pergi surau. Kalau sabtu ahad pulak sibuk benda lain. Tapi aku degil aku selalu je telefon jugak walaupun mak aku kerja dan aku cerita malam2 walaupun mak aku ngantuk. Sebabnya tak pernah pun ada masa yang terluangnya pun.

Aku selalu rapat dengan mak aku walaupun aku selalu bergaduh dengan mak aku tapi aku memang bukan anak manja. Aku tak rapat dengan ayah aku walaupun ayah aku tu macam cemburu dengan mak aku sebab aku tak cakap dengan ayah aku. Bukan sebab aku tak nak tapi sebenarnya ayah aku selalu tak suka dengar masalah. Bagi dia semua benda mesti boleh buat dan positif jadi sebab tu aku suka cerita dengan mak aku. Pernah dulu aku gagal subjek BM masa stpm dengan kali pertama gagal dekat universiti. Itu pun ayah aku tanya kenapa tak usaha lebih dan kenapa kawan2 aku boleh buat tapi aku gagal. Sedih betul rasa masa tu sebab dah lah gagal, ayah pulak macam mempersoalkan lagi tapi bila cerita masalah sebelum ni dan tanya nak buat macam mana dia tak nak dengar pun.

Mak dengan ayah aku tu selalu bergaduh setiap kali kalau mak aku nak cerita masalah aku tapi padahal dia sendiri yang tanya perkembangan aku. Tapi dengan kawan2 dan jiran2 dia, ayah aku selalu cerita macam dia tahu segala2nya tentang aku sedangkan tak pun. Apa yang dia cerita tu pun banyak salah cuma cara dia cerita tu je meyakinkan.

Apa yang aku nak bagi tahu ialah walaupun aku selalu gaduh dengan mak aku tapi mak aku yang lebih paham dari ayah aku walaupun masih banyak benda yang mak aku tak paham tentang aku. Aku bukan nak memburukkan keluarga aku tapi aku cuma nak bagi tahu latar belakang aku yang kehidupan anak tunggal tak indah macam yang orang lain anggap.

Dan sekarang berbalik kepada tajuk tadi iaitu adakah doa aku makbul? Memang doa orang yang teraniaya itu makbul tapi masalahnya aku ni jahat (aku tak nak bagi tahu berapa banyak jahat aku cuma cukuplah kejahatan aku yang selalu biadap dengan mak ayah aku tu tapi aku tak adalah jahat keluar malam dengan ada pakwe makwe tu. Jahat aku cuma terhadap diri sendiri dan mak ayah aku je).

1) Ok soalan dia macam ni, jahat2 aku pun aku tetap doakan kebaikan mak ayah aku dan benda2 lain yang baik tapi kenapa itu jarang makbul?

2) Kenapa bila aku doakan sesuatu keburukan terhadap mak ayah aku ataupun sesiapa yang menyakiti hati aku, doa tu makbul? Aku selalu doa macam ni “sesiapa yang menyakiti hatiku bagikanlah mereka kesusahan”. Baru2 ni mak aku terlanggar kereta orang masa nak keluar parking sedangkan mak aku tak pernah langgar sebelum2 ni (aku doa tu tengah hari dan jadinya petang tapi malam tu aku tarik balik doa tu) Bukan ni je banyak lagi contoh lain.

3) Kenapa mak aku je selalu kena sedangkan ayah aku elok je. Bukannya aku harapkan benda yang buruk tu jadi (nauzubillahhiminzalik). Cuma aku pelik. Kalau nak ikutkan mak aku lagi banyak berkorban dan buat apa saje. Ayah aku pandai cakap je. Mak aku banyak buat benda dan angkat benda2 berat macam beras tapi ayah aku alasan tak angkat sebab dah tua (60 tahun tapi rambut tak putih pun dan muka nampak muda). Mak aku tu pulak tak patut angkat berat sebab dulu pernah jatuh dan tulang belakang terlari sikit.

4) Kenapa doa mak ayah aku tak makbul sangat walaupun kata doa mak ayah ni makbul. Mak ayah aku doakan kepandaian tapi aku tak pandai2. Doakan kemudahan tapi selalu je ada masalah. Doakan ada kawan tapi tak ada orang pun yang nak berkawan. Doakan hilang gemuruh tapi tak hilang2. Doakan kesihatan tapi selalu je sakit. Lagi satu lupa nak bagi tahu yang ayah aku ni jenis yang tak percaya dan tak nak dengar kalau aku dan mak aku sakit. Aku dan mak aku dah banyak sakit tapi kami tahan je. Ayah aku tu kalau demam sikit pun tak boleh bangun. Dulu mak aku jatuh dia tak percaya tapi bila mak aku tak dah boleh bangun baru dia bawak pergi hospital itupun sebelum dia percaya tu dia suruh mak aku bawak kereta sendiri. Aku pulak bila sakit ayah aku kata aku tak pandai jaga diri. Sekarang ni aku sakit lutut bukannya aku ada buat benda melompat2 pun. Susah aku jadinya pergi ulang alik kelas dengan banyak tangga dan bukitnya.

5) Doa sape yang lagi makbul? Doa aku yang banyak dosa ke atau doa mak ayah aku yang patut memang makbul tu?

Maaf aku tulis banyak sangat sebab dah lama terpendam ni. Kalau nak ikutkan ada banyak masalah lagi. Aku ni jenis panas baran, bila geram aku doa bagi orang susah tapi lepastu menyesal dan doakan kemudahan dan kebaikan orang tu tapi doa yang buruk tu jadi jugak. Aku ni mulut masin ke? Aku benci mak ayah aku tapi aku jugak kesian dan sayang mak ayah aku. Aku benci sikap aku tapi aku selalu tertindas dan tak diendahkan jadi tu jelah kuasa aku dengan mendoakan kesusahan orang lain sebab asyik aku je yang kena ataupun aku ni hamba yang dipilih dan diuji allah untuk malang ke? Aku ni yang baik pun banyak dan yang buruk pun banyak macam orang ada split personality tu.

Tapi benci2 aku dekat mak ayah aku tu pun aku tetap akan mempertahankan mereka kalau ada orang lain yang nak menindas sebab walaupun badan aku lemah tapi lidah aku tajam. Itupun keburukan aku jugak tu.

Aku harap korang yang baca ni tak pening kepala dengan cerita yang terlampau banyak macam melodrama. Aku harap korang doakan aku supaya berubah kearah lebih baik, doakan kejayaan dan kesihatan aku, doakan supaya mak ayah aku lebih memahami aku doakan juga kesejahteraan mak ayah aku supaya kami semua boleh hidup dalam harmoni sampai bila2.

– Anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *