Salam warga iium. Terima kasih admin sekiranya post ini dapat disiarkan. Aku kenalkan diriku Milah. Aku sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Kisah ini aku harap dapat memberi teladan dan pengajaran buat kawan2 diluar sana. Ini kisah mengenai adik aku. Aku ada seorang saja adik, adik aku perempuan, aku namakan dia P.
Ayah aku seorang yang kuat agamanya. Dari ayah aku muda sampai sekarang, ayah aku selalu ke masjid untuk solat jemaah. Dari kecil sampai besar tak pernah lekang pasal nasihat yang baik2 untuk kami anak2nya. So, aku nak bgtau korang yg ayah aku jenis alim, tapi tak pernah nak mengongkong keputusan anak2, yang mana baik dia ok, yang mana buruk dia akan nasihat supaya kami tak salah langkah. Adik aku berkahwin pada usia yang sangat muda, berumur 19tahun sudah menjadi isteri kepada seorang lelaki yang berumur 49tahun masa tu. dari sekolah adik aku banyak belajar hal2 agama, usia 10tahun sudah khatam lebih 5kali. Sejak adik aku berusia 15tahun (remaja kan) hidup dia terus berubah, dari seorang yang petah hal agama, bertukar menjadi maksiat. Dengan lakonan dia yg btudung warak, dapat menutup salah2 maksiat dia. Dia mula berzina dengan rakan2 sekolah. Masa umur 16tahun, aku godek hp dia, ada conversation dia dengan rakan2 dia, dimana dia bgtau dia mengandung! Yaa, aku sangat terkejut, sebab aku seorang kakak yg freehair, tapi aku xsangka adik aku yg sangat warak itu mengandung.. besoknya aku sekadar sembang2 dengan mak, aku cakap adik mengandung, mak aku terus longlai, aku cakap lg, mak diam2 dala.. adik cakap dgn kawan2 dia nak pergi gugurkan kandungan sebab taktau siapa bapak budak tu.. lepas tu aku tak pasti apa yang jadi, sebab aku tinggal bersama kakak ku di KL. cuma lepas tu, mak aku cakap adik aku, mak ayah hantar tinggal dengan mak angkat di pantai timur. Sangkaan kami meleset, dengan harapan adik akn berubah sebab tahun itu dia form5. Dia teruskan seks rambang dengan rakan2 sekolah dan ditangkap oleh cikgu yg membuat rondaan masa tu. mak ayah tak dapat nak tanggung malu. amek semula adik tinggal balik dengan dorang. Walaupun adik aku digelar warak dengan bertudung, tapi dia tak pernah solat. Sekali pun tak pernah!
Selepas dia berkahwin, kami semua ok sebab suami dia seorang yang alim jugak, solat puasa sunat tak pernah tinggal. Tapi sayang sekali, suami dia tak dapat nak didik isteri menjadi isteri yang baik. Bila berkahwin diusia muda, kepuasan untuk enjoy terhad. Apa yang kawan2 buat seperti melepak, dating, tengok wayang, adik aku tak dapat buat. Dia mula keluar malam, balik lewat malam. Katanya lepak. Suami redha dengan syarat balik jugak malam tu, jangan overnight mana2. Macam2 cerita buruk pasal suami adik canang kat kawan2 dan family. Mak jadi sangat benci kat suami adik. Masa tu aku belum berkahwin, jadinya aku seorang yang suka melepak dengan kawan2. Ofkos la cerita pasal aku pun dia canang! Hahahaahha.. bukan aku tak cuba untuk nasihat adik menjadi isteri yang baik, tapi dia akan salahkan aku balik, katanya aku belum berkahwin, aku taktau apa2 pasal hal rumahtangga. Bukan aku taktau langsung, kawan2 aku ramai yang dah kahwin, mestilah aku tau jugak. Takkan hal2 cmtu pun aku dungu kan! Disebabkan adik aku jenis ketegaq nak mampuih, apa saja nasihat dari kakak2 abang2 dia abaikan, dengan alasan dia sudah bersuami, mak ayah tak boleh campur hal dia. Okla, kitorang kakak abang malas amek tau hal dia.
Suatu hari tu, dia bekerja di satu tempat berdekatan U, taktau apa jadi, dia call mak cakap nak pakai 3k. Alasan dia nak bukak bisnes. Mak aku punya sayang adik, bagi je 3k tu kat dia. Tak cukup lagi, dia minta pulak kat abang 3k. Aku jadi was2 jugak la, dah kenapa nak pkai duit banyak sangat. Oh ya sebelum aku terlupa, adik aku ni panjang tangan. So aku tak pasti samada duit dia minta kat mak dan abang tu mungkin nak ganti semula duit kat tempat kerja dia, atau dia kena tangkap khalwat. Sampai sekarang dia belum bayar duit tu kat abang aku. Okla, kitaorang teruskan kehidupan seperti biasa….
Selepas beberapa tahun kahwin, adik belum dikurnikan rezeki anak. Sebabnya, dirumah suami dia, ada mak mertua dia. Mak mertua dia sakit tua. Setiap bulan adik aku akan cakap, dia keguguran sebab hantu mak mertua dia dok makan baby dalam perut. Aku taktau laa nk gelak ke nak sedih. Lapar betul hantu sampai makan janin adik aku je, takkan tak makan pulut kuning, telur mentan langsung.. bukan kami tak percaya wujudnya alam ghaib ni, wajib percaya. Tapi cerita adik aku ni tak logik langsung. Dalam dua tahun dia jaga mak mertua dia, mak mertua dia meninggal dunia. Dan selepas tu aku tak dengar dah adik aku mengandung.. haa sebab tu aku tak percaya yang dia mengandung sebelum ni.. hihihi
Dalam 5 tahun cmtu, adik aku makin ligat keluar lepak malam, sampai abaikan suami. End up adik aku minta cerai dan mak aku paling sokong. Mak aku cakap suami dia tu tak layak jadi suami adik aku. Padahal aku tengok suami dia ni, bagus betul. Kerja pun bagus, ada rumah sendiri, kereta sendiri, ada superbike lagi. Katanya adik aku ada kawan dengan seorang mamat ni. So adik aku nak cerai. Suami dia pun aku agak dah malas nak amek tau dah hal adik aku yang memang ketegaq ni, dorang pun proceed.
Oh, dalam masa beberapa tahun dorang kahwin, adik aku ni suka cari pasal dengan suami dia, sampai satu tahap adik aku mengamok pecahkan habis semua barang2 rumah. Bila tanya kenapa, dia cakap suami tak ada duit nak bawak kua jalan2… hmmmm… satu hal aku kakak abang p balai polis nak jamin adik aku sebab suami buat report yang adik aku ni dah macam orang gila pecahkan barang2. Tapi mak aku sokong apa adik aku buat.
Semasa proses dorang nak becerai (bukan sekejap ye nak becerai, makan bulan jugak la) adik aku bawak jumpa bf dia kat family kitaorang. Aku tengok je bf dia, aku dah boleh agak bf dia mat rempit, umur pun baru 20tahun, tak ada apa2 transport (g mana2 harapkan motor adik aku je, tu pun suami dia yang bagi motor tu) tapi adik aku cakap bf dia engineer (tgelak besar aku, maklum laa adik aku kan suka tipu, nak nampak hebat depan kakak2 abang2) mak aku punya laa suka kat bf dia ni. Aku dalam hati cakap, aku akan siasat siapa bf dia ni. Nasib baik aku ada kawan yg jenis lepak malam ni. So dorang la reporter aku. Memang sah bf adik aku ni mat rempit, takde kerja, memang anak mak. Disebabkan mak aku sayang gila2 kat adik aku, apa adik aku cakap mak aku percaya. Ok takpe, kitaorang tengok jela, malas nak cakap apa2 dengan mak. Cakap pun tak guna sebab adik yang paling bagus.
Mak cakap adik akan kahwin dengan bf dia nanti lepas habis edah. Oklah we all tunggu je kan. Dia dah proceed borang nikah semua. 2minggu sebelum tarikh nikah tu, aku call mak aku tanya, jadi ke tak dorang nak nikah? Sebab aku nak amek cuti. Masa tu aku aku da kahwin dan tengah mengandung. Tapi mak aku senyap, mak aku cakap takjadi. Aku pun, ohh takpelah cmtu, sebab ingat nak amek cuti. Dah kata tak jadi, aku gelak jela. Aku cakap dengan mak aku. Tula, nak sangat menantu mat rempit kan, dah tersepit ke sekarang? Mak aku senyap je, aku tau adik aku ada sebelah mak aku masa tu, sebab tu mak aku senyap je.
Agak lama aku tak amek tau hal adik aku, sampai aku selamat bersalin, kakak abang datang lawat aku kat rumah. Tiba2 kakak aku cakap adik aku mengandung. Aku macam, aikk? Anak siapa? Kakak aku cakap, anak bf dia. Tapi adik aku rujuk balik suami dia, atas alasan nanti anak tu boleh dibin/binti dengan nama suami. Aku macam, ohh ok. Mak kan suka bf adik, bencikan suami adik. Kenapa tiba2 mak ok pulak? Kakak cakap biar dorang. Tapi kakak aku ada cakap, kalau anak tu laki2, suami dia nak. Tapi kalau anak tu perempuan, suami dia suruh bagi kat orang. Taknak tanggung masa anak tu nak nikah nanti. So kitaorang pun malas nak cakap apa2. Tengok jela kan apa jadi lepas ni.
Lepas pada tu, adik aku pun bersalin. Dan anak tu anak perempuan, nak taknak suami dia bela juga, berbintikan nama suami dia. Aku rasa korang semua tau kot hukum dia apa kan, sebab tu tuhan dah cakap jauhi maksiat, jauhi zina. Jaga aurat. Mak aku paling sayang kat anak adik aku berbanding anak aku. Mak aku sampai nak bela anak dia. Dan benda yang nampak itu adalah anak bf dia, muka anak tu sebijik muka bf/mak bf dia.. tak ada langsung muka adik aku. Jadinya bila ada yang datang melawat, semua bertanya…. aku malu…. bila suami dia post gambar anak dalam socmed, kawan2 suami dia pun tanya menda yang sama. Kami kakak abang jadi pelik, dulu suami dia jenis tegas even adik aku ketegaq, tapi sekarang macam orang bodoh je. Baru aku tau kenapa, adik aku gunakan sihir untuk tundukkan suami dia. Adik aku dapat duit dari mak aku, 500, 800 semata2 untuk sihirkan suami dia. Bukan takat guna2, pelaris, macam2 dia pakai.
Ya, kembali ke cerita ayah aku. Ayah yang dulunya pun tegas, akhirnya ayah pun terkena blackmagic adik. Ayah sanggup hina adik beradik menantu. Ayah sokong segala tindakan adik yang terang2 salah. Ayah buat kenduri aqiqah untuk anak adik, sedangkan anak tu adalah anak luar nikah, tidak ada hadith atau fatwa untuk buat majlis aqiqah anak luar nikah ni. Aku sedih sangat2… kenapa ayah, orang yang penuh dengan ilmu agama, tewas macam tu saja? Abang ipar, kakak ipar terasa dengan kata2 ayah. Siapa2 yang cari pasal dengan adik, adik akan ungkin segala cerita lama, canangkan kat semua orang, termasuk socmed, keluarga mertua dan kawan2. Sampai satu tahap, abang pergi jumpa seorang ustaz sebab tak tahan dengan sikap adik yang telah sihirkan mak ayah.
Ustaz tu mengaku yang adik memang gunakan black maguc untuk tundukkan suami, mak dan ayah. Barang2 yang adik pakai bukan calang2. Ayah pesan kat aku, apa pun jadi jangan sesekali buka cerita pasal anak adik. Suaminya akan jadi wali nanti, sebab suami dia da derma darah kat ank tersebut. Jadinya anak tu anak halal.. aku terduduk masa ayah cakap tu. Aku cuma mampu cakap dalam hati, haram tetap haram, teknologi canggih macam mana sekali pun, haram tetap haram! Tapi aku tak mampu nak ucap, sebab aku tau mak akan marah aku balik, dan ayah akan tegakkan benang yang basah… sedihnya aku ya Allah… dugaan apakah yang Engkau berikan pada kami adik beradik dibulan yang mulia ini? Menangis aku type cerita ni bila terkenangkan muka mak ayah, kakak2 abang2. Kakak abang bukan nak jaga hati adik, tapi nak jaga hati mak ayah supaya mak ayah tak terasa hati, nanti digelar anak derhaka.
Sampai saat ni, aku kakak dan abang buntu. Kami dah taktau nak buat apa lagi. Adik cakap selama ni dia yang banyak bantu mak ayah, aku gelak. Rasanya masa ayah sakit, aku yang tengah sarat mengandung jaga ayah kat hospital. Adik?? Tengah enjoy dengan bf. Masa mak kena tahan wad sebab kencing manis, aku teman mak. Adik?? Tengah dating dengan bf. Masa mak ayah perlu duit untuk biaya kos rawatan mak, kakak abang keluarkan duit tabung haji untuk bayar kos rawatan tu. adik?? Macam biasalah, tengah sedap enjoy dengan bf, kawan2.. aku tak kisah kalau korang nak komen apa sekali pun, cuma aku minta. Tolong doakan mak ayah aku sedar apa yang dorang buat semua ni salah disisi agama. Dibulan yang penuh berkah ni, mudah2an tuhan makbul doa kami adik beradik supaya adik sedar apa yang dia buat selama ni salah… tolong doakan kami…. terima kasih admin
– Milah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit