Assalamu’alaikum, hi.
Aku tak tahu nak mula macam mana, dari mana dan yang mana dulu. Sebelum tu, sorry kalau korang tak selesa confession aku ni consists of rojak Bahasa Melayu dan English. Tapi point aku sekarang ni, pada umur lebih kurang 23 tahun 10 bulan ni, aku salah seorang manusia yang masih tercari-cari apa yang aku nak buat sebenarnya dalam hidup ini. Apa yang aku suka? Apa yang aku impikan? Aku masih tercari-cari “deep down inside” ni siapa aku yang sebenarnya. Apa yang aku nak? Apa yang aku suka? Apa yang aku nak capai?
Kenapa aku cakap aku seperti masih tercari-cari identiti diri? Mungkin ada yang lagi muda dari aku dah kenal siapa diri dia sebenarnya, apa yang dia suka dan apa yang dia nak capai. Mungkin juga ada yang lebih tua dari aku yang baru tahu apa yang mereka nak lakukan dalam hidup dan baru je figure out impian yang mereka nak capai. Tahniah aku ucapkan. Aku sedar timeline kita semua tak sama. Aku tak sabar menunggu detik yang dimana aku tahu apa yang aku nak dalam hidup ni, sebab sekarang ni aku aimless, hopeless, you name it. Aku juga mungkin dah jadi seorang yang hampir nak numb atau dengan erti kata lain dah penat nak jadi kritikal sangat dengan apa yang aku fikir dan rasa.
Aku tak sampai tahap nak bunuh diri lagi. Aku masih ada iman. Aku takut mati. Aku masih ada rasa sayang dengan diri aku. Aku masih nak teruskan hidup. Aku nak berjaya. Aku ada hasrat nak berhenti asingkan diri aku dari semua orang di sekeliling aku. Banyak kali aku jatuh, aku ambil masa untuk layan perasaan, tapi tiap kali jatuh, aku perasan aku mesti akan bangun balik. Aku kuat.
Tapi, at the same time, kadang-kadang aku tak boleh tipu diri aku— aku rasa worthless. Aku rasa aku tak tahu apa yang aku buat. Aku rasa aku dah tak realize apa kebolehan aku. Kadang-kadang. aku rasa macam seolah-olah kalau la aku tak ada pun tak apa. Mungkin dah banyak benda yang dah terjadi kat aku yang buat aku rasa macam ni sekarang. Aku dah tak tahu, dah tak dapat nak kenalpasti apa atau siapa puncanya. Orang kata kalau nak treat depression ni, kena kenalpasti apa puncanya. Aku tak pernah pergi jumpa psychiatrist or psychologist untuk diagnose whether aku aku ada depression atau tak. Tapi aku ada lah jugak jumpa pendengar berbayar gaji dekat universiti aku— which are counsellors, (hampir semua kaunselor yang ada kat universiti aku, aku dah pernah jumpa— ada kaunselor yang pendekatan dia aku suka dan ada yang aku kurang suka. And then, of course aku ada buat test DAS. Berapa kali jugak rasanya. Semua score aku tinggi untuk ketiga-tiga category tu.
Depression ,
Anxiety ,
Stress ,
Selama lima tahun aku kat universiti ni, nak give up tu jangan ceritalah. Banyak kali dan tak terkira. Nangis? Hmm. Perkara biasa. Sampai aku dah jarang nangis dah sekaran ni. Aku tak tahulah this means I am getting stronger, or actually dah numb dengan perasaan sendiri (this kinda worries me by the way).
Hidup aku dalam sekitar dua tahun ni kelakar jugak. Masa tahun pertama, kedua, ketiga belajar macam okay lagi. Masih pergi kelas dan belajar macam biasa. Tapi starting fourth year and fifth year, nak bersosial tu dah tentu tentu, kalau boleh kadang-kadang tu nak elak je jumpa orang. Tapi terpaksa jugak la berinteraksi dan berkomunikasi, sebab dah nama pun masih study, so bila ada class, presentation, pairworks, groupworks mestilah aku kena berinteraksi jugak dengan manusia-manusia ini. Jadi aku paksa diri aku, just do it la. Aku jenis yang tak akan tunjuk aku ni lemah depan orang. Aku akan tunjuk yang aku boleh buat kerja. Tapi bila aku sorang sorang, yang aku rasa cuma nak give up je weh. Sebelum ni hidup aku boleh dikatakan indah. Aku ada ramai kawan masa sekolah dulu. Sekarang, aku cuma nak mengasingkan diri. Aku rasa in some ways, I’m slowly losing myself. But at the same time, I need to find myself back, and create myself better than last time.
Aku tak suka course yang aku belajar ni. Banyak kali dah aku nak quit— dari semester yang pertama sampailah ke semester sepuluh yang aku tengah lalui sekarang ni (aku harap ni semester terakhirlah, I can’t afford to extend anymore). Tapi aku masih tak ada jawapan, kenapa Allah masih kekalkan aku kat sini sampailah sekarang. Dalam pada nak give up tu, aku tak tahu kenapa aku masih ada sekelumit kekuatan untuk teruskan perjalanan yang menipu diri sendiri ni. Kalau dulu masa awal awal pengajian, aku dah berhenti mungkin senang lah jugak. Tapi aku bertahan jugak atas support some of my concerned lecturers, parents and those who believed that I could do it. But in fact, in every semester then, my CGPA keep falling and falling. Dulu aku one of the top students dari tadika sampailah ke pre-university. Sekarang ni, aku one of the bottom-placed students dekat university. Huhu. So setakat hidup aku yang sekarang ni, aku dah pernah rasa bila kau kat atas— bila kau pandai dan orang datang cari kau, nak study sama-sama dan mintak tolong ajar, dan aku jugak tengah rasa berada di bawah— orang tak pandang pun kau sebab kau tak berapa nak pandai, nak dengar opinion kau? Podah. Dah lah budak extend. Banyak fail paper. They don’t really wanna hear you. Berbeza sangat do. Like, bila kau ada sesuatu, baru orang nak pandang kau. Bila kau takda apa, you are like nothing lah. Aku bukan tak pandai, cuma ni bukan minat aku. Jadi, kalau aku nak jadi pandai dalam bidang ni aku kena hardwork gila-gila punya and that’s really tiring and hurting for me because I have already set in my heart that this thing isn’t just for me.
Tapi dah sampai tahap third, fourth, fifth year sekarang ni, memang tak boleh dahlah aku nak up kan isu tak minat course ni. And then, nak berhenti tu pun bukanlah mudah. Banyak benda aku nak kena fikir. Dahlah aku ada biasiswa. Lepastu fikirkan harapan mak dan ayah aku nak tengok aku grad. Aku pun keluarga takdelah kaya sangat, sederhana sangat. Pastu, aku anak sulung. Ada adik-adik lagi kat bawah. Like, kalau aku tak buat betul-betul this time around— membazir masa jugak aku kat sini. Tapi pengalaman yang mematangkan hidup dan hati aku tu banyak jugak aku dapat. Bila kau jatuh dalam hidup kau ni, berapa kerat je yang masih tanya khabar kau and berapa kerat je yang masih stay dalam hidup kau. Makin hari aku rasa makin nak mengasingkan diri. I have to admit that I am isolating myself from the world right now. But sometimes, I still feel the need to force myself to go out.
Cuma tulah, aku tak tahu lah. Aku rasa lima tahun ni aku memang tipu diri aku sendiri. Orang lain mungkin tak faham atau tak pernah ada dalam situasi ni. Tapi to keep doing something you don’t like because you don’t have any other options, actually is a very hurtful process. Benda yang aku lalui ni, buat aku fikir betapa pentingnya kita bila buat pilihan kena based on minat dan kesukaan kita. That’s why aku rasa macam gembira dengan pendekatan yang Menteri Pendidikan baru sekarang ni usulkan. Aku tahu macam mana peritnya untuk keep going to do something yang you tak suka.
Hm. I don’t know how to force myself to like what I’m studying anymore, but this is a critical moment for me. So to me now it’s like, just do it. Just finish this. And then you can get out of this mess that you’ve been keeping in for five years.
It was really a struggle for me, indeed. As I not only have to deal with my hatred towards my study, but also due to my intovert personality that leads to social anxiety. You know, hidup di universiti mestilah kena bergaul kan. Tapi kadang kadang aku rasa macam pressure. Like, aku berpura pura yang aku ni socialize-able dan aku ni boleh jadi someone yang reliable. Padahal, aku rasa aku ni macam just create myself a reputation to maintain— and it is tiring. I feel like I wasn’t being true to myself. Hence the title that comes this with confession.
Sorry kalau confession ni panjang and tak tersusun point dia.
Doakan aku berjaya untuk pecutan terakhir aku di semester akhir ini. Doakan aku dapat cari apa yang aku minat dan betul-betul nak capai dalam hidup ni. Aamiin.
– Gadis 24.
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit