Nur Di Dunia Sebenar

Assalamualaikum. Nama aku Nur.. Ya..mmg itu nama aku..bukan nama samaran.

Drama yang tengah trending sekarang ni, bukan kisah aku…tapi…ada kisah aku di dalam itu. Situasi aku terbalik dari situasi Nur lakonan Amyra Rosli. Aku berada di situasi Adam.

Kalian semua sedia maklum dengan sikap judgemental dalam masyarakat kita kan? Keluarga aku juga tidak lari dari perihal seperti ini. Ianya sudah bermula dari aku kecil lagi atau mungkin dari aku belum lahir lagi. Sebab apa? Sebab abang dan kakak ku juga mengalami situasi yang sama, iaitu terpaksa mengikut aturan Ayah kami. Dalam keluarga aku, ayah yang mendominasi segala keputusan dan arah tuju hidup kami. Ibu sekadar menjadi pengikut yang setia. Dalam bab ayah dan ibu aku ni, ada macam part Khabi Khusi Khabi Gham pulak.

Okey, berbalik pada perjalan hidup aku, aku dari kecil diaturkan oleh ayahku supaya aku nenjadi pelajar cemerlang, pelajar yang pandai dan pintar. Dari aku sekolah Tadika, sekolah rendah dan menengah, aku pelajar yang duduk dlm kelas pandai, walaupun bukan cemerlang tapi result peperiksaan aku xpernah D la..kalau ada C pun tidak ralat sangat. Janji aku masih duduk kelas pandai.

Dari situ, aku berfikir mungkin ayah mahu aku hanya berkawan dengan kawan2 yang pandai2, supaya aku pun jadi pandai. Seperti perumpamaan berkawan dengan pembuat minyak wangi, kita akan dapat wanginya, tapi kalau kita berkawan dengan pembuat besi, kita dapat percikan apinya. Pada masa itu aku ikut sahaja, yelah..budak2 lagi kan. Perasaan rasa diri tu selamat la bila duduk dikalangan kawan2 yang pandai. Rasa selesa dan persepsi guru2 terhadap aku pun baik, aku dihantar untuk mewakili sekolah ke pelbagai pertandingan yang berupa akedemik. Walaupun bukan pelajar cemerlang, tapi aku rasa keyakinan diri tinggi untuk mencapai kejayaan. Malah Ayah orang yang paling berbangga dengan pencapaianku.

Akan tetapi, aku masih suka untuk berkawan dengan ramai kawan2, kerana aku mmg suka berkawan dan aku tiada kawan perempuan dirumah mahupun jiran, kakak ku jarak usia jauh malah sudah berkahwin. Sepupu2 perempuan pun jarang2 boleh jumpa. Bila masuk sekolah menengah, kawan2 ku lebih luas dan datang dari kawasan yang sedikit jauh. Ada beberapa orang daripada kawan2ku tidak disenangi oleh ayah. Aku tak faham kenapa ayah tidak lagi membenarkan aku kawan dengan Farah, kemudian Alia dan seterusnya Aisyah. Ini antara kawan2 ku sewaktu sekolah menengah. Aku tak faham, tapi aku akur tanpa banyak soal. Tapi dari riak muka Ayah aku dapat mengesyaki bahawa Ayah menyimpan sesuatu. Lurusnya aku, aku tidak menyelidik. Tapi Ibu ada lah juga bercerita tentang apa yang berlaku pada kawan2 aku dan Ayah aku terlibat dalam kes mereka. Ayahku adalah salah seorang pegawai pencegah maksiat dan orang yang berpengaruh di kawasan kejiranan kami dengan panggilan Pak Haji. Tak perlu aku huraikan dengan lebih lanjut, cuma berharap kalian berlapang dada sahaja membaca tanpa membuat judgement ya, kerana itulah ayahku, cinta pertamaku.

Setelah aku mendapat keputusan SPM ku, aku ditawarkan untuk mendaftarkan diri di salah sebuah institusi tempatan tak jauh dari kawasan tempat tinggalku. Ayah dan ibu sangat gembira kerana aku tidak jauh dari mereka, almaklumlah..anak bongsu kan. Mudah mereka nak pantau dan melepaskan rindu. Aku seperti biasa menurut sahaja dengan gembira tanpa ada rasa risau. Cuma risau sedikit untuk berdikari sendiri, sebab dah tak duduk bawak ketiak ibu la kan. Hahahaha. Ditakdirkan Allah, aku telah jatuh cinta pandang pertama pada seorang lelaki pada minggu orentasi. Aku tergamam dan terpana kerana seperti ada cahaya pada dirinya yang membuatkan aku jatuh hati padanya. Sehingga sekarang aku yakin, itulah jodoh yang Allah hantar kepadaku. Ya benar!! Dialah suamiku sekarang. Namanya Muhammad.

Pada ketika itu, waktu seakan terhenti seketika, aku sendiri tidak terfikir untuk mencari tahu siapa beliau dan namanya walaupun pada masa itu ada nama besar tertulis didadanya. Tapi aku tak nampak, aku hanya terpana dengan cahaya diwajahnya yang aku sendiri tak faham dari mana datangnya. Aku tahu namanya hanya setelah beberapa hari selepas tamatnya minggu orentasi. Dia ditakdirkan sekelas dengan ku dan segalanya berlaku tanpa dirancang, kami makin rapat walaupun aku cuba menafikan perasaanku, kerana aku sendiri tak faham lagi kenapa cahaya itu hadir pada pertama kali itu. Perasaan yang sangat aneh. Kerana sebelum2 ini memang ada aku berkenalan dengan beberapa lelaki yang cuba mengambil hatiku. Namun, perasaan itu tidak sama.

Dengan izin Allah, kami ingin menjadikan hubungan kami lebih serius, Muhammad mahu membawa aku berjumpa ahli keluarganya. Namun aku tolak, pada pendapat aku seharusnya beliau yang perlu memperkenalkan dirinya pada keluargaku terlebih dahulu. Muhammad akur dan merancang bersama saudara2 lelakinya datang bersama sama semasa Hari Raya Aidilfitri. Ayah menyambut baik tanda menghormati tetamu dan beramah mesra untuk mengenali Muhammad dan latar belakang keluarganya dengan lebih dekat. Aku fikir itu petanda yang baik kerana Ayah kelihatan bersungguh2 dan mengenali keluarga ayah kepada Muhammad. Namun sangkaan ku meleset. Pada petang itu, ayah bercakap denganku yang Ayah xsuka aku berkawan dengan Muhammad. Dunia ku terasa gelap. Malap. Tapi aku tidak menangis. Aku redha, jika itu kehendak Ayah. Kerana aku sudah terbiasa dihalang untuk berkawan dengan orang2 yang ayah tidak syorkan. Tapi aku tidak tahu kenapa Ayah tidak suka pada Muhammad. Pada ketika itu, aku terlupa untuk bertanya kenapa. Aku hanya akur sambil memandang wajah Ibu. Ibu tenang dan cuba memahami aku.

Tapi aku tidak putuskan.hubungan aku dengan Muhammad. Entah kenapa, aku rasa ini bukan caranya untuk tidak berkawan hanya kerana Ayah tidak suka, kerana peribadi dan akhlak Muhammad sangat baik, pembersih dan bersopan. Aku tidak dapat agak mengapa ayah tidak suka kan Muhammad. Ibu pula seakan memahami aku, ibu membiarkan sahaja aku terus berkawan dengan Muhammad asalkan aku pandai jaga diri.

Setelah beberapa bulan, aku dapat khabar dari ibu yang ayah izinkan aku terus berkawan dengan Muhammad. Subhanallah, aku rasakan duniaku terang semula lalu terus berbunga. Aku seperti tidak menyangka, rupanya dalam diam, ibu buat kerjanya. Ibu adalah tempat aku bercerita, dan semestinya Muhammad akan menjadi salah satu topik perbualan kami. Rupanya ibu melayani setiap ceritaku dengan teliti dan mengambil point2 penting tentang siapa Muhammad dan dengan siapa dia membesar. Rupanya ayah tidak mahu aku berkawan dengan Muhammad hanya kerana perpecahan keluarga Muhammad. Ayah kenal dengan ayah Muhammad pada waktu muda dan mungkin ayah ada menyimpan cerita yang tidak sahih dari orang lain lah itu dijadikan alasan supaya aku tidak terjebak dengan salah seorang mangsa perpecahan keluarga ini.

Subhanallah, maha suci Allah, Muhammad tidak dibesarkan dalam keluarga itu, beliau dari kecil telah duduk dan dibesarkan oleh atuknya yang merupakan orang berpengaruh di kampung sebelah yang juga kenalan baik Ayah semasa kursus pengurusan masjid anjuran JAIS. Ibulah yang memberitahu ayah tentang Muhammad dan siapa yang mendidik menjaga beliau dari kecil hingga kini.

Setahun berlalu, Aidilfitri menjelma lagi. Kini giliran aku pula untuk berjumpa dengan keluarga Muhammad. Muhammad mengaturkan segala persiapan dan kenderaan untuk mengambilku dirumah. Tiba harinya, Muhammad datang bersama pakciknya untuk menjemputku. Pastinya ayah dan ibu sudah mengizinkan aku untuk pergi berkenalan dengan keluarga sana, dan aku sendiri sudah meminta kakak angkatku menemaniku sekali. Berdebar hati tidak terkata. Sepanjang perjalanan aku penuh kejutan. Pedalaman. Kawasan estate. Jalan penuh lopak dan berlubang besar sana sini. Tanah merah. Sampai sahaja dihalaman rumah, mataku tertumpu pada rumah kayu tingkat atas yang kecil, bertangga bercat biru bersih dan kemas. Halaman sederhana besar penuh dengan tumbuh2an kampung dikiri kanan. Tetapi satu pokok ni merentap jantungku. Pokok janggus/gajus. Mungkin ada antara kalian yang pernah baca cerpen zaman sekolah menengah yang menceritakan tentang murid yang memberikan pucuk janggus sebagai hadiah hari guru? Mesti ada yang tahu kan? Aku sememangnya jatuh hati dengan watak murid tersebut hinggakan aku pernah berimpian untuk mencari suami yang datang dari golongan seperti ini. Adakah Muhammad jelmaan watak dalam cerpen tersebut?

Sejam aku berada di rumah atok Muhammad. Aku diperkenalkan kepada ramai makcik pakcik dan ada dua orang adik lelaki Muhammad. Tapi aku tidak diperkenalkan pada emaknya. Macam2 makanan dihidangkan oleh Muhammad untuk aku dan kakak angkatku. Kenyang kami. Katanya emaknya yang masak, tapi aku tak nampak pun kelibat emaknya. Aku diam sahaja sambil melayan nenek Muhammad bersembang, ramah. Sekali sekala atuknya bersembang tentang perkenalannya dengan ayahku. Sedikit demi sedikit aku merasakan yang hubungan kami telah direstui. Usikan2 terhadap kami juga semakin galak apabila pakcik Muhammad menggesa kami mempercepatkan pernikahan kerana nampak ‘green light’ dari kedua2 belah pihak. Muhammad hanya tersenyum. Aku? Haruslah lebih2 lagi malu. Lalu aku meminta izin untuk pulang. Muhammad pun bingkas bangun untuk menghantar kami pulang. Tapi aku masih belum berjumpa dengan emak Muhammad. Misteri kan?

Menjelang tahun2 akhir pengajian kami, Muhammad mengajakku untuk berjumpa dengan emaknya di kantin tempat emaknya berkerja. Setelah sekian lama aku tunggu saat itu, akhirnya dpt juga aku bertemu emak Muhammad. Segalanya Muhammad aturkan untukku. Aku tak pernah memaksanya. Alhamdulillah, emak Muhammad sambut aku dengan penuh kasih sayang dan makanan yang sedap2. Walaupun xformal makan kat meja makan rumah sambil bersembang macam cerita drama kat tv tu. Tapi aku cukup rasa selesa dan xmintak untuk dilayan istimewa. Emak Muhammad melayan aku sambil berkemas2 di dapur kantin dan melayan customer yang datang makan. Muhammad kelihatan sangat seronok pada hari itu. Dan aku juga bahagia melihat Muhammad seronok.

Sejurus dari itu, aku mula mengenali adik beradik Muhammad. Ramai. Salah seorang adik Muhammad pun bernama Nor. Aku tak ingat macamna bermula, aku dan Nor jadi rapat hinggakan dialah peneman kami, setiap kali kalau kami keluar dating, hinggalah kami bertunang. Mengenali peribadi dan gaya hidup keluarga Muhammad ni memang banyak berbeza dari kehidupan keluargaku. Aku selalu digelarkan oleh keluarga Muhammad yang aku datang dari keluarga yang bagus2 dan keturunan yang baik2. Padahal pada aku biasa sahaja, aku xtahu dan belum faham apa yang bagusnya dan istimewanya menjadi aku. Hinggakan Muhammad selalu bercerita yang pakcik2nya menyokong 100% hubungan kami dan anggap Muhammad bertuah memperisterikan aku nanti. AllahuAkhbar. Aku tidak mengesyaki apa2 pun malah menjalani hidup seperti biasa. Tetapi keluarga Muhammad melayan aku memang istimewa. Hinggalah majlis pertunangan kami jadi buah mulut keluarga besar Muhammad. Masing2 sanggup datang mengiring lebih dari 10kereta dan ada tambahan hantaran yang tidak disangka2. Keluarga aku menyambut dengan penuh kasih sayang dan mesra. Tanpa syarat. Kami dua keluarga bergembira sepanjang majlis berlangsung dan masing2 berpuas hati dengan segala makanan dan diingati hingga kini.

Bila orang mengatakan yang aku datang dari keturunan yang baik2, jujur aku katakan, aku bukan perempuan yang keluar malam. Ayah menjaga dan mengawal pergerakan aku sungguh2. Dengan siapa aku berkawan, pukul berapa aku balik ke rumah, ke mana aku pergi dan dengan siapa aku bergaul semua info dalam genggaman ayah. Namun, sejak aku bertunang, ayah sudah mulai longgar terhadapku, dan mula menyerahkan sikit tanggungjawabnya kepada Muhammad. Hubungan rapat aku dengan Nor membuka mata aku tentang kehidupan sebenar keluarga Muhammad yang aku tak pernah tahu. Nor dah biasa duduk dibandar, kehidupannya sedikit sosial, aku yang tak pernah keluar malam, jadi peneman Nor hingga larut malam. Adakala, Muhammad ikut serta, adakalanya tidak. Kerana Muhammad bukan jenis keluar malam. Kemana kami pergi? UpTown, wayang jer…pada yang biasa duduk bandar anda akan merasakan benda itu normal kan? Tapi tidak untuk aku.

Namun aku tidak menghukum Nor. Malah aku pernah menemaninya keluar bersama teman lelakinya menonton wayang lewat malam. Mall dah tutup waktu kami keluar panggung. Serius aku xselesa dan risau. Tapi aku xpernah beritahu pada Nor yang aku tak selesa..tapi dia boleh baca air mukaku. Sejak itu dia tidak mengajak aku dan selesa pergi sendiri. Tapi aku tak pernah marah dia ataupun halang dia dari keluar. Kadang2 aku teman Nor tidur di rumah sewanya, kadang2 Nor akan bermalam di rumah sewa ku. Nor mengaku yang dia keluar dengan lelaki..dan bukan dengan satu lelaki. Nor ni diberi kelebihan cantik seperti Pretiy Zinta. Ramailah yang cuba mengurat. Aku dgn Nor jauh berbeza. Cukup la sekadar manis dipandang. Hihi.

Ada yang orang yang judgemental cakap, manusia kalau nak berubah, bila2 masa sahaja boleh berubah, tinggal nak taknak jer. Tapi hakikatnya tak semudah yang disangka. Kehidupan Nor dan adik beradiknya kecuali Muhammad struggle dari kecil akibat keruntuhan rumah tangga emak dan abahnya. Hidup jadi seperti hamba kecil dalam rumah kayu di pedalaman itu sangatlah perit bila emak tinggalkan mereka di kampung demi mencari rezeki di bandar. Sungguh sedih untuk diingatkan, hanya kerana mereka tiada mak abah di depan mata, mereka dikerah melakukan kerja rumah dan dipandang menyusahkan atuk dan nenek kerana tindakkan emak yang kelihatan pentingkan diri sendiri oleh pakcik makcik mereka. Mereka belum kawin dan tidak ada anak lagi, mereka tak faham apa yang emak lalui. Tiada siapa yang membela nasib mereka, mereka xboleh memberontak, kalau tidak, tak dapat makan. Nasib Muhammad berbeza sedikit kerana beliau sejenis yang patuh dan hormat orang tua, tidak memberontak sangat. Tapi berbeza dengan Nor, kerana Nor perempuan diarah buat kerja dapur tanpa henti dr usia 6 tahun lagi.

Kehidupan di pedalaman itu mmg sudah sedia susah, tambahan isi rumahnya juga ramai, jadinya Nor tidak mahu duduk lama di kampung dan ikut emak ke bandar dan bersekolah di pekan yang agak jauh dari kampung. Kerana nekad untuk keluar dari keadaan yang tidak adil di rumah kecil itu, tambahan pula beliau cantik, dan ramai pakcik2 yang duduk dirumah itu juga, semakin Nor besar, semakin dia tidak selesa dgn pandangan pakcik dan kawan2 lelaki pakcikya yang selalu bertandang, seakan2 menjadikannya simbol seks. Oleh itu Nor nekad keluar dari situ. Emak juga perlu meneruskan kehidupannya dan dalam masa yang sama menyediakan duit untuk menyara persekolanan anak2nya yang masih bersekolah. Sebagai ibu tunggal, itu bukan mudah. Fitnah dan tanggapan buruk manusia sentiasa menjadi makanan emak.

Setelah tamat SPM, Nor mula berkerja di bandar. Cabaran untuk diterima dibandar lain pula kerenahnya. Tambahan pula Nor selalu jadi tarikan para lelaki. Sampai satu tahap Nor memang berniat untuk mencari lelaki kaya yang boleh merubah kehidupannya kerana sudah serik dan letih dengan kehidupan dipandang rendah oleh keluarga sendiri. Terlalu banyak kepahitan yang tak boleh aku nyatakan disini bagi menjaga maruah Nor. Namun aku melayani Nor seperti adikku sendiri tanpa peduli tentang kisah lampaunya. Aku tidak pernah rasa menyesal masuk dalam keluarga ini sehingga sekarang. Aku terus berkongsi kasih sayang dan perhatian pada Nor dan adik beradik lain jika mereka perlukan bantuan atau perlindungan.

Kini aku sudah berkahwin dengan Muhammad, Nor dan adik2 dibawahnya pernah tinggal bersamaku. Kami susah senang bersama. Emak? Emak ada kehidupannya sendiri, struggle, tapi masih ambil berat tentang anak2nya dan kerap berkunjung kerumah kami untuk berkumpul. Abah mentuaku? Aku sendiri xsempat jumpa Abah, abah meninggal setahun sebelum aku dan Muhammad bertunang. Doakan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman dan dilapangkan kuburnya. Kami xperlu menghukum Abah atau emak atas apa yang terlah berlaku, kerana aku sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang arwah lalui selama hayatnya. Tapi emak bagitahu abah baik orangnya, malah Muhammad satu satunya anak yang dapat merasa hasil usaha arwah untuk sambung belajar ke pengajian tinggi. Abah meninggal kerana sakit 3 serangkai.

Sepanjang aku bersama Nor mendengar luahan perasaan dan ceritanya, aku lihat kehidupan Nor semakin baik, dia mula putus hubungan dengan teman lelakinya yang boleh dikategorikan tidak ikhlas. Kehidupannya semakin baik apabila dia nekad sambung belajar diploma dan tidak lagi keluar malam. Mungkin kerana dia seronok melihat aku dan kawan2 serumahku study dan buat assigment. Beliau pun nak merasa. Walaupun perit untuk Nor belajar sambil berkerja dengan sumber kewangan yang terhad, Nor dan Muhammad selalu bertukar2 pinjam duit. Aku perhatikan sahaja dua beradik ini saling menjaga antara satu sama lain. Kehidupan mereka susah, tapi mereka tak pernah mintak simpati dan mengeluh. Wajah mereka selalu tersenyum menyembunyikan segala kepahitan hinggakan aku sendiri tak bisa menghidu apa yang berlaku. Samalah dengan adik beradik yang lain. Akhlak dan keperibadian mereka adik beradik sangat menarik hati aku. Hinggakan aku terlupa tentang kisah silam mereka. Serius aku selesa bergaul dengan mereka dan menyesuaikan diri seperti tiada apa2 berlaku apabila kami pulang ke kampung.

Bezanya aku, Nur dan Nor ialah aku bersyukur yang aku mempunyai ayah sebagai pelindung. Manakala Nor pula tiada Abah sebagai pelindung, namun masih bersyukur yang keluarga aku menerima baik keluarganya dan Muhammad belajar menjadi pelindung daripada ayahku dan bekalan nasihat2 dari arwah atuk Muhammad semasa hayatnya. Biarpun kita susah dan miskin harta, tapi hanya kita yang tahu tanpa menyusahkan orang. Gabungan nasihat dan didikan dua orang lelaki dalam hidup Muhammad, membuatkan Muhammad menjadi seorang suami, abang dan anak lelaki yang sempurna pada mata aku. Di awal usianya 26tahun, dia sudah berkeyakinan menjadi wali dan menikahkan Nor. Ya..Nor sudah berkahwin. Kami masing2 masih rapat dan bersama2 berusaha untuk menjadi muslimah yang terbaik setiap hari.

Secara kesimpulannya disini aku merasakan, semua yang berlaku ini adalah Kerja Allah. Bagaimana sekalipun ayah aku melarang dan menghalang aku bergaul dengan orang2 yang bermasalah, tapi Allah sendiri yang hantar aku kepada keluarga yang ada masalah. Tapi aku tak perlu mengelak, malah aku tak perlu menghukum. Apa yang aku lakukan hanyalah terus menyebarkan kasih sayang dan bersangka baik, melayan baik keluarga mentua ku tanpa mengharap balasan. Malah, aku sorok2 untuk berkawan semula dengan kawan2 yang ayah pernah larang dulu kerana aku merasakan ini adalah silaturrahim. Bermanis muka dengan orang yang kita kenal. Tiada sebab untuk kita menjadi sombong walaupun orang label aku dari keturunan baik baik, tapi aku tak rasa aku akan jadi orang yang baik sekiranya aku duduk dikalangan orang yang baik2 sahaja dan memandang orang yang tidak bernasib baik itu adalah orang yang tidak baik. Aku mohon kepada Allah, supaya selamanya aku terhindar dari sifat judgemental yang melebih lebih. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari khilaf aku sendiri. WallahuA’lam. Mohon komen yang bernas dan baik2 supaya kita semua dapat manfaat sempena bulan Ramadhan yang mulia ni.

– Nur

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *