Ujian dan Dugaan

Mungkin admin tidak akan post, tapi saya berserah sajalah. I hope that Admin be so kindful and generous to me with posted this article.

Saya cuma nak shared method yang saya gunakan kerana saya boleh dikatakan tergolong dalam manusia yang sering diuji dari segi kewangan, kematian, perhubungan dan fizikal.

1. Ingat bahawa Allah bukan suka-suka bagi ujian. Tayar saya pernah terpancit di highway PLUS pada waktu magrib dan semua orang tahu highway PLUS hanya berlampu di simpang keluar dan masuk. Bayangkan tak? Seorang perempuan muda, dengan tiada no bantuan PLUS (card touch n go guna Watson), line internet E. Tapi saya tak menangis. Saya percaya Allah bagi dugaan bersebab. Saya cool down, dan saya berfikir dengan pantas. Alhamdulillah, dalam tempoh 10 minit, pasukan penyelamat tiba. Keyword : Sabar, tenang, fikir jalan, dan anggap ia ujian mematangkan kita.

2. Jangan asyik pertikai ujian Allah. Tahun 2017, saya diduga dengan kehilangan keluarga rapat dengan jarak bulan yang sangat rapat. Bukan seorang tapi tiga orang dalam masa setahun. Dan saya juga diduga dengan dipaksa meletakkan jawatan. Keyword : Sabar, fikir rasional dan anggap ia ujian Allah. Jangan asyik fikir dan fikir “kenapa aku kenapa aku”. Cuba fikir, jika anda terus menerus fikirkan “kenapa”. Sampai bila nak settle masalah anda? Bila kita ada masalah, kita bukan fikir punca masalah tapi fikir jalan penyelesaian.

3. Meratapi tak mendatangkan faedah. Tak salah bersedih. Tak salah memberikan pertanyaan untuk semua ujian tapi jangan over. Yang pergi tetap pergi. Yang bukan jodoh, tetap bukan jodoh walau jauh mana pun pergi. walau paksa mana pun. Kerana Jodoh, Ajal, Maut, Rezeki, Pertemuan, Perpisahan itu kerja Allah. Kita tak ada hak sikit pun pertikai kerja Allah.

4. Banyakkan berfikiran positif dan optimis. Yes, I know kita pun manusia lemah. kerana itu kenalan disekeliling mainkan peranan penting. Carilah kawan yang boleh tarik kita ke arah kebaikkan. Jika kita terfikir perkara yang negative, my method is : ini setan ini setan.Hahahhaahha!

Trust me, everyone is fighting with their own problems. Life is struggle. and most people are not stronger enough so this is why we’re really need Allah and positive vibes.

Cara nak lahirkan positive vibes? Method saya ialah banyakkan bersukan. beriadah, rajinkan diri bergaul dengan rakan-rakan positif, dekatkan diri dengan alam semula jadi/haiwan dan akhir sekali melancong. Tapi kalau nak jimat duit, bersukanlah paling mudah. Kurangkan bergaul dengan orang yang hanya menjahanamkan kita. Tak mati pun tak ada kawan jika kenalan disekeliling tidak membantu. So besarkan lagi circle persahabatan. Join club sukan dan sebagainya.

Ujian, itu semua orang ada. Kita rasa besar, besar lagi masalah orang lain sebenarnya. Apa pun, bertenang, chill, dan percaya “everything can be solved”.

– Lily Johar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *