Hai..nama aku sara..semestinya bukan nama sebenar.Aku seorang pelajar di sebuah ipta di Selangor dan hampir 4 tahun aku belajar di sini..aku tidak menghadapi apa-apa masalah besar sepanjang belajar di sini kerana persekitaran kat sini sangat menyenangkan. Namun tidak di rumah.Benda yang aku ceritakan kat sini terjadi selepas aku tamat stpm.Dah berlalu tapi sakitnya kekal..hahaha.ok.jom proceed.
aku anak kedua dari 9 adik beradik.kakak ku yg sulung berumur 25 tahun dan masih belum berkahwin.masalah aku adalah dengan adik beradik lelaki aku.menjadi anak perempuan dalam kalangan adik beradik lelaki adalah sangat membebankan bila adik beradik lelaki kau langsung tidak menghormati diri kau sebagai seorang perempuan. Dan kalau korang adalah anak perempuan korang akan rasa buat semua kerja rumah dan uruskan adik2 korang.Btw semua adik2 laki aku bukan jenis yang rajin.Bila prangai macam tu korang agak sendiri la macam mane keadaan aku kt rumah. Kalau nk cerita semua tak tido aku mlm ni..hehhe..
Hubungan aku dengan adik beradik lelaki aku semakin renggang apabila mereka mula berkawan dengan rakan-rakan yang terlibat dengan dadah.Nasihat yang aku bagi mereka balas dengan makian , hinaan dan aku sendiri pernah kena pukul.Mungkin ada yang akan persoalkan mengenai ibu bapa kami.Bapa aku sering bekerja sehingga lewat malam dan kadang-kadang dia sendiri tidak mempunyai masa untuk kami.bagi seorang ibu, menjaga 9 orang anak bukanla mudah terutama anak lelaki yang sudah dewasa.Oleh itu ,kelakuan mereka semakin menjadi-jadi.Aku pendam semua hinaan dan makian mereka kerana tidak mahu membebankan kedua ibu bapa aku..Kakak aku juga memgalami benda yang sama.
Kami sering menangis di dalam bilik berdua. Sehinggalah suatu malam ketika aku tido salah seorang adik aku tiba-tiba masuk bilik aku dan sentuh di tempat yang tidak sepatutnya.. Mungkin dia fikir aku tido mati. dia terkejut bila nampak aku tersedar dan terus keluar dari bilik..Aku merasa sangat terhina,jijik, marah dan takut.mungkin orang yang mengalaminya akan tahu perasaan ini. Aku menyembunyikan hal ini dari kedua ibu bapa ku..Aku sangat malu.tapi bile aku melihat muka adik aku itu, aku betol betol tidak dapat mengawal marah..aku benci dia.aku benci bila ayah aku puji dia baik.aku benci semuanya mengenai diri dia.Ibu aku perasan perubahan aku.Dia memarahi aku kerana bersikap dingin dengan adik beradik sendiri. Kerana terlampau geram mungkin, aku keluarkan apa yang aku simpan.ye.ibu aku terkejut.dia bagitau perkara itu pada ayah aku dan hasilnya ibu dan ayah aku bergaduh menyalahkan satu dengan yang lain.mereka tidak menenangkan aku langsung.tiada kata sokongan untuk aku.Memang tiada apa apa jadi malam itu.. Tapi disentuh oleh lelaki walau keluarga sendiri itu satu benda yang jijik.yang aku benci.Aku tetap perlukan sokongan.Mereka pilih pergaduhan dari tenangkan aku.Bukan senang nk luahkan benda yang memalukan.Aku x salahkan mereka.Aku hanya kecewa.Adik aku?Dia diberi amaran oleh ayah aku.Sehari dibebeli dan hal itu selesai hari itu juga.Dan aku?Masih berasa jijik dengan dia.
Aku sudah tidak ambil tahu hal dia.Siap sahaja aku tolong mak aku masak dan kemas rumah, aku berkurung dalam bilik dengan adik2 aku yang masih kecil.itulah rutin aku sehingga aku ditawarkan untuk sambung belajar. Ketika berada di tahun pertama pada cuti semester adik aku persoalkan kepada mak aku kenapa aku balik bercuti ke rumah.Memang perit mendengarnya terutama bila mak aku hanya senyum.Aku sedapkan hati mungkin mak aku malas berlawan cakap dengan adik aku.Jadi aku diam.Sehinggalah hari ketiga , dia hina akak aku kerana akak aku nak berkahwin.Dia cakap akak terlampau gatal.Aku geram dan aku hina dia balik.Mungkin dia tercabar dia terus tendang perut aku.Rasa sakit dia x sesakit hati aku.Rasa pedih dia lebih pedih dari hari2 mendengar makian dia selama ini.Tapi aku x nangis.Aku cuba bangun nk lawan dia.Perempuan takkan mungkin blh lawan lelaki.Sekali lagi aku kena tumbuk.Aku nampak dia angkat kerusi meja makan utk pukul aku.Tapi mungkin bukan rezeki aku utk dapat pukulan yang tu.Mak aku masuk dan tahan dia..mak aku tenangkan dia dan pujuk dia keluar.Mak aku minta maaf atas perangai aku.Allahu..remuk hati ni.Tu bukan salah aku.bukan dia yang sakit.Kenapa kene minta maaf.Aku kecewa min.Hari tu juga aku telefon kawan aku kat selangor.
Aku nk keluar dari rumah.Aku nak kerja.Untuk pertama kalinya aku bekerja.Maaf long,angah tinggalkan along sorang2.utk pengetahuan semua, akak aku tinggal kt rumah sejak habis sekolah.dia tidak dibenarkan keluar mencari kerja jauh dari rumah. Dan tiap kali aku balik aku nampak betapa tertekannya dia.. Tapi aku jadi pentingkan diri sendiri. Aku pulang ke rumah paling lama hanyala 5 hari. Tidak lebih dan selalu kurang dari itu. Kebanyakkan masa aku habiskan di kolej.. Dan klau cuti panjang aku bekerja tanpa pengetahuan keluarga aku. Aku cuma ceritakan perangai salah seorang adik lelaki aku sebab apa yang dia buat adalah paling teruk dari yang lain. Cerita ini takkan abis sebenarnya sebab dia adalah keluarga. Keluarga ni institut yang sukar dipisahkan walau perit apa yang dirasakan. Jadi sabar je..Aku tetibe rajin nak tulis benda ni.Yela , tak lame lagi nak raya kan..Jadi back to reality. Jumpe adik beradik..Jadi seorang anak perempuan yang baik depan mak ayah aku.. Aku tak nak dibenci mereka..Mungkin raya ini korang akan cadangkan utk kami berbaik baik tapi xnak..biar je jadi macam ni. kbye. Aku da letih taip.Terima kasih habiskan membacanya. Ayat banyak tunggang langgang sebenarnya..
– sara
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit