Pentingnya Utamakan Allah

Assalamualaikum WBT,

Terima kasih admin sebab sudi siarkan confession abg ni, lepas baca Confession tentang Nur Di dunia Nyata, abg terpanggil untuk menceritakan pengalaman sendiri, bukan berkaitan kisah Nur, tapi lebih kepada terpanggil untuk faham sesuatu. Dalam hidup yang penuh dengan manusia yang suka judgemental dna menghukum ini, penting untuk kita latih diri jadi kering hati, dan kuatkan jati diri hanya pandang dan fokus kepada Allah SWT sahaja. Kita tak dapat tutup mulut orang , namun sejauh mana kita kuat untuk menghadapi pandangan dan persepsi orang?

Bila melihat kisah Nur dan kisah confessor, abg rasa penting utk setiap kita tahu, kepenting meletakkan Allah SWT lebih dari apa saja di dalam kehidupan kita. Di situ kita melihat prioriti kita dalam hidup, orang nak kata apa pun katalah, janji kita tahu Allah SWT kenal kita dan tahu serta tak murkai kita. Ini bukan bermaksud kita buat maksiat atau keburukan misalnya dedah aurat, bila masyarakat mengata, kita terus fikir, Allah SWT kenal kita, dan ini antara kita dengan Allah SWT (ini yg selalu dijawab kalangan retis bila ditanya bab seksi), ini adalah salah dan amat berdosa seolah-olah kita mencabar Allah SWT dan menganggap Allah SWT tak berkuasa ke atas kita dan macam kawan padahal Allah SWT itu tuhan. Abg yakin, di padang masyar nanti, nanya je kena jawab depan Allah SWT sebab setiap yang kita buat dan lakukan di dunia ini, pasti akan di persoalkan semula, di audit malah dipaparkan untuk dijawab oleh kita. Kalau macamtu cara kita beri maklumbalas bila ditegur masyarakat, mampu ke kita jawab di depan Allah SWT nanti? Atau Well, you know what i mean.

Apapun, abg ada beberapa kisah yg abg sendiri hadapi.

Kisah mak abg, bagaimana mak setelah berpisah dgn ayah sejak abg kecil, akibat tiada jodoh, ayah dan mak orang baik2, tapi dek kerana jodoh tak de, mereka berpisah, kahwin tanpa cinta tapi mereka bertahan sehingga akhirnya berpisah, abg tak salahkan mereka, siapa boleh paksa bila bab perasaankan, di sini, mak yang membesarkan kami adik beradik, ayah ada bantu, abg tak nak cakap bab ayah sbb kisah ayah lain, biarlah ayah bahagia kerana mereka ada kisah mereka sendiri, di sini abg just nak kisarkan kisah mak, mak dihina masyarakat dan diumpat bukan kerana kegagalan perkahwinan dia, tapi kerana abg…abg ni kira anak yang bermasaalah juga sejak kecil…abg akui, abg ada masalah lambat matang dan lambat pick up, abg boleh membaca lancar umur 11 tahun. Dengan result UPSR abg ke laut atlantik, lagi masaalah bila mak sendiri aktif bermasyarakat. Di kala ini, masyarakat menyindir mak, mak bukan main bersungguh, anak sendiri lembab.

Kisah abgni tak berhenti di situ, abg ni lembut aka lelaki lembut dan bayangkan korang boleh rasakan bagaimana masyarakat memandang abg, sejak kecil abg sudah dilabel sehingga kini sebagai gay, dengan fitnah abg sebagai gay, dari kecil di sisih kawan2 lelaki, kerana takut terpatah riuk macam abg, di sisih kawan2 perempuan kerana kononnya batas perhubungan lelaki dan perempun, dulu masa kerja di salah sebuah institusi kewangan, abg keluar outstation dgn bos, kami menginap di hotel yg sama sbb outstation tu makan beberapa hari, di Kota Bharu dan Kuantan malah di bandar2lain, suatu masa, keluar gosip, abg ada sugar daddy dan ada skandal dgn bos abg. Hebatkan fitnah manusia, bila semua orang lain mula memandang serong kepada abg, hanya mak yang diam dan terus sokong abg, mak sentiasa sokong abg agar tingkatkan ibadah dan banyakkan mengaji Al Quran, mak sentiasa ingatkan abg untuk berjuang mencari berkat dan redha Allah SWT saja. Dari kecil sehinggalah suatu masa abg direject oleh calon menantu pilihan mak (anak saudara kawan rapat mak) sebab abg lembut. Masa ni, dalam keadaan rasa terhina, mak banyak bagi sokongan. Abg fokus kepada Allah SWT saja. Hati memang sakit tapi Allah SWT ada, dan akhirnya semua penghinaan itu tak berkudis pun walaupun masyarakat memandang sinis. Malah pernah di suatu majlis perkahwinan saudara kami, heboh diri abg diumpat kononnya abg gay, dari dapur sampai ke tetamu, hahaha…namun hanya mak yang ada ketika abg dihina waktu tu…but well, that is the price menjadi artis bermasaalah macam abg…hihihi

Namun natijah dari semua itu, abg menjadi kurang keyakinan dalam pergaulan, tertekan dan stress, pernah bencikan perkahwinan dan sebagainya. Namun bila mak selalu mengingatkan yang hidup ini kita nak dapatkan redha Allah SWT bukan manusia, sedikit demi sedikit abg beroleh kekuatan. Kalau dulu, abg beberapa kali cuba bunuh diri akibat tertekan, pernah dirujuk psikologist kerana skezofernia, kini bila abg sentiasa disokong mak untuk utamakan Allah SWT dan muhasabah diri. Abg akur dan lebih redha dengan setiap yang berlaku.

Kisah ke dua seorang akak meluahkan rasa kepada abg tengang suaminya yang curang, bagaimana dia tak mampu mempertahankan haknya kerana terlalu menyintai suaminya padahal suaminya tak mampu untuk kahwin lain pun. Abg sedar dan faham rasa itu, bila kita terlalu menyintai, kita tiada kekuatan untuk mempertahankan hak diri. Abg beritahu akaktu, kesilapan akak ialah, meletakkan cinta manusia lebih tinggi dari Cinta kepada Allah SWT sebab itu akak tak mampu bangkit walaupun banyak kali akak ditipu dan dimungkiri janji. Di sini, abg nasihat dan beri support utk akak fokus kepada hubungan dengan Allah SWT , kalau tak nak poligami, kuatkan jati diri, lepaskan rasa itu, tak penting untuk bertahan andai suami kahwin lain, nafkah diri tergadai. Keadilan ke laut. Akhirnya dengan izin Allah SWT akak ni mampu bangkit, bukan berpisah tapi beri kata dua kepada suami, pilih dia dan anak2 atau pilih perempuan satu lagi. Itupun masih ditipu lagi, namun pada kali ini, bila cinta Allah SWT diletakkan di tempat tertinggi, akak itu lebih kuat dah yakin berjuang mempertahankan hak dia dan anak2nya. Sehingga akhirnya suami kantoi lagi, dan akak tu decide ugut utk berpisah melalui fasakh, suami ketakutan, dan terus taklidkan akaktu untuk jamin dia berubah. Abg tak nak cakap apa yg akak tu buat betul 100% tapi apa yang penting, akak tu lebih tenang dalam rumahtangganya yang sentiasa menyesakkan hati dan dilukai. Kini mereka sedang membina hidup baru namun akak tu lebih yakin dalam hidupnya kerana dia dah letakkan Allah SWT dulu lebih dari sesiapapun dalam mencapai bahagia.

Di sini, apa yang abg lihat dan faham, dalam kehidupan, penting untuk kita fokus kepada di mana kita meletakkan Allah SWT di dalam hati kita. Kedudukan Allah SWT di dalam setiap yang berlaku dan tahap penggantungan kita kepada Allah SWT. Bila semuanya hanya kita fokus kepada Allah SWT, kita akan lebih kuat dan redha secara adil dan sepatutnya tanpa menafikan hak dan keadilan kepada diri kita dan orang sekeliling.

Maaflah confession abg ni panjang sangat, tapi abg ada objektif di sini, buat semua, bila menghadapi ujian, penting utk kita letakkan Allah SWT sebagai fokus dan benteng kekuatan. Inysa Allah, pasti ada jalan keluar dan kita akan lebih kuat dan tenang dalam mencari keadilan. Jangan menyerah sebelum berjuang dan jangan redha tanpa adil kepada diri kononnya ujian Allah SWT jika kita di aniaya, tapi kita perlu bangkit dalam erti kata, keluar atau pertahankan hak kita untuk di adili mengikut hukum dan cara yg Allah SWT dah tentukan. Allah SWT takkan tunjukkan sesuatu itu melainkan untuk kita sedar dan buka mata serta buat sesuatu untuk kita adil kepada diri kita dan org yang senasib, maknanya itu bukti kasih sayang Allah SWT kepada kita, bila ditunjuk semuanya, tindakan kita selanjutnya terpulang kepada kita namun penting untuk kita sedar dan tahu tujuan kita ditunjukkan semuanya.

Itujelah luahan abg, moga adalah mesej di sini yang kita sama2 dapat manfaat. Abg

– Abang Kuat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *