Mimpi Iblis Azazil

Sebelum nak berbuka puasa ni, aku nak share sikit tentang mimpi aku semalam sebelum bangun sahur. Mimpi bertemu Azazil. Seperti yang kita tahu, Azazil adalah nama bagi Raja Iblis.

Aku sendiri tak pasti sama ada mimpi ini benar atau tidak. Tambah lagi, mimpi ni berlaku dalam bulan Ramadan di mana syaitan dan iblis dah diikat.

Aku pasti, rupa iblis Azazil yang keluar dalam mimpi aku semalam bukanlah rupanya yang sebenar. Dalam mimpi semalam, rupa iblis Azazil tu muncul dalam bentuk manusia, berkulit hitam dan rambutnya lebat tetapi berambut pendek.

Dalam mimpi tu, iblis Azazil itu tiba-tiba muncul dan memberikan aku sebuah buku. Mula-mula aku ingatkan dia manusia biasa. Masa dia bagi buku tu, dia minta supaya aku baca semua isi kandungan buku tu sampai habis. Aku hampir baca tapi aku tak tahu apa isi kandungan yang aku baca. Buku tu agak buruk dan muka suratnya agak kekuningan macam buku lama. Tapi seriously, aku tak ingat langsung isi kandungan buku tu.

Tiba-tiba muncul kakak kedua halang aku daripada baca buku itu. Kakak aku bagitahu yang dia sebenarnya ialah Azazil iaitu ketua iblis. Kakak peringatkan yang kalau aku habiskan baca buku itu, seluruh dunia ini akan musnah dan terbakar.

Sebaik saja aku dapat tahu dia itu ialah Azazil, aku terus campakkan buku itu dan lari. Aku cuba lari ke dalam rumah bersama kakak. Dalam masa yang sama, mulut kami tak henti-henti baca ayat Kursi dan berzikir Lailahaillallah. Azazil terus ikut kami dari belakang dengan mukanya yang bengis dan dendam. Mungkin sebab aku tak habiskan baca buku tu.

Iblis Azazil tak putus asa. Dia terus kejar aku dan kakak. Tiba-tiba jugak muncul kakak pertama dan adik bongsu aku yang perempuan datang untuk tolong. Kami sama-sama berzikir Lailahaillallah dan kami teruskan bacaan ayat Kursi untuk halang Azazil.

Iblis Azazil tak putus asa. Dalam mimpi tu aku perasan, Azazil akan pandang terus ke mata untuk lawan kami. Kakak sulung aku yang tak henti-henti zikir Lailahaillallah terpaksa tundukkan kepalanya. Masa itulah, Azazil berjaya tarik tangan aku. Kakak kedua dan adik aku teruskan zikir Lailahaillallah. Iblis Azazil dapat tangkap aku dan cuba nak potong kaki dan tangan aku. Dia potong hanya guna tangan dia je. Tak ada pisau atau senjata tajam. Aku tak boleh buat apa-apa melainkan terus zikir Lailahaillallah..

Bila Azazil cuba potong tangan aku, aku seolah-olah tak rasa apa-apa kerana kalimah Lailahaillallah yang tak henti-henti keluar dari mulut. Aku langsung tak rasa sakit.

Tiba-tiba aku terjaga dari tidur. Masa tu pukul 5 pagi iaitu waktu untuk aku bersahur. Masa terjaga tu, aku macam pelik sangat-sangat. Betul ke itu Azazil?

Sebenarnya, sebelum ni pun dah banyak kali aku mimpi berhadapan dengan jin dan syaitan yang cuba nak ganggu aku. Tapi mimpi semalam tulah pertama kali aku berhadapan dengan Azazil. Sebelum ni pun, setiap kali mimpi berhadapan dengan jin dan syaitan , aku akan baca ayat Kursi dan zikir Lailahaillallah. Aku zikir kuat-kuat. Dan memang setiap kali tu jugak, jin dan syaitan tu tak berjaya nak apa-apakan aku. Mimpi sebelum ini, aku berhadapan dengan jin dan syaitan sorang diri. Tapi yang semalam, adik beradik aku pulak yang datang untuk tolong. Ada sekali tu, aku mimpi berhadapan dengan jin yang matanya hitam pekat, bengis dan besar badannya. Jugak cuba nak tangkap aku tapi tak berjaya sebab perisai kalimah-kalimah zikir yang aku bacakan.

Tapi yang mimpi semalam tu, tangan aku hampir kena potong oleh Azazil. Cuma aku tak rasa kesakitan sebab kalimah zikir Lailahaillallah yang tak henti-henti aku baca. Macam keadaan mangsa cedera orang Palestin yang dibedah tanpa ubat bius. Diorang cuma zikir kalimah Lailahaillallah supaya tak rasa kesakitan tu.

Itu sajalah yang aku nak cerita. Teringat pulak filem Munafik masa Ustaz Adam berhadapan dengan kekuatan iblis Azazil.

Ada tak sesiapa yang kerap mimpi macam aku berdepan dengan jin dan syaitan dengan kalimah-kalimah zikir dan ayat Kursi? Kali terakhir aku mimpi dalam 4 ke 5 bulan lepas. Dan semalam, mimpi tu muncul balik. Apa maknanya ye mimpi tu?

Kalau sesiapa ada ilmu tentang ni, boleh tak share dengan aku apa maknanya mimpi bertemu jin dan syaitan yang berulang-ulang?

Yang pelik

-Wani (bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *