Tolong Doakan

Assalamualaikum Admin, Saya terbaca berkenaan confessor yg bertajuk Apa Itu Bahagia? Thanks to confessor memberi saya idea dan thanks to admin memberi saya ruang dan peluang untuk berkongsi kisah hidup saya yang boring ini.

Ayah saya government servant dan mak suri rumah. Ayah berpisah dengan mak sebab ayah berkahwin dengan perempuan lain. Ayah tuduh mak x memberi kepentingan dan keuntungan berbanding bini muda dia yang keja gov. Dah jodoh dia. Mak pula suri rumah yang x berkemampuan membesarkan kami. Saya ditumpangkan dengan keluarga lain. Mak menyara adik beradik dengan upah menjahit. Saya pulak makan free dekat keluarga yang tumpangkan saya.

Confessor artikel tersebut masih bertuah kerana membesar dengan kehadiran insan bernama ayah. Saya x. Sejak kecil saya x pernah menyambut Aidilfitri dengan Ayah. X pernah rasa bermaaf/maafan di pagi raya. Hidup menumpang is sucks. Actually jadi pembantu rumah lebih bahagia. Pembantu rumah boleh demand, mogok, lari, atau seumpamanya. Saya menumpang beb. Pandai2 la ko nak hidup. Saya pernah kena kutuk “klu dah memang keturunan darah x bagus, memang x bagus jugak” (means darah ayah. Ayah kan seorang lelaki yg xbaik). Then kutuk mak saya “your mom just membesarkan, bukan mendidik”. But thanks to them saya “menjadi”. Perli & kutuk semua tu banyak yg saya dah lupa.

Then, sekolah menengah Form 1 saya masuk asrama. Makan free. Asrama penuh & Biasiswa. Kalau saya nk beli buku rujukan saya kena join contest yg offer hadiah cash macam Pidato, cerpen, etc.. Menang, dapat hadiah cash, baru boleh beli buku. Time cuti nk balik semula ke asrama, member2 lain parent hantar, siap packingkan baju dalam beg. Saya x, packing sendiri, naik bas masuk asrama sendiri. Kalau Weekend pula parents member2 datang melawat. Bawa makanan sedap2. Belikan stok megi biskut etc. Saya x. Just berharap bulan jatuh ke riba tunggu announcement nama saya dipanggil jumpa pelawat.  Hakikatnya mak x mampu nak datang melawat. Ayah pulak  wujud macam x wujud.

Masuk pra U, jadi anak manja Kementerian Pendidikan, survive dengan allowence. Tu pun ayah pinjam suku. Pinjam tp x bayar balik. Oh by this time ayah dah resign government. Bini muda dia yg tanggung family. Ayah dah rujuk dengan mak saya tapi yess just on paper. Adik2 pun membesar tanpa kasih sayang ayah. Waktu Isi form pra u pun problem sebab dokumen ayah susah nak dapat. Nak jumpa ayah setahun sekali pun payah, ni pulak nak dapatkan dokumen dia. Saya kene tahajjud dulu berdoa minta dipermudahkan, baru dapat. Actly klu mak ayah divorce lagi senang, (jahat x saya ).. tunjuk je surat cerai part penjaga tu. Submit form. Settle. Tapi x thrill la hidup saya kalau semudah itu . Pra U ni lagi sadis. Registration sorang2. Naik flight sorg2. Pegi tempat org sorang2. Saya dah prepare semua keperluan sebab dah biasa hidup dekat asrama so saya x kerap outing. Allah maha pengasih Dia x biarkan saya. Lepas tu sambung belajar dekat U everything smooth. Nangis stress tu normal. Pegi laut kutip siput sorang2, masak makan dekat bilik. Yuran setiap sem beribu, study pula course yg agak demand.. memang pakai banyak duit beli keperluan study. Setiap kali balik kampung semester break, saya x pernah lupa belikan buah tangan untuk mak dan untuk family yang tumpangkan saya waktu kecil dulu.

Alhamdulillah lepas grade, adalah sekejap dalam sebulan dua saya petik anggur tanpa gaji, then dapat kerja government yg skg ni. Alhamdulillah saya berkerjaya. Lepas tu, kahwin dapat ex husband.. Alhamdulliah. Ex husband pun kerja. Kami PJJ. Ex husband anak bongsu yg disayangi mertua. Dia xpandai control kewangan. Apa dia suka, dia beli.. walau pun x perlu. Dia culas bagi nafkah sebab dia x pernah mampu sejak bertunang sampai la sebelum bercerai, saya yang lebih banyak bagi dia duit. Saya x salahkan dia.. saya pun bukan isteri yang baik coz buat semua benda dan keluar rumah saya x pernah minta izin dia.

Ex husband beli rumah tapi family mertua yang tinggal. Saya x merungut pun dan x pernah tanya duit dia. Saya tinggal asing.. rumah sewa. Excited hidup sebagai seorang isteri so saya lengkapkan rumah dengan duit sendiri. Tapi ex husband amik barang2 yang saya beli tu, bawa ke rumah dekat tempat kerja dia. Saya tegur, cukuplah dia xmampu sediakan saya keperluan, tapi, jangan pulak keperluan yang saya beli untuk kegunaan bersama tu dia bawa keluar dari rumah gunakan untuk diri dia sendiri. (Selfish x saya?) Dia marah saya balik, dia salahkan saya x pernah ambil berat hidup dia susah senang kat tempat kerja dia tidur malam kena gigit nyamuk bagai. Hek eleh..  saya mengalah. Saya belikan dia set untuk dia bawa balik ke rumah tempat kerja dia. Apa yg saya nak buat, saya buat.. saya xkisah dia sebab saya xpakai duit dia pun. Sepanjang kahwin saya xpernah minta duit dia walau pun seringgit. Bukan sombong. Tapi saya x nampak sebarang keperluan untuk saya mintak duit dia. Dia lebih perlukan duit tu.

Awal perkahwinan suami panas baran, maki saya macam2 sebab saya degil. Tapi saya x pernah menjawab atau melawan. (Sejak kecil saya memang mangsa buli). Setiap kali sebelum ex husband balik rumah, saya akan sorok semua pisau, parang dan benda2 tajam. Sikap panas baran dia membuatkan saya rasa x selamat. Walau pun begitu, dia x pernah pukul saya. Tumbuk dinding tu pernah la.. atau dia cederakan diri sendiri pun pernah. Saya bermonolog bertahun2 fikir nak cerai. Dia xtau. Beberapa kali saya hold permohonan cerai sebab settlekan hutang dia. Coz, for sure dia xnak saya tolong settlekan hutang2 dia klu dia tau saya failkan cerai. Dia baik juga.. xnak susahkan saya. Saya just stress ramai org cari saya sebab nak tagih hutang2 dia. Lepas hutang2 dia saya dah clearkan, dan setelah berkali2 warning, dia x berhutang lagi. So saya proceed failkan cerai.

Selain x pandai manage hidup sendiri & xpandi manage kewangan, ex husband seorang yang baik. Sayangkan saya dan x curang. Kami x dikurniakan cahaya mata. Bertahun kahwin, dan selama bertahun tu pun saya hidup sakit makan pakai urus sendiri sebab kami PJJ. Ex husband hanya balik rumah kalau ada duit lebih atau kalau saya bagi duit minyak. Selama bersama, setiap kali raya, saya sorang2 beli kelengkapan raya, baju raya suami, family saya, pinggan mangkuk, perabot, kuih muih, barang dapur, semua guna duit sendiri. Husband sedar dan sentiasa mohon maaf atas ketidakmampuan.

Setelah bercerai, dia agak positif. Penyabar, dan sifat pemarah dia hilang tah ke mana. Gaji dia semakin berkurang, tapi saya nilai melalui whatsapp2 ex husband, dia bahagia dan rezeki dia sentiasa ada. Kitorang still contact walau pun dah bercerai. Saya pula, ada beberapa orang yang ajak kahwin tapi sy x berkenan. Bukan memilih, tapi nk kahwin kena ada perasaan. Serik pun serik juga. Plus kanan kiri kawan2 saya sendiri yg dah kahwin bersweet2 tu pun curang. Orang rumah punya la setia bangga suami romantik bagai, tapi xtau hubby pasang gf. Perghhh.. Xkn saya nak gamble bagi hidup kali kedua, takut pula dapat lelaki macam tu. Haishhhh..

Saya x pasti di mana kebahagiaan saya. Rasa hidup macam robot. Setiap bulan half gaji bagi dekat mak, bagi untuk keperluan family & anak2 buah (anak yatim). Mereka lah motivasi saya tanpa mereka sedari. Saya pegi kerja duduk office sorang2. Office x sharing. So xwujud istilah kak kiah bergossip membawang. Mute all day. Balik rumah pun terkebil2 sorang2. Member2 lain dah beranak pinak. Senyum.. bahagia.. Saya x dengki. Xde masa nak dengki bagai. Confessor2 lain dapat kakak psycho dengki la, dapat roomate gunting dalam selimut la. Saya xde masa nk fikir org lain semua tu. Biaq pi. Duk fikir diri sendiri ni.

Readers… boring kan.. tu la padahnya hidup sorang2 ni. Ayat berbulan2 tersimpan dalam tekak dah keluar habis semua.  Letih dah saya muhasabah diri kenapa sejak kecil saya x bahagia. Everything saya dah story so let me know.. Di mana silap saya? Kurang tahajjud? Kurang bersyukur? Sombong?

Dengan rendah diri dan penuh harapan, saya mohon readers beramai2 doakan agar saya dapat kebahagiaan. Terima kasih readers, hanya Allah yang dapat mebalas doa2 dan budi baik anda..

– Anon

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *