Ayah dan Raya

Salam. Terima kasih admin jika approve confession ini.

Tiada erti raya bagi diriku setiap tahun apabila raya menjelma. Tak pernah aku gembira mcm org lain gembira. Hidup sentiasa penuh kedukaan. Masalah ciptaan sendiri sering datang kepadaku. Lebih lebih lagi raya tahun 2018 ini. Pergh akan aku ingat sampai mati.

15 Jun 2018

Hari raya pertama.

Tiada sesi bermaafan juga untuk raya kali ini. Pagi raya hanya ke masjid untuk solat raya. Pulang kerumah makan dan buat hal masing masing. Melayan tetamu yg dtg berkunjung spt biasa. Satu rumah bila tiada tetamu semuanya akan membisu sahaja. Takde gambar raya. Takde nak sembang sembang raya. Malahan lagi teruk jika dibandingkan dengan raya raya sebelum ni. Tak terluah untuk aku bercerita. Kes bermula 2 hari sebelum hari raya dalam 3 minit lagi nak berbuka ayah aku marah mcm org gila tanpa sebab. Tiba tiba sahaja tidak tahu punca. Hilang mood aku untuk berbuka puasa pd masa itu. Berlarutan lah sehingga hari raya. Juadah apa yg nak disediakan pun mmg tak pernah tanya apatah lagi mahu menghulurkan wang perbelanjaan untuk beli barang. Tapi aku tetap menyediakan juadah yg sama setiap tahun. Seperti biasa aku lah yg wajib keluarkan duit. Akukan ketua keluarga.

Baca kisah selanjutnya dibawah.

Aku Si pendosa yang tidak pernah kenal erti raya dalam hidupku. Bila ramadhan melabuhkan tirainya aku sememangnya sudah bersedia mentalku untuk hadap semua ni. Tiada salam salaman di pagi raya. Sebab bila dia dah ambil wudu’ mmg ayahku takkan bg salam tangan dia. Katanya bila dia dh ambil wudu dia tak suka dh nak bersalaman. Tetapi dgn adik beradiknya anak saudaranya tak apa. Dgn kami jika kami lambat bersiap mcm tu lah jadinya. Dia tak pernah fikir kenapa kami lambat untuk bersiap di pagi raya. Aku dgn ibuku org yg paling berhempas pulas didapur untuk menyediakan juadah di pagi raya. Mmg malam raya biasanya rendang ayam rendang daging , ketupat, nasi impit kuah kacang dah tersedia. Tapi pagi raya wajib juga buat hidangan spt nasi dagang dan sebagainya. Kalau tak buat mmg kena marah. Kata katanya mmg menusuk kedalam kalbu. Pedih sekali. Mana kami nak buat airnya lagi. Nak kemas rumah sapu rumah semua.

Hidang makanan lagi. Yg pasti balik dari solat raya dia mahukan semua dh tersedia nanti adik beradiknya nak dtg makan. Dahlah duit barang dapur tak bagi. Kenapa aku berdua sahaja yg siapkan?yg lain semua lelaki wei. Adik beradik aku yg lelaki mmg tak boleh nak harap kalau nak buat kerja rumah ni semua. Jika ibu aku didik sebelum ni ayah aku pasti akan cakap apa guna ada anak perempuan? Ayah aku pun tak pernah suruh anak lelakinya bantu kerja rumah. Baju raya? Kalau ada pun sedondon pyah skali dia nak pakai yg kami dah sedia. Mesti ikut kepala dia pkai jubah lah apalah. Takpe kami redha. Bila kami tak sediakan baju pula dia persoalkan mana baju baru dia sedangkan dia sebelum ni lelah membanting tulang katanya. Terkadang mental juga kami semua.

Setiap tahun jika ramadhan dan raya menjelma pasti tercetusnya pergaduhan dalam family aku. Kebiasaanya ia berpunca dari sifat ayahku sendiri. Ayahku insan yg pling aku hormati dan aku sanjungi satu ketika dulu. Sudah lebih kurang 2 tahun tidak bekerja dan hanya lepaskan tanggungjawabnya. Seorang yg pemarah. Semuanya tidak kena pada mata dia. Hanya dia seorang saja yg betul dari segi semua benda. Kuasa diktator penuh ditangannya. Jika dia marah atas sebab yg munasabah dan kesalahan yg dibuat oleh anakanak dan isterinya ya mmg aku boleh terima. Tetapi tidak, sering melepaskan kemarahan tanpa sebab. Aku selalu kebingungan. Air mata pun dh kering memikirkan nasib diri ini. Ayahku bukannya insan yg tiada duit walaupun tidak bekerja. Simpanannya mmg tak banyak tapi 200k tu lebih pada cukup untuk tampung family.

Tapi dia sememangnya sangat kedekut dgn family dia tapi dgn org lain tak wei. Ayahku dipandang tinggi oleh adik beradiknya ipr duainya serta rakan taulannya. Katanya ayahku sangat baik. Mmg betul tidak pernah tinggal solat jemaah dimasjid. Tapi hakikatnya Allah saja yg tahu. Sejak ayah aku tak bekerja mmg ayah aku tak ambil tahu langsung tentang perbelanjaan rumah apatah lagi nak bayar letrik air dan wifi. Duit untuk adik adik ku yg sedang belajar jarang skali dia hulurkan. Dia hanya fikirkan dirinya sahaja. Emak pun diabaikan apatah lagi anak anaknya. Tapi beza pula kasih sayang untuk anaknya yg sulung. Ayah aku akan bantu dia untuk bayar kereta tiap tiap bulan dlm lebih kurang rm1000+++ sebulan walaupun ayah aku dah tak kerja sekarang ni. Tapi ayah aku takde pun bersungut utk kes abg ku. Tapi untuk anakanaknya yg masih belum berkahwin ni apa cer? Aku sendiri tak punyai jawapan.

Ibu seorang wanita lemah lembut yg berasal dari negeri pantai timur. Wajah ibuku sangat lembut. Walaupun dah tua tapi wajahnya tidak dimamah usia. Seorang insan yg sering dimarahi oleh ayahku. Kadang kadang ibu juga sering dihina dihadapan adik beradik ayahku. Jenis ibu aku bukan lah org yg melawan. Hanya tahu merembeskan air mata sehingga bengkak matanya. Ibuku tidak pernah dipukul oleh ayahku tetapi penderaan mental terhadapnya mmg sangat kuat. Ibu aku juga tidak pernah mengeluh apa yg ayah aku buat. Duit nafkah tidak pernah cukup untuk ibu aku.

Duit nafkah yg diberinya 500 setiap bulan itulah ibu aku akan berbelanja untuk masakan harian dan barang dapur bulanan. Mana nak cukup untuk menanggung 6 org dalam rumah aku. Nasib ibu aku jenis yg tak pkai make up tudung lagilah tak kisah pakai je apa yg ada baju pun sama. Ibu aku seorang suri rumah sepenuh masa. Terkadang ibuku cuba juga untuk bersuara Tapi apa yg ayahku selalu mengatakan dia telah lebih pada cukup bagi pakaian dan bagi makan untuk keluarganya. Jadi jangan bercakap apa apa. Jangan cari kesalahannya. Jika tidak Ibu aku hanya diberi pilihan untuk mencari laki yg lebih kaya dan boleh mewahkan hidup ibu aku. Itulah ayahku. Mudahnya dia berkata kata.

Aku pula boleh dikatakan sebagai hamba duit. Aku mula bekerja sebaik sahaja habis degree. Aku tidak bekerja dalam bidang ku tapi aku berniaga. Sejak aku berniaga, Pendapatan ku harus menanggung keluargaku memandangkan ayah aku memang tidak bekerja. Mmg niat aku ikhlas pada mulanya semua perbelanjaan dapur, bayar bil, perbelanjaan ibu dan adikku aku yg tanggung. Sebulan mesti ada dlm tangan 5k untuk bahagian tu shaja. mmg perbelanjaan keluarga aku besar walaupun aku dh cuba jimat dan cut cost tapi mungkin dh terbiasa barang kali. Tak sampai hati aku nak catu makan semua tu. Tetapi tak apa aku pun tidak lokek sebab alhamdulillah bisnes aku berjaya. Lama kelamaan aku dapat melihat ayah aku makin menjadi jadi gunakan aku. Semua berkenaan dengan duit pasti aku yg akan dicari. Dia takkan keluarkan duit satu sen langsung. Bila aku sedar aku dipergunakan aku start memberontak keikhlasan aku pun mulai hilang. Aku banyak juga mengungkit tapi aku luahkan semua kpd ibuku. Kesian bila fikir balik ibu aku jd mangsa keadaan. Tempat aku dan ayah aku melampiaskan kemarahan. Bukan aku nak marah ibu dan adik adik aku sebenarnya tapi ayah aku. Siapa aku untuk marah ayah ku. Pasti aku akan dihalu dan dibuang dari kelurga jika aku bertindak sedemikian. Ibu aku faham keadaan aku tapi kadang aku melihat dia sangat menyayangi ayahku. Katanya ayah aku adalah insan yg sanggup jaga dia. Ya suaminya mmg harus dia sayang dan taat. Syurganya. Aku faham.

Aku boleh dikatakan Mental setiap hari bila aku fikirkan nasib aku. Mungkin ini adalah ujian Tuhan buat ku. Aku redha.

Persoalan sering bermain difikiran ku layakkah aku dapat kebahagiaan di dunia ini? Atau sememangnya aku tidak akan sempat merasai kebahagiaan yang aku inginkan?

Haa sampai disini sahajalah rentetan aku. Entahlah aku mmg takde sesiapa untuk bercerita. Nak luahkan dekat siapa pun aku tak tau. Oh aku juga adalah insan yg disihir oleh adik ayahku sendiri iaitu ibu saudaraku. Dan sekarang aku masih ubat diri aku sendiri. Doakan aku terus kuat untuk hadap ini semua ya dan doakan agar aku dapat jodoh yg terbaik untuk diriku. Agar aku boleh keluar dari neraka ciptaan manusia ini. Tutup salam.

– Aku si pendosa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *