Ada Rezeki Pada Redha Ibu

Hai, nama aku Hunny. Umur 21 tahun, masih belajar di IPT di selatan Malaysia. Luahan aku adalah tentang abang aku. Satu-satunya abang yang aku ada dari ibu yang sama.

Tahun ni abang aku dah berumur 27 tahun dan genap empat tahun dia bekerja di pasaraya sebagai pekerja am. Abang aku seorang pemegang diploma, pointer terkumpulnya bagus, namun masih belum dapat tawaran pekerjaan yang sesuai. Sejak enam tahun dia menamatkan pengajian, cuma ada satu kali saja dia mendapat tawaran temuduga dalam bidangnya, namun ditolak.

Setakat ini, cuma kerja di pasaraya saja yang pernah dia buat. Itu pun setelah didesak berkali-kali oleh kakak aku sebab dia terlampau lama menganggur. Pada awalnya, kakak aku cadangkan dia untuk bekerja di sana cuma untuk sementara saja sebelum dapat tawaran yang lebih baik. Namun, entah di mana silapnya sampai sekarang dia masih belum berubah hati untuk menukar pekerjaan.

Abang aku seorang yang pendiam. Di dalam rumah dia tak banyak bercakap, dengan adik-beradik semua dia tak mesra. Balik kerja terus masuk bilik. Jarang sekali aku nampak dia. Pernah juga kadang-kadang aku langsung tak nampak dia dalam satu hari sebab dia kerja shift pagi, dan buat OT sampai malam. Dalam hati aku ada terdetik, mungkin dia tak suka duduk di rumah, kalau dia di rumah pun bukan jugak dia bergaul dengan orang. Penampilan abang aku tak kemas, memang langsung tak sedap mata memandang. Umur 27 tahun tapi penampilannya seperti orang dah berusia. Rambut panjang, bermisai, berjambang dan sedikit bongkok (mungkin effect kerja & tidak bersukan). Dengan saudara-mara pun dia tak bercampur. Kawan-kawan dia tak pernah diajak datang ke rumah dan tak pernah jugak dia keluar dengan kawan-kawan. Selalu jugak aku cemburu tengok abang orang lain, umur sebaya dengan abang aku, tapi ada penampilan bagus, komunikasi & sosial baik, bekerjaya & boleh berumah tangga. Tapi abang aku? Masih dengan dia dunia dia sendiri, tak serupa pemegang diploma.

Kakak aku & aku sendiri banyak cuba apply kerja untuk dia namun setakat ni belum ada yang bertandang. Dan dia sendiri pun seolah-olah tak kisah langsung tentang hidup dia & apa yang berlaku di sekeliling dia. Hari raya ni pun seperti hari-hari cuti biasa bagi dia. Takde buat persiapan, takde nak jenguk2 balang kuih atau bersihkan halaman rumah. Dunia dia di rumah cuma terbatas pada dia, bilik, laptop & modem wifi. Setiap hari aku berdoa dalam sujud, minta tuhan ubah dia, berikan dia rasa cinta kepada orang, rasa kasih kepada orang & mampu menjadi orang yang menyebarkan rasa cinta. Sungguh aku kesiankan dia. Ditegur pun tidak menjadi, malah kadang-kadang ditengkingnya pula orang yang menegur.

Selalu aku terfikir, kenapa rezeki abang aku tak semudah orang lain? Kenapa susah betul dia nak berubah? Dan aku mula teringat, dari zaman abang aku bersekolah, dia sangat jarang menyantuni mak aku (ayah kami dah meninggal 14 tahun lepas). Kadang-kadang dimakinya mak aku ‘bodoh’ ‘bongok’ dan tinggikan suara jika ada yang tak kena pada layanan mak aku. Contohnya kalau mak aku tak siapkan makanan dia sebelum dia balik kerja, atau makanannya terlalu panas. Nampak macam hal kecik, tapi itu pun boleh buatkan dia marah. Kami adik-beradik tak berani nak menegur sebab hubungan kami dengan dia memang tak ngam. Mak aku sendiri jarang minta tolong dari dia, walaupun untuk buat perkara-perkara yang mudah seperti buang sampah. Mak aku selalu minta aku yang buatkan, bila aku soal balik kenapa tak suruh abang aku, kenapa terlalu manjakan abang aku, mak aku cuma diam. Aku fikir, mungkin mak aku dah berkecil hati. Dan mungkin dari situ, rezeki abang aku terhalang. Mak aku memang tak mengharapkan apa-apa dari dia. Kalau nak minta tolong, kami adik-beradik yang lain yang akan dimintanya. Aku perasan, mak aku seolah-olah dikerjakan seperti orang gaji oleh abang aku. Makan perlu disiapkan, lepas makan piring cuma letak di singki, meja makan tak pernah dikemas, pakaian semua mak aku yang lipatkan. Cuma ada beberapa saja urusan peribadi yang dibuat sendiri.

Aku kesiankan mak aku, kami bukanlah keluarga yang senang, banyak kekurangan pada keluarga kami. Belum punya kereta, hutang rumah perlu dibayar dan rumah sendiri perlu ditambah baik. Aku memang berharap abang aku dapat mengubah nasib keluarga selepas dia graduate. Tetapi ada juga hal-hal baik yang abang aku buat dengan gaji kecik dia, contohnya bagi duit belanja bulanan pada mak aku & lunaskan hutang rumah walaupun dengan kadar yang kecil. Namun, aku beranggapan kesilapan-kesilapan dia yang lalu menyebabkan dia jadi begini. Mungkin ada silap pada didikan ibu aku dulu, tapi sekarang dia sudah besar & boleh membezakan baik & buruk, sepatutnya dia boleh bertindak dengan lebih bijak. Aku cuma berharap yang terbaik untuk abang aku. Walaupun sifatnya yang bongkak sukar ditegur, aku masih berdoa agar dia berubah, agar tuhan tiupkan rasa cinta dalam diri dia, agar tuhan bolak balikkan hati dia untuk kebaikan. Aku bukannya membuat penilaian & andaiannya sendiri, tetapi secara peribadi aku rasakan memang itu ada faktor kemenjadian abang aku sekarang. Semoga ada sinar yang baik untuk abang aku masa akan datang.

– Hunny

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *