Ayah dan Raya II

Assalamualaikum. Terima kasih admin kerana approve confession aku. Aku dah baca comment korang semua. Terima kasih korang bg semangat kat aku. Aku rasa lebih bersemangat dan lebih kuat. Harapnya rasa ini untuk diriku akan berterusan.

Ada jugak ye yg senasib dgn aku. Kita bersabar lah selagi boleh ye walaupun sentiasa hilang sabar. Terkadang aku dah tahap sampai nak bunuh diri. Ya aku mmg akui aku ni mmg ada masalah mental tapi aku tak pernah check pun. Dah Emosi aku pun mmg tak stabil so aku assume aku ni mmg mengalami mental problem yg teruk. Aku taknaklah sampai jd gila. Aku akan control selagi boleh control. Banyakkan zikir insha Allah.

Bukan aku tak nak keluar dari rumah ni dan cari rumah sewa cari kebahagiaan untuk diriku. Itulah yg aku nak. Aku mmg nak lari tinggalkan semua ini. Tapi aku masih berfikir adik adik aku? Siapa yg nak menampung perbelanjaan mereka? Jika aku tiada apalah nasib mereka semua. Aku hanya ada mereka sahaja yg akan bantu aku jika satu hari nanti aku dalam kesusahan. Itu yg sering aku fikirkn. Mereka semua masih belajar. Mmg mereka dapat scholarship. Tapi aku tahu kehidupan skarang memerlukan duit. Aku juga pernah belajar. Jadi aku tahu duit tu sangat diperlukan. Biarpun mereka malas bantu kerja rumah tapi mereka juga ada baiknya. Mcm mana aku nak paksa mereka tolong dah bila mereka tolong ayahku pasti bersuara kata nak suruh diorg buat kerja apa? Bila aku nak kejut adikadikku bangun dari tidur pasti aku akan dimarahi oleh ayah. Anak lelaki jika bangun lewat tak apa asalkan makanan dah tersedia di meja. Kalau tak sediakan makanan adikadikku tak pernah marah tapi siapa yg akan marah? Ayah aku lah siapa lagi? Dia pasti akan cakap apa yg ibuku buat sampai tak masak? Dari berlarutan menjadi pergaduhan yg besar aku akan pastikn yg ibuku akan masak siap siap. Aku juga pesan walaupun ayahku sebegitu, jangan lah ibuku abaikan tanggungjawabnya. Ya ibuku akan masak spt biasa buat kerja rumah spt biasa. Bila aku berniaga dikedai mmg aku tak sempt nak tolong kat rumah. Malam je aku ada masa untuk tlg buat kerja rumah. Eh mcm mana ayahku tu boleh makan tanpa rasa bersalah eh? Pelik lah aku. Makan pulaktu berselera sekali. Takde tanya pun kat ibuku dari mna datang duit beli barang harian lauk pauk yg nak dimasak. Dari mana datangnya duit beli barang kelengkapn rumah semua? Dari mana datangnya duit mmg tak pernah dia tanya. Sedangkan ibuku tidak bekerja mana dia nak dapat duit tu semua? Bg pun cuma 500. Bila dia start tak kerja mana ada dia bg ibuku duit. Padahal semua itu aku yg sediakan semuanya. Ayah aku mana pernah ambil tahu sejak dia tak kerja. Sejak aku kerja kan aku yg siapkan semuanya. Hasrat aku pada mulanya nak bantu ringankan beban ayah aku. Sebab tulah aku beli barang dapur, bayar bil semua. Dan ayahku boleh spent duit dia untuk segi lain pula. Jadi Bila sama sama keluarkan duit untuk belanja rumah kan seronok nanti juga pasti akan ada lebihan duit. So lebihan duit tu bolehlah pergi melancong ke shopping ke. Itulah hasrat aku pada mulanya. Tapi aku tak tahu pulak last last aku lah yang terbeban. Melancong kemana shopping kemana. Yg aku tahu dari A sampai Z harus aku sediakan. Title ketua keluarga pun aku dh pegang skarang ni. Hahaha. Kesiankan jadi aku ni.

Memandangkan aku kerja sendiri, jadi aku tetapkan cutiku sendiri. Setiap minggu akan ada sehari cuti. So aku ingt aku bolehlah relax relax manjakan diri aku. Qada tidur aku. Tapi itu semua hanya angan angan ku. Time aku cutilah aku banyak nak settlekan hal rumah, nak bantu ibuku buat kerja rumah. Nak keluar pergi release tension lah kononnya.Dah tu bila aku keluar pasti aku akan ajak ibuku teman. Aku mana ada boyfriend nak ada mcm mana nak kawan dgn lelaki pun tak boleh nanti aku dicop gatal pulak. So aku Bawaklah ibuku pergi makan makan jalan jalan. Tapi bila balik rumah mesti ayah aku akan marah. Katanya aku dan ibuku ni asyik nak keluar rumah je masa aku cuti. Selalu berprasangka buruk terhadap aku dan ibuku. Bila kami keluar dalam fikiran ayh aku kami ni nak buat jahat. Ada agenda. Hmm entahlah bosan aku. Last last aku selalu duk rumah jelah. Nak tido banyak banyak pun nanti akan dilabel mcm letih sangat aku tido banyak. Semua salah semua salah. Takde yg betul. So biasanya hari cutiku pada setiap minggu akan aku penuhi dgn buat kerja rumah yg tak settle mcm iron baju yg kdg kdg sampai 30 helai, kemas laman rumah lepastu main phone. Mcm tu jelah. Sadiskan hidup aku?

Bukan juga aku taknak bawa ibuku lari dan mulakan hidup baru. Mmg aku nak bawa. Tapi syurga ibuku letaknya pada suaminya. Mana boleh sewenangnya ibuku ikut aku. Derhaka sudah pasti. Dan mmg sah jika ibuku ikut aku ibuku akan dilabel sebagai wanita yg jahat dimata semua org. Siapa aku untuk buat keputusan kan? Bila aku nyatakan hasrat untuk lari dari kepompong neraka ciptaan manusia ini, pastinya ibuku merayu kepadaku jangan tinggalkan dia. Mana sanggup aku nak tgk insan yg lahirkan aku menangis sebegitu rupa. Mana sanggup aku nak biarkan ibuku diseksa mental seorang diri. Tidak sanggup juga aku melihat ibuku akan menggagau cari duit untuk masak untuk suami dan anaknya. Sungguh dari sudut hati aku mmg aku tak akan biarkan ibuku diperlakukan sebegitu. Masih aku tak jadi lari lagi memikirkan ibuku dan adik adikku. Tapi sampai bila? Sampai bila aku harus berkorban perasaanku? Jiwaku sakit. Otakku kusut.

Ayahku juga tidak boleh ditegur jika dia hanya tidur sepanjang hari. Ya mmg time solat dia akan bangun dan pergi ke masjid. Tapi waktu selebihnya dia akan main phone dan tidur. Bila ibuku dan aku cuba tegur dalam gurauan pasti ayahku akan melenting kemarahan. Siapa lah kami yg layak untuk menegurnya katanya. Dia sudah bagi makan cukup pakai pun cukup. Jangan sesekali tegur dia. Dia tak pernah kacau pun hidup ibuku dan anakanaknya katanya. Aku hanya mampu memandang ayahku dgn pandangan yg kosong. Ya itulah dalam fikirannya. Dia fikir dia sudah siapkan segalanya. Tak apalah. Nak buat mcm mana. Jika aku lebih lebih nanti aku akan dicop anak derhaka. Sbelum ni pun ayah ku ada juga bersuara kpd adikberadikku yg lain. Dia cakap aku lah anak yg plg suka melawan dia. Dah aku mmg berani dan jika aku tak puas hati mmg aku akan tunjuk. Aku tak retilah nak fake fake bagai. Jelas kelihatan aku ni mmg si pendosa. Aku pesan kpd ibuku juga jangan tegur ayahku risau ibuku dicerai begitu sahaja. Siapa yg suka kepada penceraian? Tak apa biar ibuku bersabar psti ganjaran syurga buatnya. Insha Allah.

Biarpun ayahku sebegitu anak mana yg tak sayangkan ayah dia kan? Tapi buat masa ni hati aku mati. Mati untuk sayangkan dia. Rasa hormat aku juga hilang begitu shaja. Rasa benci mmg menebal dlm diriku. Ibuku nasihati aku. Jangan benci walau mcm manapun dia tetap ayahku. Bila Ada rasa benci dlm diri kita ianya hanya akan menambah kesakitan untuk diriku. Entahlah aku akan cuba untuk tidak membenci. Cuba dan terus cuba. Ya baik dan buruk itulah ayahku. Mcm mana ya aku nak lihat kebaikan yg dia pernah spt dia lah yang jagaku dari aku kecil, dialah yg bg aku skolah. Dialah yg besarkan aku dgn penat lelahnya. Tapi bila aku dah meningkat dewasa ini aku tak mampu nak lihat dan sanjung kebaikannya. Setelah apa yg aku lalui diusia pertengahan 20 an aku ni aku hanya mampu melihat kesalahan yg dilakukan olehnya. Tapi mcm mana pun aku akan cuba ajar diriku agar menerima semua ini dgn hati yg terbuka.

Ibuku cuma mampu menasihati aku mengadulah semua ini pada Allah. Allah pasti akan tolong mu wahai anakku. Ye bila ibuku bangun solat malam pasti ibuku akan kejut aku skali. Aku ni liat juga nak bangun kadangkadang. Tapi inilah caranya aku boleh mengadu nasibku. Ya aku tahu aku baru diuji sedikit sahaja itupun aku dah mengeluh. Itu pun aku dah rasa nak bunuh diri. Aku tahu Allah turunkan ujian sebab Allah tahu aku mampu melaluinya. Jika nak dibandingkan aku dgn org lain pastinya aku harus lebih bersyukur. Aku masih ada ayah masih ada ibu.

Ya aku cuma manusia biasa yg sering melakukan kekhilafan. Bila aku cuba ajar hati dan diriku untuk ikhlas kan semua ini mmg amat susah untuk aku lakukannya. Tapi aku akan terus cuba. Aku tak boleh mcm ni. Aku perlu ikhlaskan apa yg aku dah berikan. Aku tak boleh mengungkit langsung. Aku perlu buang sifat benci aku. Kuatkan lah aku Ya Allah. Aku sentiasa mahu jadi hambamu yg bersyukur. Aku mahu jadi anak yang baik yg ikhlas dalam membantu keluargaku. Semoga semuanya dipermudahkan. Insha Allah.

Aku juga berharap satu hari nanti akan ada sang pelangi yang menceriakan hari suramku. Aku juga berharap satu hari nanti Allah hadiahkan aku jodoh yg terbaik untuk diriku yg boleh membawaku ke syurga dan yg boleh memberikan kebahagiaan buat diriku. Dan aku juga berharap keluargaku akan kembali menjadi keluarga yang bahagia. Insha Allah.

Sampai disini sahaja coretan aku sipendosa. Terima kasih semua yg sanggup luangkan masa untuk membaca. Tolong sama sama doakan aku ya.

Last but not least inilah yg aku boleh katakan “JIKA KAU MENJADI AKU” .

Salam sayang dari aku si pendosa.

– Aku si pendosa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *