Assalamualaikum pembaca semua. Terima kasih admin kalau sudi siarkan confession saya. Saya nak luahkan apa yang terjadi pada saya hari ni. Sebelum ni saya ada kongsikan kisah hidup saya tentang bagaimana saya dihina dan dimalukan kerana saya mempunyai warna kulit yang gelap. Disebabkan itulah saya sering menjadi bahan ejekan dan hinaan oleh mereka-mereka yang merasakan diri mereka sempurna. Bukan setakat pelajar, malahan cikgu dan ahli keluarga sendiri pun sanggup menghina saya. Bagi mereka, menjadi saya adalah terlalu hina.
Saya ada bagitahu macammana saya berusaha untuk ubah diri saya. Saya beli macam-macam produk kecantikan untuk dapatkan keyakinan diri supaya saya dapat berhadapan dengan orang lain. Kalau tak, memang saya susah nak yakin dengan diri saya. Saya selalu fikir dan takut kalau-kalau ada yang akan hina saya lagi. Memang saya selalu menangis sebab benda ni. Hati saya terluka sangat. Dan memang saya selalu fikir yang takde orang yang akan suka saya. Ada satu hari tu saya dapat tahu yang abang saya bekerja dekat tempat yang sama dengan senior sekolah saya dulu. So, abang saya bagitahu dia yang saya kenal dia. Then senior tu suruh dia sampaikan salam kat saya dan bagitahu yang dia nak ayat saya. But then, bila dia tengok gambar saya, he change his mind. Sama la macam seorang lelaki ni. Dia kawan kepada kawan saya. Kawan saya nak kenenkan kat saya sebab bagi dia lelaki ni baik dan alim sangat. Jadi dia bagitahu lelaki tu. Then lelaki tu tanya la detail pasal saya apa semua tu. Kemudian dia minta nak tengok gambar saya. Bila kawan saya bagi gambar saya kat dia, dia terus cakap “Dia dah ada orang”. Saya dah faham maksudnya disitu.
Kalau betul dia dah berpunya, kenapa nak tahu details pasal saya? Kenalan-kenalan lelaki yang kenal kat sosial media semua macam tu. Mula-mula bukan baik dengn saya. Sentiasa tanya tentang saya. Tapi bila mereka minta untuk tengok gambar saya dan saya bagi, semuanya diam membisu. Terus tak meseg saya lagi. Ada yang terus tukar nombor. Hahahaha. Kesian dia terpaksa tukar nombor sebab saya. Sebab tu la saya selalu fikir sampai kadang-kadang tu saya salahkan takdir. “Aku ni hodoh sangat ke”? “Aku tak layak untuk cinta ke”? “Kenapa aku dilahirkan gelap”? “Kenapa aku je yang kena camni padahal ramai lagi yang berkulit gelap”?. Itulah antara kata-kata yang selalu saya katakan. Saya bukan nak bersangka buruk atau apa. Tapi itulah yang saya rasa. Apa yang berlaku pada saya membentuk fikiran saya.
Jadi apa yang berlaku pada saya hari ni? Hari ni saya buat rumah terbuka. Ramai yang datang. Penat. Tapi seronok. Then ada seorang budak ni yang merupakan saudara jauh saya. Dia duduk depan saya dan dia cakap “Ni hodoh. Hitam. Hodoh. Gigi cantik tapi hitam. Hitam tu hodoh tau”. Saya terdiam. Masa tu saya sedang berbual dengan saudara-saudara saya. Saya cuba kuatkan hati untuk tak peduli dengan apa yang budak tu cakap. But tak boleh. Budak tu hina saya depan orang ramai. Saya tak dapat nak jelaskan perasaan saya masa tu. Terlalu sedih dan terluka. Saya terpaksa bangun dan masuk ke bilik saya sebab masa tu airmata saya dah berlumba-lumba nak keluar. Saya masuk dalam bilik dan menangis. Lepas saya dah rasa lega, saya keluar dan berborak macam biasa. Cuba untuk buat seperti takde apa yang berlaku walaupun hakikatnya saya rasa malu dan terluka. Budak-budak kan tak pandai menipu. Dia jujur. So betul la apa yang dia cakap tu kan.
Saya terkesan dengan ayat akhir budak tu. Hitam tu hodoh. Masa tu saya asyik fikir macammana seorang budak boleh kelurkan streotype macam tu. Then fahamlah saya macammana terbentuknya pemikiran seperti tu. Awak tengok la berapa banyak produk kecantikan yang dijual untuk memutihkan kulit. Kat situ kita dah letakkan label “Kulit putih itu cantik dan kulit hitam itu hodoh”. Jadi tidak hairanlah bila manusia berlumba-lumba untuk memutihkan kulit dan sanggup menghabiskan beratus-ratus ringgit untuknya sebab mereka tidak mahu menjadi golongan yang tertindas. Mereka nak penuhi expectation yang telah diletakkan pada mereka. Cakapla apapun kemudaratan daripada pengambilan benda tu semua, mereka tak peduli sebab dalam fikiran mereka, mereka mesti dapatkan kulit putih untuk cantik. Baru orang takkan pandang rendah kat mereka.
Tolongla. Jangan hina mereka yang berkulit gelap. Bila ada iklan yang berkaitan dengan produk pemutihan ni, mesti bermula dari berkulit gelap dan dihina dan kemudian berkulit cerah dan disukai ramai. Kat situ dah nampak yang mereka yang berkulit gelap ni dilabelkan sebagai sebagai golongan yang tidak diinginkan. Orang belajar daripada situ. Awak buatkan seolah-olah mempunyai kulit yang gelap ni satu jenayah besar yang mesti dihindari.
Saya memang terlalu sensitif dengan perkara ni. Ye la. Dari kecik sampai saya dah besar, orang-orang sekeliling tak habis-habis nak hina dan malukan saya. Bila saya belum lagi berkahwin, macam-macam cakap kat saya. Tak usaha cari la. Malas la. Mana awak tahu saya tak usaha? Saya usaha dan setiap kali itulah saya terluka. Saya bukannya hodoh sangat pun. Senyuman saya manis tau. Cuma warna kulit saya je gelap. Hahaha. Perasan la pulak.
Sekarang saya dah stop minum atau makan apa-apa ubat untuk putihkan kulit. Saya belajar untuk cintai diri saya sendiri. Tapi saya memang berhati lembut. Sebab tu bila kena hina camtu, saya nangis. Saya tahu saya lemah. Tapi saya memang tak boleh tahan. Tapi sekejap je. Lepas tu saya akan cuba untuk jadi macam biasa. Bukan sebab saya tak bersyukur dengan apa yang Allah dah takdirkan pada saya. Cuma saya perlu luahkan apa yang saya rasa untuk kumpul kekuatan balik.
Kepada mereka yang berkulit gelap dan sering merasakan itu sebagai satu masalah bagi awak, bersabarlah. Kita tak hodoh. Kita cantik. Tapi sebab streotype masayarakat sekarang yang menjadikan kita tak cantik. Kita memang tak boleh nak hentikan stereotype ni sebab produk-produk ni makin bertambah dari hari ke hari. So buktikan pada mereka yang mereka salah. Show them how beautiful you are regardless of your skin colour. Show them how beautiful your heart is and you are not that low to be bothered by their meaningless label. Saya tahu tak mudah sebab saya pernah lalui semua tu. Perkara yang paling penting adalah kita kena belajar untuk bersyukur dan yakin dengan diri kita sendiri. Once kita dah ada keyakinan ,in sya Allah semuanya akan jadi mudah. Tak guna berkulit putih dan cantik kalau tak boleh bawa kita ke syurga. So, be proud of who you are. Don’t let others define who you are. You define your own self. Jangan terlalu fikirkan pasal siapa yang akan mencintai kita. Tetapi fikirkan tentang siapa yang dah pun mencintai kita dengan seikhlas hati mereka. Trust me. You are beautiful in your own way not in other people expectations. Don’t let them steal your confidence to find your own beauty.
– Hafizah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit