Assalam. Kali pertama nak meluahkan perasaan at sini. Selalunya aku pendam je dalam hati or bagitahu at kawan2 yang paling trustworthy dengan aku je. Aku rasa dah terlalu lama aku pendam sampaikan hati ni dah macam batu.
Mulanya masalah disebabkan oleh adat dan sikap mak aku yg tak pernah tegas, tak pernah adil dalam membahagikan kasih sayang antara anak2. Sejak da 20an ni, aku mula setkan satu tujuan untuk aku pursue, better aku jauh dari terpalit dengan masalah yg aku tak boleh ubah, tak boleh selesaikan. Mak aku ni tak tahu la ikut mazhab mana, amalkan sikap merajakan anak2 lelaki, menghamba abdikan anak2 perempuan. Keluarga aku terdiri daripada enam beradik, 4 lelaki dan 2 perempuan. Aku? Anak yg last. “Best la anak last, mak bapak manjakan.” Jawapan aku pula, “Oh ye ke. Baguslah.” Entah apa yg aku mengarut. Walhal depan muka ni lah mak aku cakap camni, “Anak bongsu ni biasanya macam setan. Samalah cam gigi bongsu, sakit bila nak keluar.”
So yeah, aku dilayan cam setan gitu. Kan biasa dalam doa orang minta dijauhkan dari setan, camtu juga le aku ni ha. But then, bila susah nampak pula aku. Fikir aku ni apa, tok moh kau? Lol. Beradik lelaki semua layan aku cam sampah, maki, hina bagai tu dah macam lagu at telinga aku tiap2 kali aku balik rumah. Mak aku takkan la nak defend aku kan. Kalau tibe2 mak aku defend, tu tanda nak kiamat. (Aku camni la sikap, kalau sedih ke apa2 perasaan negatif, aku akan cuba ceriakan diri sendiri. Yg nampak aku menangis pun cuma kwn2 baik je. Tu pon dorang trkejut beruk, selalunya aku yg happy go lucky ni, menangis.) Berbalik pada cerita, beradik aku yg pertama, di mana aku takkan pernah nk mengaku dia ada pertalian darah dengan aku sekali pun, sekarang ni dalam penjara. Hukuman masih ada, baki berapa pun tak tahulah. Lama. 30 tahun beserta 18 sebat. Aku takkan bagitahu sebab apa dia masuk dalam tu. Mungkin sebab aku ada rupa sikit dengan malaun ni lah yg lain dok despise aku kot? Entahlah, ada muka pon da cukup dari takde kepala. (aka da mati)
Tapi yg kelakarnye, mak aku paling syg gila dgn dia, si malaun ni. Syg macam mana? Macam junjung istana emas atas kepala. Aku paling ingat, and memang takkan lupalah masa aku graduate diploma, at majlis konvo. “Ala majlis macam ni mak dah pernah pergi da time **** degree dulu.” Aku terasa sgt. Fikir diploma ni senang sangat eh? Amek course aku ni, tengok boleh go on tak hari pertama. Dengan keringat Maggi nye, tak tidur bermalam2 buat assignment, selamatlah aku ni jenis berakal. Berdepankan masalah keluarga, tambah dgn study, aku pernah terfikir juga nak bunuh diri. Tapi aku masih waras, perbuatan tu takkan selesaikan masalah aku. Allah laknat adalah. Even dari aku start masuk diploma pun, mak bukan pernah le nk call tanye aku cukup makan ke tak, apetahkan lagi nak hulur duit belanja. Lesen or kenderaan pun aku takde. Beradik lelaki mak aku bayarkan pula suruh amek lesen. Ada yg sorang tu, mak aku siap belikan motor lagi, sampai ke lesen lori pun ade. Da mampos nanti takkan nak naik lori? Lantaklah labu. Bukan duit aku.
Pernah sekali time dalam kereta, dia ni tanya aku depan2 mak aku, “Si ***** ni kenapa x amek lesen ea mak? Dia nak pergi kerja jalan kaki ke nanti?” Aku hampir gak la nak gelak sampai bergulig keluar tingkap. Mak aku senyap je la. Sekarang aku tengah lanjutkan ke degree. Kalau tak, mungkin da kena bahan kot. Duit aku dalam bank memang tak dapat menyimpan, apetahkan lagi yg ada at tangan time kecik2 dulu. Sebabnya, duit aku, mak aku akan pakai buat bayar bil, belanja rumah n etc. Time sekolah menengah aku ada dapat biasiswa, selamatlah nak keluarkan kena isi macam2 dan cikgu tu suruh murid2 ni tunjukkan apa yg dah dibeli beserta baki yg tinggal. Sungguh amanah, sampai aku pun scary haha. Jadi berbekalkan alasan tu lah, aku tak keluarkan langsung duit tu sampailah habis F5. Aku pon tak ingat berapa. Tapi sebelum masuk universiti, mak aku pinjam duit tu rm400 dengan alasan nk melawat beradik pertama dalam penjara. Aku memang tak dapat la nk sorok kalau da terus kena angkat bawak pegi bank kn. Selang seminggu, mak aku minta lagi rm400. Aku tanyalah yg rm400 dulu pegi mana? Yelah, masa tu mak aku dengan tibe2nye kata x jadi nk melawat. So rm400 dulu tu mesti ada lagi kan. Mak aku kata apa? Dah beli brg2 dapur. Aku punya heran, takkan bole habis? Bukan duduk dalam rumah banglo, rumah taman je ha, tu pon menyewa. Lalu mak aku pun tukar topik cam biasa. Dan mak aku tak pernah ganti pun duit aku yg dia da pakai.
Sejak dari tu, aku tak pernah tunjuk or bagitahu duit aku ada berapa. Kalau ditanya pun, aku akan buat helah kata yg aku at universiti ni makan pun pinjam duit kawan. Mak aku ni jenis bertuankan anak lelaki, kena marah dengan beradik lelaki lain, mak senyap je. Tapi lepaskan marah at aku. Tulah yg buatkan aku lagi selesa duduk at asrama kediaman, cuti mid sem pun aku tak balik. Tipu helah kata ada kelas, kawan baik faham dah. Aku balik pun bila rasa hati aku ni boleh tahan suasana at rumah. Tapi yelah, sekali kau da rasa freedom, 1 saat pun kau takkan terfikir nak rasa susah balik.
Sekarang tengah raya, mestilah beradik lain balik dengan bawak anak bini. Cukup aku benci, da la cuti aku lama. Beradik dari JB tu la, dengan keluarga dia buat masa ni aku paling benci. Sebelum kawen dulu ok je, entah termakan babi agaknya, treatment dia at aku macam setan. Entah apelah dosa aku dengan keluarga dia, cukup dia anti and suka bahan aku. Malam tadi dia sampai pun, 2x dia tarik rambut aku kuat2, menitik air mata weh. Rambut panjang. Mau tak rasa cam nak tercabut kulit kepala kau. Yang lain ada kat situ? Biarkan je. Ape de hal. Allah dah kata jangan ikut jejak langkah setan. So jangan le ikut. Benda2 kecik ni bagi aku, kalau kita tak bendung, lama2 jadi besar. Sikit ni ajelah coretan aku, taip pun guna fon, nk guna laptop dok freeze berzaman. Aku cuma sekadar nak meluahkan perasaan je. Banyak2 nanti aku risau jadi novel terlaris pulak. Selamat hari raya, happy selalu readers. Jangan sambut dalam keadaan hiba cm hati aku lak. Hehe.
– Divergent
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit