Kurang Kasih Sayang Mak

Hi semua pembaca. Thank you admin kalau approve confession ni….
Aku seorang perempuan berumur 20 lebih dah. Aku nak confess dan cerita pasal masalah yang aku pendam sejak aku kecik lagi pasal mak aku. Ye, pasal mak aku. Kan selalu dengar orang cakap, ibu bapa kenal kita, paling dekat dengan kita. Bagi aku, semua itu tak wujud bagi aku. Aku deny semua tu. T_T

Dia bermula dengan masa aku kecil…. di mana mak aku sering merendahkan-rendahkan aku depan kawan2 dia. Aku terdengar dia cakap ‘Haa anak aku tu bukak api pun tak reti lagi apatah lagi masak’ masa tu aku baru umur 9 tahun.. aku tengah semangat nak tolong mak semua kat dapur. Banyak kali dah terjadi dia cakap belakang aku pasal aku depan kawan2 dengan sedara. Aku malu. Bila aku dgr dia cakap mcm tu terus hati aku sedih. Bukan orang tua je boleh kecik hati, kanak2 pon boleh.

Semakin aku membesar, mak aku sering bandingkan aku dengan cousins2 aku yang lain… aku rasa down kejap sebab masa tu siapa je lagi yang aku nak harapkan kasih sayang…. aku tengok mak cousin aku ni semua baik je cakap dengan aku. Tanya sihat ke tak semua. Pastu boleh bermanja2 dengan anak diaorg. Dan aku yakin mmg tu situasi mereka di rumah. Manakala aku…. manja takde. Kene marah je banyak walapun aku sentiasa cuba puaskan hati mak aku.

Aku sangkakan perkara ini normal. Tetapi sejak aku masuk asrama, kolej aku ada sorg roomate ni… mak dia sangat penyayang. Aku pernah dengar diaorg borak2 (roomate aku suka pasang sound tu kuat so dia x kisah aku dgr) seronok dgr perbualan diaorg…. aku cemburu.

Aku selalu elak daripada balik rumah srbab kene cemuh, kene marah atas benda2 kecil. Aku bila balik rumah, aku kemas betul semua, mop semua aku buat supaya mak aku senang hati…. ye betul kejap je dia appreciate pastu mula la marah2 mcm tak kena ttba. Aku cuba sebaik mungkin jaga adab dengan mak sendiri. Apa yang tak kene dengan aku ni…

Pernah sekali aku ada cikgu yang baik sangat. Aku lagi rapat dengan dia dari mak aku. Dia tak judge aku and respect aku punya opinion… mak aku, bila aku nak cakap nyatakan opinion aku dia marah balik… sampai satu hari aku kene marah lagi aku nangis teruk depan cikgu aku. Aku cakap aku kurang kasih sayang… tak dapat borak2 dgn mak sendiri macam orang lain. Time tu aku umur 17 tahun. Aku tak sanggup lagi pendam benda tu, aku cerita kat cikgu aku. Sampai skrg aku keep in touch dengan cikgu tu… selain itu, kalau ada makcik2 yang panggil aku sayang ke dear ke aku memang cepat je terasa sayang… sebab tak pernah dipanggil dengan manja dgn mak…

Sekarang aku dah umur 20 lebih… aku terasa dengan mak aku sebab sentiasa rendahkan aku bila jumpa sedara mara… lagi2 raya ni.. aku mmg tak pandai masak tapi aku rajin ke dapur untuk belajar. Haih.. aku kat kampung nak belajar masak dijadikan aku bahan kutukan sebab tak reti masak. Mak sendiri ye. Bukan makcik bawang mana2…
Aku tengok mak orang lain support je anak2 macam bagi semangat belajar masak. Kalau tak sedap kata cuba lagi. Aku? Mimpi je la…

Aku dah tawar hati dengan mak aku. Sangat tawar hati. Aku hanya nak keluar rumah hidup sendiri. Aku harap dapat jumpa pengganti kasih sayang mak… Jadi aku tak heran dah hari jadi dia ke.. hari ibu ke.. malah… hari ibu pun aku wish kat cikgu aku tu :) banyak kali aku nangis sorang2 sebab hal ini. Ada satu time tu sampai aku rasa nak bunuh diri je. Tapi alhamdulillah tak berlaku.

Hmm aku belajar rajin2 pun dapat results bagus pun tak cukup dan buat dia bangga… as if I’ll never be good enough for her. Sekian sahaja confession saya. Terima kasih

-anak kurang kasih sayang

– Kurang kasih sayang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *