Raya Aku 2018

Assalamualaikum.

Setahun dahulu saya pernah berkongsi kisah saya, seorang anak muda, bergaji biasa, punyai tanggungan ibu serta adik, kesempitan wang, tertekan, hanya kerana gajinya lewat beberapa hari.

Setahun lalu saya membayangkan keadaan saya kini lebih stabil, pekerjaan lebih baik dan pendapatan yang selesa.

Saya pasti semua graduan turut mengharapkan perkara yang sama. Sebaik sahaja lepas konvo, sudah dapat bayangkan kereta dan rumah sendiri selepas setahun dua bekerja.

Akan tetapi setelah merasai sendiri alam pekerjaan, hidup tidak semudah yang disangka. Baru saya mengerti realiti pekerjaan sekarang.

Bukan semua mampu merasa gaji pokok 2000 sebulan. Untuk saya, nak capai 1500 sebulan pun belum pernah.

Seperti yang lain juga, mula bekerja dengan gaji minimum. Tidak memilih walaupun berkelulusan baik. Malah kadang timbul rasa tergugat apabila mereka yang tidak menyambung pelajaran punyai gaji pertama yang lebih tinggi. Jika secara logik akalnya, saya punyai kelebihan pelajaran. Namun itulah yang dimaksudkan dengan rezeki Allah.

Setiap hari berusaha tawakal dan belajar redha dengan rezeki yang diperolehi.

Pelbagai cara saya usahakan untuk murahkan rezeki kami. Semua tips dan surah diamalkan. Pantang ada yang kongsi tentang murah rezeki pasti dicuba.

Setiap hari tertunggu2 rezeki Allah. Diri beramal, tetapi hati tidak tenang. Kerap bertanya bila rezekiku kan tiba.

Setelah sekian menunggu, diri mula sedar, hanya dengan berserah kepada Allah mampu menenangkan hati yang gusar.

Hati mula redha, doa sehari hari juga diubah, jikalau dahulu mohon rezeki melimpah, tapi kini cukup sekadar mencukupi untuk diri ini dan keluarga. Namun begitu usaha tidak tinggal, resume masih update. Peluang masih dicari.

Untuk raya tahun ini, jangkaan sambutannya biasa2 sahaja. Pernah mak ingatkan, hanya baju raya adik sahaja yang perlu. Kepala mengangguk mengiakan.

Selama saya bekerja, hujung bulan pasti tenat, pergi ke pejabat gusar melihat jarum minyak menghampiri E.

Akan tetapi sebulan dua sebelum raya, duit gaji ada berbaki. Hairan.

Tiada kenaikan gaji, pendapatan sama seperti bulan2 sebelumnya. Cuma kali ini ia berbaki. Bukan 10@20, tapi ratus.

Akhir2 ini saya mampu menyimpan, raya tahun ini mak dapat beraya gembira, kami sudah mampu menghulur duit raya buat anak2 kecil, tidak banyak tapi kami mampu memberi, mak dapat berjumpa saudara2, ziarah rumah mereka, langsung saya tidak risau kan kos minyak kenderaan, kerana masih ada lebih.

Saya mula sedar,

dalam saya sibuk mencari pendapatan lain, Allah buktikan yang gaji saya ckup. Dia kurniakan pemahaman tentang syukur, tentang tawakal, rezeki melalui ujian2 nya. Semakin saya mengerti tentang rezeki Allah.

Jumlah 1000 ditambah berkat besar nilainya.

Jika istiqamah insyaallah, ferarri pun bisa.

– Jojo arsyid

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *