Reply Pada Dollhouse

Terima kasih kerana sudi menyiarkan coretan ini. Aku terpanggil untuk berkongsi rasa yang hampir sama dengan coretan dollhouse. Aku dibesarkan dalam keluarga yang susah. Anak pertama dari 6 adik beradik.

Semua bermula apabila aku selalu mengalah kepada adik-adik jika mereka memerlukan apa- apa keperluan. Menginjak usia 20an sehingga 30an aku hanya mampu mengalirkan air mata bila aku bagai di anak tirikan.

Kalau penulis sebelum ni beritahu tentang emas, mak aku belikan gelang tangan kepada 2 adik perempuan aku. Itu pun secara senyap tanpa pengetahuan aku. Hancur hati masa tu, tapi aku pura2 senyum dan bagitau semua orang dalam rumah aku tak minat emas.

Alhamdulillah mak bapak aku ada perniagaan yang bagus sekarang. Tapi aku masih dilayan dengan cara yang sama. Aku tinggal dengan keluarga, tapi semua barang keperluan aku, katil almari mesti beli sendiri dengan alasan mak aku takda duit. Mesti tertanya, katil dan almari bukan selalu berganti. Ketahuilah… aku tidur beralaskan toto hampir 10 tahun sepanjang usia 20-30 aku… aku nekad dengan gaji yang sikit aku kumpul duit nak lengkap keperluan aku.

Adik2 aku? Semua lengkap.. dengan alasan mereka tak punya wang yang cukup kerana gaji mereka sikit. Tapi bagaimana dengan aku? Tuhan saja yang tahu hati ini bila aku diperlakukan begitu.

Adik2 aku 3 orang dah kahwin. Masa yang pertama mak bapa aku sponsor semua sebab mereka kata kahwin muda so tak sempat kumpul duit. Habis kenduri, keluar ayat “esok2 korang yang lain nak kawen cari duit sendiri”. Tapi yang sebaliknya berlaku.. perkahwinan adik 2&3 juga mak aku yang taja. Sepatah rungutan pun tak keluar dari mulut mak bapa aku yang mereka nak taja perkahwinan aku nanti. Aku bukan la berharap, tapi sebarang pemberian dari mak bapa aku boleh jadi benda yang paling menggembirakan aku.

Aku pernah berpura-pura di hadapan kawan2 yang kononnya mak aku hadiahkan sebentuk cincin. Walhal aku beli sendiri. Perasaan orang2 kagum dengan mak aku pada ketika tu buat aku lupa kesedihan aku.

Semua adik2 yang lain menjelang raya mak aku sediakan baju 3 persalinan. Aku? Sepatah pun dia tak tanya keperluan aku. Walhal aku duduk sebumbung dengan dia. Yang anak2 lain duduk diperantaun. Anak2 yang dah berkahwin pun dia masih sedikan segala kelengkapan raya. Baju yang dijanjikan pakai sedondon raya pertama beli kain 1 gulung, tapi bayaran bahagian aku dia minta aku yang bayar. Anak menantu yang lain tak sepatah pun dia minta bayaran.

Lensa kamera jadi lagi bukti kepada kepura-puraan keluarga aku. Bermaafan dipotretkan, gambar sekeluarga diabadikan. Hakikatnya, aku hanya hiasan. Mak aku seorang yang lembut tutur bicara, walaupun aku pernah suarakan tidak keadilan ni dia hanya diam saja.

Aku tau mak aku akan baca benda ni. Aku harap dia akan baca dari sudut seorang ibu. Aku tak minta banyak, layan aku sebagai seorang anak seperti anak mak yang lain.

Sebelum aku undur diri, aku sangat menghargai sekiranya kalian dapat memberi pandangan agar aku tidak salah membuat apa2 pilihan yang akan melukan hati mak bapa aku.

Terima kasih.

– Mimi Halim

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *