Assalamualaikum & hai kepada semua readers IIUM Confession…thank you kepada Admin jika sudi siarkan confession saya ni…sebelum itu, saya nak mohon maaf jika sekiranya penyampaian saya agak tunggang langgang sebab dah lama tak tulis panjang2 macam ni, hehe…
Panggil saya Mrs. S, berusia 35 tahun, sudah berkahwin hampir 10 tahun & ibu kepada 2 hero yang amat saya sayangi…cukup tentang saya…
Terpanggil untuk meluahkan rasa setelah banyak membaca confession mengenai suami vs isteri…saya tak berani nak komen banyak sebab saya tak pernah lalui situasi2 yang disebutkan, dan kalau ada pun, saya anggap tu normal kerana terima hakikat tak semua manusia sempurna sifatnya, termasuklah diri saya sendiri…
Alhamdulillah, saya dibesarkan dalam suasana keluarga yang bahagia…cinta arwah Ayah pada arwah Mak sehinggalah ke liang lahatnya dan arwah Mak menyusul 5 tahun kemudian…
Melihat cinta sejati di hadapan mata saya membuatkan saya idamkan suami seperti arwah Ayah saya…dan Alhamdulillah, dengan izinNYA, setakat ini, saya dapat seperti yang saya idamkan…dan saya pohon kepada ALLAH SWT semoga suami saya tidak berubah cinta & kasih sayangnya kepada saya dan anak2 hingga ke akhir nafasnya, InsyaALLAH aamiin3…
Di kala hidup saya dikelilingi cerita2 sedih sepupu2, sahabat2 & luahan2 di media sosial mengenai suami masing2, terdetik di dalam hati, Alhamdulillah, dengan izinNYA, saya masih dapat merasai nikmat kasih & sayang seorang suami…karakternya memang sangat berbeza dengan contoh2 suami yang disebutkan…almost perfect tapi tidaklah sempurna 100% kerana yang Maha Sempurna hanyalah ALLAH SWT…tetapi itu sudah cukup untuk buatkan saya rasa sangat2 bersyukur…
Disebaliknya, saya rasa, sayalah yang gagal membahagiakan suami saya… sebelum berkahwin, dulu saya adalah seorang penjawat awam…tetapi disebabkan beberapa ujian, di antaranya adalah menjaga arwah Mak yang sakit, akhirnya saya dibuang kerja disebabkan saya masih belum “confirm” & terlalu kerap tidak hadir bekerja…
semasa dibuang, saya baru melahirkan anak sulung…saya rasa sangat insecure ketika itu dan takut suami saya tak dapat menerima keadaan & beralih arah…saya bersedia dan redha untuk terima apa jua keputusan/keadaan suami saya…namun Alhamdulillah, suami menerima keadaan saya seadanya dan langsung tak pernah mengungkit sehingga ke hari ni… melihatkan dia bekerja keras setiap hari buatkan hati saya rasa sentiasa bersalah…berkali2 saya mohon maaf dan setiap kali itu juga dia cakap sememangnya itu tanggungjawabnya sebagai seorang suami; memberi nafkah buat isteri & anak2…saya kemudiannya pernah bekerja sebagai kerani di firma guaman, tapi terpaksa berhenti disebabkan keadaan kesihatan anak yang kerap demam sehingga hampir tarik… sehingga sekarang saya masih belum bekerja, tambahan pula saya sedang mengandung anak yang ketiga… Alhamdulillah, tersentuh hati saya melihatkan keadaan suami yang masih teruja walaupun anak yang ketiga…setakat ini,
Alhamdulillah, keadaan kewangan keluarga masih okay walaupun suami sahaja yang bekerja, tapi terdetik di hati saya, sampai bila saya nak harapkan duit gaji suami? Sedih saya lihat keadaannya yang banyak berkorban untuk saya & anak2…wallet dia betul2 terkoyak dan lusuh, barulah dia beli yang baru, itupun sebab setiap kali buka wallet, kad2 berterabur…kasut pun sama, bila betul2 koyak, baru dia beli baru…baju baru memang jauh sekali…kadang2 cemburu jugak melihat kawan2 hadiahkan suami masing2 hasil duit titik peluh mereka sendiri…saya pula hanya mampu masakkan makanan kegemarannya saja setiap kali tiba birthday suami…kadang2, dia pulak yang bawa saya & anak2 makan di luar sempena sambut birthdaynya…rasa bersalah sangat2…
Setiap kali diumumkan bonus buat kakitangan awam, setiap kali tu jugak saya rasa macam loser…setiap kali tu jugaklah terdetik di hati, “kalaulah aku masih bekerja dengan government”, mungkin saya dah mampu beli rumah sendiri, tak perlu susahkan suami…suami mungkin boleh fokus pada aset yang lain…ini tak, semua tunggu suami…hingga ke saat ni kami masih belum mampu beli rumah sendiri…sedihnya… sekali lagi, rasa bersalah sangat dengan suami…
Saya mohon pada ALLAH SWT, mudah2an ada jalan di masa hadapan untuk saya bantu mudahkan & ringankan beban suami saya…walaupun dia tak pernah cakap apa2, tak pernah merungut, tak pernah mengungkit, tapi saya tahu, dalam mindanya sentiasa berfikir bagaimana nak cukupkan keperluan isteri & anak2…maafkan daku duhai suami…semoga setiap titik peluhmu dalam mencari rezeki untuk kami dirahmati & diberkati oleh ALLAH SWT dan dibalas dengan syurgaNYA, InsyaALLAH aamiin3 YRA…
– Mrs. S
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit