Assalamualaikum . Ni nak share sikit . Saya seorang pelajar sekolah menengah. Dan dahulunya saya juga seorang yang berani , riang dan gembira je memanjang . Tapi sejak masuk tingkatan satu dulu , semua berubah . Oh dan saya ni jenis tak boleh berjauhan dengan mak ayah hehe .
Pada awal tingkatan 1 , saya belajar di SMKA Sheikh Abdul Malek . Memang itu pilihan saya dari dulu . Mula-mula saya ingat sekolah ni macam sekolah biasa . Tapi rupanya IB World School . Bermula dari sini saya mendapat gangguan perasaan . Di sekolah ni ada assessment seperti assignment . Saya pulak tidak mempunyai laptop . Jadi selalu jugakla saya ulang-alik ke Cyber Cafe semata-mata nak siapkan assessment ini . Assessment dah banyak, kerja sekolah pula lagi banyak . Membuatkan saya jadi serabut . Saya tak dapat siapkan assessment dan kerja sekolah dalam tempoh yang diberi oleh guru, sehinggakan saya tidak hadir ke sekolah . Lagipun , cyber cafe dengan rumah saya bukan dekat . Kadang-kadang tiada siapa dapat hantar , terpaksalah saya menipu cikgu bahawa saya tertinggal assessment . Kadang-kadang kena denda jugak . Saya selalu rasa serabut , sehingga sakit kepala lalu menangis teresak-esak . Lepas menangis tu tiba-tiba rasa benci dekat diri sendiri sampaikan rasa nak tikam diri sendiri bertubi-tubi , Astaghfirullahaladzim .
Saya mendapat tawaran ke MRSMKT. Tanpa berfikir panjang, saya terus terima sebab dah terlalu serabut hal assessment ni. Masih lagi ingat, tarikh lapor diri di MRSM itu pada 9 April. Mula-mula ingatkan okay. Tapi lagi teruk. Homesick la katakan. Mak ayah datang jumpa saya hari-hari . Pagi waktu mandi nangis, waktu prep petang nangis, solat Maghrib dan Isyak menangis , prep malam menangis dan waktu nak tidur pun menangis. Dalam kelas bukannya boleh tumpu perhatian sangat sebab tak cukup tidur. Kadang-kadang saya sering terbangun waktu tengah malam dan nangis. Akhirnya saya berpindah ke SMK Padang Negara kerana terkena serangan asthma sehingga ditahan wad.
Masuk sekolah baru waktu first day puasa. Mula-mula okay. Tapi lepas habis cuti, rasa takut nak pergi sekolah. Dia punya takut sampai rasa sejuk satu badan lepastu nangis teresak-esak. Sekali pakej dengan sakit kepala. Waktu hari pertama sekolah lepas cuti tu, saya tak pergi sebab saya dah lewat lepastu saya patah balik dan menangis. Saya terpaksa bagitahu mak yang saya muntah (ampunkan kakak, ma) . Lepastu okay. Tapi yang saya tak tahunya saya sering menangis, takut dan berdebar tanpa sebab. Kalau datang je penyakit ni, confirm rasa sakit kepala dan nak bunuh diri. Sampai sekarang, perasaan tu tak hilang . Setiap kali saya takut nak pergi sekolah, mulalah berfikiran negatif yang mana sama ada saya atau ahli keluarga akan mati, Ya Allah. Saya mohon para pembaca doakan agar saya dijauhkan dari perasaan ni. Terima kasih admin blog kerana bagi ruang untuk kami yang ada masalah yang sama. Saya doakan semoga saya, admin dan orang lain yang mempunyai perasaan ini dijauhkan dari perasaan ini, Insya Allah, Aminn. Assalamualaikum.
Salam sayang ,
RAA :,)
– Hamba Allah :,)
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit