Kekasih Gelap Yang Dibenci

Assalamualaikum pembaca IIUM sekalian. Terima kasih admin kalau confession ni disiarkan. Kisah yang aku nak cerita ni patutnya disimpan sebagai rahsia tapi aku cerita ni untuk menyedarkan kita semua yang alam ghaib ni betul-betul wujud. Sebelum tu aku warning dulu cerita ni tak seram. Sorry wei kalau korang tak faham.

Korang percayakan alam ghaib tak? Percaya tak dekat keliling kita ni ada jin tapi kita je tak nampak? Dulu aku tak percaya. Sebabnya? Entah. Mungkin waktu tu aku jahil. Tak beriman, ibadah kelaut, islam cuma dalam IC. Sampailah satu saat Allah SAW uji aku dengan sakit yang tak nampak dek mata kasar.

Bismillah..

2017, aku dapat sambung degree. Masa ni la segala mimpi ngeri aku bermula. Hidup aku sadis gila. Aku takde sorang kawan pun dekat universiti tu. Terkontang-kanting sorang-sorang. Aku alami kemurungan yang teruk sampai aku tak pergi kelas, tak boleh tidur malam, sakit-sakit fizikal yang teruk. Hari-hari menangis meratap nasib diri. Aku hadiri sesi kaunseling setiap jumaat tapi tak jalan. Then aku decide aku kena pergi jumpa pakar psikiatri sebelum keadaan makin teruk. And doktor sahkan aku ada Bipolar Disorder.

Tujuh bulan aku ulang alik hospital sorang-sorang. Aku tak berani bagi tahu family. Aku tanggung semua sorang-sorang. Badan aku yang gemuk susut mendadak. Aku kena ambil antidepression dengan mood stabilizer setiap malam termasuk ubat tidur. Kesannya, rambut aku banyak gugur dan lagi susah nak datang kelas. Aku fail exam semester pertama. Kawan-kawan sekelas start benci aku sebab aku banyak datangkan masalah pada mereka masa nak buat assignment. Berkali-kali aku kena panggil dengan ketua jabatan fakulti aku. Waktu tu hidup aku dah hancur sehancur hancurnya. Faham tak perasaan bila bangun tiap pagi hidup dah hilang makna, tak berseri lagi. Sampai aku berani buat perkara terkutuk, aku cuba bunuh diri beberapa kali. Tapi alhamdullillah Allah panjangkan nyawa aku. Akhirnya aku redha, aku open semua masalah pada family aku.

Sebulan yang lepas, parent aku bawa aku berubat dekat utara tanah air dekat rumah seorang ustaz muda ni . Masa tu bulan puasa. Masa nak masuk rumah dia, aku nervous gila. Jantung aku berdegup kencang. Masa dia rukyahkan aku, aku dirasuk beberapa ekor jin. Ada yang menari, yang gelak, yang menangis, yang mencakar. Banyak kali ustaz tu tanya dari mana benda tu datang tapi semua membisu taknak cakap. Dia punya melawan sampai ustaz tu kena tendang sedangkan badan aku keding je, kena jentik pun tumbang.

Then ustaz stop takut aku loss control. Dia suruh datang lagi kemudian. Lagipun sebab masa tu nak berbuka puasa. Waktu ni bukan aku je kena rasuk tau, kakak aku pun sama. Dia bekalkan aku air rukhyah untuk aku mandi, minum dan sembur dekat tempat tidur. Lepas tu aku teruskan hidup dengan cukup menderita. Bayangkan malam-malam tak boleh tidur. Lepas subuh baru boleh pejam mata. Penatnya hanya Allah yang tahu. Dan kemarahan aku makin menjadi-jadi. Bukan tu je, aku terbayang nak bunuh diri masa tu. Astaghfirullahalazim!

Sampailah raya keempat, pertemuan kali kedua aku dengan ustaz tu. Kali ni aku punya nervous lagi teruk. Sampai aku cederakan tangan aku sebelum masuk rumah dia. Dia tanya apa aku rasa, aku cakap aku takut. Then, dia start rukhyah, aku terus kerasukan. Ustaz buat macam-macam nak suruh jin tu buka mulut dari mana dia datang. Mungkin waktu ni jin tu dah lemah so dia terus-terang dia sukakan aku. Dia dah dampingi aku lapan tahun! Ustaz islamkan dia dan suruh dia bersumpah supaya tak ganggu aku lagi. Then ustaz rukyahkan kakak aku pula. Alhamdullillah semua dah selesai. Kitorang pun ready la salam-salam nak balik.

Masa nak balik, dekat laman rumah ustaz tiba-tiba aku pengsan. Sape entah angkat aku masuk rumah balik. Masa ni aku dirasuk dengan jin lain pula. Kuat dia empat orang lelaki pegang aku pun terlentang. Kali ni yang rasuk aku jin saka. Punya sombong jin ni keteghaq taknak keluar. Lepas tu serentak kakak aku pun kena rasuk sekali. Jenuh ustaz nak handle dua orang dalam satu masa. Jin saka ni cakap dia dah jaga aku dari kecil. Dia taknak lepaskan aku sampai mati. Nenek moyang aku janji nak bagi seluruh keturunan dekat dia.

Dipendekkan cerita, ustaz berjaya islamkan dia dan suruh dia bersumpah tak kacau aku lagi. Selesai dua jin. Ustaz bantu kakak aku pula. Aku baring pejam mata sebab penat gila. Masa aku baring tu, aku kena rasuk dengan jin ketiga pula! Sumpah penat gila. Yang kali ni lagi degil. Dia taknak cakap dari mana dia datang. Sampai ustaz tusuk jantung baru dia keluar. (guna tongkat tusuk dekat tapak kaki)

Masalah aku sekarang, aku tak tahu ada berapa jin dalam badan aku ni. Ustaz suruh datang balik nanti. So cerita ni tergantung dekat sini. Sebab ianya sedang berlaku. Ini kut pepatah sudah jatuh ditimpa tangga. Bila ingat balik, patut lah aku susah nak dapat kawan. Rupanya jin tu tutup seri muka aku. So semua orang benci dekat aku. Aku tak bangga wei dicintai jin. Malahan aku membenci dan menyumpah. Dia bawa banyak penyakit masuk dalam tubuh aku. Antaranya, asthma dengan gila. Aku redha ini Qada Qadar aku. Cuma orang yang pernah rasa je yang boleh faham seksanya hidup didampingi jin ni.

Itu je kot cerita aku. Tak seram mana pun. Doakan aku sembuh, dapat habiskan degree walaupun kena repeat dua sem dan dapat berubah jadi baik insyaAllah.

– Emily Rose

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *