Pegangan Baharu

Hi and Assalamualaikum.

Saya dilahirkan dalam keluarga bukan islam. Selepas ayah saya meninggal, dan kekangan kerja ibu saya serahkan saya kepada aunty saya yang merupakan adik angkat dia tetapi dia menganut agama islam. Masih saya ingat masa dulu menetap di rumah aunty rasa awkward sangat sebab cara hidup yang berbeza. Dan aunty layan saya sangat baik dan saya mula sukakan makanan melayu, hehe dan belajar makan nasi guna tangan. Suatu malam saya terjaga dari tidur dan terdengar suara aunty saya baca sesuatu yang sangat indah iaitu surah dari al-Quran. Hati rasa terpaut rasa ingin turut belajar untuk membaca tapi tak boleh dan hanya mampu mendengar…

Ibu selalu jugak call menanyakan khabar dan mengirimkan barang keperluan sepanjang saya menetap di rumah aunty.. Namun sehingga suatu hari itu, aku luahkan hasrat untuk memeluk islam kerana tertarik dengan akhlak yang ditunjukkan oleh aunty dan aunty saya sangat gembira dan ibu pula tak larang atau menyekat hasrat saya, katanya aku sudah besar jadi apa yang aku rasa terbaik untuk aku, dia takkan halang.

Sepanjang saya menganut agama islam rasa hati lebih tenang dan tak dapat nak gambarkan betapa tenangnya diri ini. Terima kasih jugak kepada aunty saya kerana banyak mengajar saya dalam mendalami agama islam biarpun kita berbeza bangsa dan tiada ikatan kekeluargaan.

Namun, baru baru ini, ibu saya call dan beritahu bahawa dia nak ambil saya balik dalam beberapa minggu yang akan datang disebabkan ibu saya baru sahaja mendapat pekerjaan yang baharu yang tak perlu berulang alik lagi.

Saya rasa sangat gembira setelah bertahun akhirnya saya dapat tinggal kembali dengan ibu saya. Rindu masakan dia. Saya pun dah lama tak pulang ke rumah nenek rindu dengan saudara mara saya. Dah lama tak merasa menyambut perayaan tahun baru cina dengan mereka.

Tapi dalam kegembiraan ini, saya juga rasa sedih kerana terpaksa meninggalkan aunty yang sangat saya kasihi. Disebabkan dia, saya kenal agama yang murni ini. Banyak yang dia ajar aku untuk berdikari bila tiada sesiapa disisi. Banyak juga masakkan melayu yang dia ajar.. Tetapi tak apalah kerana dia sudah mahu kahwin jadi tak manis kata orang jika saya tinggal sekali dengan mereka maklumlah saya bukan anak kandung aunty.

Namun apa yang saya takut, mampukah saya terus memegang agama ini bila saya kembali tinggal bersama ibu saya.. Disebabkan kami sudah berlainan agama mesti banyak cabaran namun saya akan tetap menjaga agama ini kerana Allah swt.

Ibu saya cakap, dia dah tak makan benda yang tak halal untuk biasakan hidup dengan saya nanti. Dan akan masak masakkan yang halal agar kami dapat makan bersama. Dan kami akan bersihkan rumah agar mudah untuk saya beribadah nanti..

Tetapi saya rasa bila saya tinggal dengan ibu nanti macam susahkan dia pulak. Kesian dia nanti disebabkan untuk keselesaan saya dia sanggup berkorban macam2.. Berdosakah saya sebab banyak susahkan dia? Tapi nanti saya nak ajak ibu peluk agama islam bila dia dah terbuka hati nanti. Kena slow2 Nanti hidayah akan datang dengan sendirinya..

Saya taknak masuk syurga seorang diri nak bawak ibu saya sekali kalau boleh nak bawak aunty jugak. Selesai sudah luahan saya. Terima kasih kerana sudi membaca ya. Sebarang pendapat atau apa sahaja boleh ditulis di ruang komen dan gunakanlah bahasa yang indah.

– zara

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *