Salam. Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan confession ini. Amat dihargai.
Aku Ilyana. Seorang pelajar tingkatan 6 disebuah sekolah menengah kebangsaan yang majoritinya cina di Ipoh. Aku hampir 2 bulan memasuki ke tingkatan 6 dan ia amat menyelesakan aku untuk bina semangat baru dan buka buku baru, lagi-lagi persekitarannya sekolahnya susah aku nak ungkapkan bagaimana, amat menyelesakan persekitarannya, dari segi komuniti yang berbilang kaum, tak ada langsung unsur rasis, cikgu-cikgu yang friendly dan memahami. Itulah keistimewaan sekolah baru aku, yang amat unik bagi aku dan tak pernah dialami aku sendiri dalam lingkungan persekolahan sebegitu. SMK yang majoritinya pelajar cina and so comforting.
Aku cuba pendekkan cerita kisah aku ini. Aku belajar taklah pandai mana, biasa-biasa, bukan pelajar harapan sekolah dan selalu mengalami fasa kegagalan tetapi aku cuba bangkit dan aku percaya kejayaan itu pasti akan datang mendampingi orang yang pernah merasai betapa peritnya kegagalan. Sebelum aku menjengah ke tingkatan 6, aku bersekolah juga di SMK tetapi seperti kebiasaannya majoriti adalah melayu. Sepanjang aku menempuh 5 tahun persekolahan disitu, aku banyak mengalirkan air mata sebab aku selalu cuba puaskan hati semua cikgu. Confession ini bukan aku nak salahkan pihak cikgu, aku tahu masih ada cikgu yang cakna dengan pelajarnya, lagi-lagi kasih sayangnya yang mengalir tak pernah putus untuk orang yang bukan dari darah keturunannya sendiri. Terima kasih dengan semua perhatian dan kasih sayang anda semua, saya hargai. Cuma nak luahkan apa yang terbuku selama 11 tahun aku menempuh alam persekolahan yang mungkin tak seindah orang lain.
Aku antara pelajar yang lemah dalam pelajaran yang tersesat di dalam kelas paling hadapan. Dimana orang akan anggap, cikgu-cikgu akan sayang dan fokus lebih pada kami, dan tolong buang persepsi lama tu bagi aku tu tak adil untuk golongan macam aku mahupun untuk pelajar dikelas belakang. Aku selama ini di dera secara mental oleh bekas cikgu-cikgu aku. Yang bijak cerdik diangkat, diagungkan. Yang kurang pandai mereka, caci, hina sesedap yang mungkin. Perkara perit sekali, golongan macam aku diabaikan di kelas itu seolah kami ni tak wujud. Lagi menekankan perasaan aku, bila aku sedaya upaya buat kerja demi sekeping sijil, bila aku sedaya upaya meraih kepercayaan cikgu untuk aku menyertai atau melakukan sesuatu, orang lain yang mendapat nama. Tuhan saja yang tahu betapa kecilnya hati seorang Ilyana, kemungkinan sudah kecil kuman. Sejak dari tu hati aku sudah berbolak-balik. Aku dah tak ada semangat apatah lagi perasaan untuk belajar. Aku dah tawar hati. Sangat-sangat. Tapi aku tempuhkan jua, sebab aku bawa harapan mak ayah aku untuk lihat aku mempunyai pelajaran yang baik. Aku nak semua tahu, sepanjang aku menaip confession ini, aku menangis. Kerana satu persatu perkara yang aku alami itu jelas lagi dalam ingatan aku. Seolah baru semalam aku alaminya. Aku tak dendam, cuma aku ingat, aku ingat sampai akhir hayat aku.
Alhamdulilah, selepas beberapa bulan aku meninggalkan alam persekolahan. Aku ditawarkan untuk masuk ke tingkatan 6 dan aku mengambil keputusan masuk. Aku tetap dengan pendirian aku, walaupun ada segelintir bekas cikgu aku yang mungkin merendahkan keputusan aku masuk ke tingkatan 6, ya aku tahu ada yang kata aku membuang masa. Maaf kata, ini adalah perjalanan masa depan aku dan tidak berkongsi kisah perjalanan masa depan dengan kamu semua. Aku tahu apa yang aku buat untuk masa depan yang lebih baik. Aku percaya dengan takdir Tuhan dan kehendakNya. Aku percaya pada peluang dan inilah peluang yang aku perlu ambil dan baiki. Tetapi aku masih trauma dengan cikgu-cikgu. Meskipun cikgu-cikgu disekolah baru aku lain dari cikgu disekolah lama aku. Aku takut perkara yang sama berulang lagi walaupun pra-U/tingkatan 6. Ini betul-betul mendesak minda aku untuk kekal positif. Aku sedar, aku dikelilingi dengan kelompok pendidik yang penyayang dan prihatin sehinggakan tak terungkap ucapan terima kasih aku pada mereka selama hampir 2 bulan ini. Mereka seolah ibu, bapa, abang dan kakak. Juga kawan untuk bergurau senda. Tapi kesan dari kisah lama aku masih tersisa dalam ingatan aku membuatkan aku takut, takut diabaikan lagi sekali, lagi-lagi pada khamis ini aku mewakili sekolah dalam pertandingan pidato dan aku tak sihat, kehilangan suara. Aku takut, aku kecewakan harapan mereka untuk mendapat tempat dalam pertandingan itu dan takut terjadinya perkara lama. Aku menangis sepanjang latihan dirumah. Aku tak bersedia. Aku takut. Aku takut aku hancurkan harapan mereka.
Selama ini aku berusaha, langsung tak dipandang sayang. Mereka hanya nampak hasil lalu dikata pemalas, main-main. Aku tak tahu. Aku betul-betul dalam keadaan mendesak. Aku cuba untuk katakan pada diri aku, bahawa cikgu baru aku adalah cerita baru aku. Mereka bukan seperti cikgu lama aku. Tapi tak boleh, kesan trauma itu masih menjalar didalam minda aku. Sehinggakan aku takut untuk bercakap lebih selesa dengan mereka sedangkan mereka memang mengalukan kita sebagai pelajarnya. Aku cuba bina semangat baru dan buka buku baru, tetapi gagal. Aku membina lagi tembok ketakutan ini. Aku tak tahu macam mana nak runtuhkan tembok ketakutan ini. Aku hargai semuanya. Aku ulang. Aku takut.
– Ilyana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit