Respon: Aku Bukan Islam

Assalamualaikum…

Pada awal confession Aku Bukan Islam, aku nampak confessor memberi salam. Dan aku terkejut sebab aku sangka bukan seorang muslim yang memberi confession. Bila aku baca, aku faham sangat masalah yang confessor alami. Aku pernah dimasukkan ke dalam hospital mental. Atas sebab depression. Aku ada suicidal thoughts dan waktu doktor tanya, aku mengaku aku ada plan untuk membunuh diri.

Bila aku di dalam wad, aku berkenalan dengan seorang perempuan. Cantik. Itu perkara pertama aku fikir. Dia yang tegur aku dulu. Kenal-kenal, dia mengaku dia asalnya Muslim dan pada mata kasar kita, mungkin dia seorang yang dah tak Muslim. Jujur pada aku, aku rasa dia still seorang Muslim. Terkejut, tapi aku dalam masa yang sama, tahu, mesti ada sebab dia jadi macam tu.

Dia lebih kurang macam confessor, dia percaya Tuhan itu satu dan kuasaNya. Tapi, hidupnya macam orang bukan Islam. Sebab? Atas sebab-sebab yang sebiji dan sama macam confessor Aku Bukan Islam.

Dari kecil dikhabarkan syurga hanya untuk orang Islam etc. Dan dia jadi pelik, kalau ini lah Islam, tak seindah yang orang war-warkan, jadi kenapa perlu dia ikut agama yang keras ni. Betul tak?

Orang kata, nak belajar Islam, belajarlah tentang Islam. Cari guru yang betul. Jangan belajar dari melihat kepada muslim. Sebab muslim itu manusia. Banyak kurang dan silapnya.

Dalam masa yang sama, muslim mencerminkan Islam sepatutnya. Dan muslim seharusnya memaparkan dan buat yang terbaik untuk menunjukkan Islam itu hebat dan yang penting…. mudah.

Jujur aku pun sama. Background madrasah. Sekolah agama. Keluarga terapkan kepentingan membaca Quran dan solat serta berzikir. Tapi, aku malas. Aku mengaku, aku yang malas. Dulu kecik-kecik, aku pura-pura solat dalam bilik. Lepas 10-15 minit, aku keluar cakap kat mak yang aku dah solat. Lama-lama aku sedar kenapa aku buat semua ni. Jadi aku disiplinkan diri. Aku ingat lagi pertama kali aku solat 5 waktu sehari lengkap, aku rasa tenang sangat. Sebab aku solat, bukan kerana orang suruh. Dan aku dapat lengkapkan solat 5 waktu aku untuk Allah, bukan untuk sesiapa.

Aku manusia biasa. Aku pun tutup aurat. Aku furthered studies kat kolej Islam. Situ, lagi ramai orang-orang hebat. Bertudung labuh yang orang panggil tudung bulat. Tutup dagu, pergi usrah. Mula-mula, aku pun ikut. Aku pun suka. Tapi lama-lama, aku malas lagi. Aku macam penat. Aku introvert. Aku lagi suka bersendiri. Solat sendiri. Tarawih sendiri. Kadang tak tarawih pun. Dan aku masih cuba mendidik rohani aku untuk rajinkan diri baca Quran.

Aku dipandang jijik. Sebab aku ada kekasih hati (Alhamdulillah sekarang suami). Sebab aku pakai tudung tutup dada tapi bukan tudung bulat. Sebab aku berkawan dengan lelaki, tak jaga ikhtilat. Aku pun dulu salahkan orang. Tapi sudahnya bila fikir balik, salah aku sendiri pun. Bila orang tegur, aku marah. Aku mengamuk.

Jujur ada je orang-orang hebat yang menyampah dan tak suka aku ni, sama je macam aku. Tapi, ada juga yang benar-benar hebat. Dan yang benar-benar hebat selalu cucuk aku gunakan jarum yang sangat halus. Dorang memahami yang aku cuma manusia yang diduga benda yang tak Allah duga mereka dengan ujian yang aku dapat.

Sebab orang-orang yang betul-betul hebat ni, aku jadikan panduan dan contoh. Aku harap satu hari nanti, aku boleh lah istiqomah dan kuat macam dorang. Walaupun aku masih lagi malas dan lalai.

Apa yang aku nak sampaikan pada confessor tersebut, sis tak ada masalah sis solat sendiri kat rumah tak berjemaah. Memang untuk perempuan lagi afdhal solat sendiri kat rumah dalam bilik. Spesifik lagi. Taknak dalam bilik? Nak kat ruang tamu? Tak ada masalah. Yang penting sis solat tu kan.

Aku dulu bila orang tegur, orang buang muka dengan aku, aku pun benci dorang. Sudahnya, aku give up sebab aku fed up. Orang-orang ni judge aku atas bawah dengan apa yang dorang nampak je. Aku buang apa yang dorang suka. Tudung bulat? Aku tak pakai lagi dah. Aku tunjuk aku keluar berdua dengan boyfriend aku. Aku berontak. Aku makin sengaja buat orang mengata pasal aku. Kau nak sangat kan membawang? Aku bagi kau cerita panas untuk kau membawang pasal aku.

Tapi ada satu ayat yang aku takkan lupa sampai sekarang;
Bila orang tegur, sepatutnya yang kita buang benda yang tak elok tu, bukan benda baik.

Sis, Islam tu memang simple. Memang mudah sis. Cuma sis jumpa orang-orang yang ‘memberatkan’ Islam. Sis masih ada pegangan dan iman. Allah memang sayangkan sis sebab tu sis diuji macam ni.

Aku tahu susah nak berubah. Nak solat 5 waktu terus baca Quran satu juzu’ sehari, zikir tak henti-henti. Tapi sis, mulakan dengan apa yang mudah untuk sis buat.

Sis kuatkan apa yang sis perlu kuatkan dulu. Baru kemudian sis buat mana-mana extra macam solat sunnat semua.

Aku pun malu nak jemaah kat masjid. Orang solat qobliah ba’diah, aku duduk je tunggu iqamat. Aku rasa aku jahat sangat. Aku tak semulia yang lain dan aku jauh sangat dari jadi orang yang beriman.

So sis, nasihat saya, sis tak payah pekakkan telinga. Itu mustahil sis. Mulut tempayan memang tak boleh tutup. Mulut manusia, lagi lah tak boleh kita nak sumbat dengan bawang sesuka hati. Eh.

So sis jangan stop cuba berusaha. Allah nampak usaha sis. Doa aku, sis akan jumpa kebaikan dan istiqomah dalam mengamalkan ibadah lagi-lagi yang wajib, dalam kebaikan yang sis tengah sebarkan.

In sya Allah, one day sis. Kita sama-sama eh dengan cara kita sendiri. Yang penting, sis jangan berhenti cuba dan rahmat Allah tu sentiasa ada dan mencurah-curah untuk sesiapa pun.

Aku punya respon tak lengkap dan mungkin tak membantu sangat. Jadi sis, aku harap sesiapa yang respon lebih hebat dan bagus, sis ambik kebaikannya jadi sis pun dapat sebarkan kebaikan tu macam yang sis buat sekarang.

Keep going, sis. May Allah help you always and trust me, Allah is always with you.

Salam dari aku yang masih mencuba,

– Kenanga

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *