Kenapa Jodoh Tak Sampai-sampai II

Salam Rabu. Aku baru sampai ofis dan baru terbaca yang confession aku disiarkan malam tadi. Terima kasih atas kata-kata positive yang korang berikan. Aku tak sangka pulak dapat banyak like and share. Oleh itu aku nak clarify few things.

Pertama sekali korang jangan lah sumpah seranah adik beradik aku, diorang takda lah jahat sampai tahap syaitan ke apa. Doakan yang baik-baik. Mungkin tone confession aku semalam agak kasar kot. Ye memang diorang balik setahun sekali dan jarang telefon dan menghulur tapi rasanya banyak jugak kes-kes macam ni diluar sana.

Kalau hari-hari biasa rasanya takda hal sangat. Cuma hari raya lah kecoh sikit, ala macam iklan hari raya TM tu kot. Aku rasa macam “maid” sebab banyak sangat kerja kena buat. Hari-hari biasa ni aku tak kisah sangat. Setakat kemas rumah tu semua bukannya susah sangat pon. Confession aku semalam tertumpu pada musim raya.

Masuk bab didikan pulak, mungkin ada yang rasa mak bapak aku berlembut sangat sebab tu anak pijak kepala. Sebenarnya bapak aku ni tegas kot, badan aku ni biasa kena getah paip, tali pinggang sebab malas nak pegi sekolah agama. Bapak aku ni bilal kampung. Femes jugak dulu-dulu kejar anak-anak jantan dia keliling kampung dengan rotan sebab ponteng kelas mengaji. Cuma sikap takpa lah takpa lah tu bila diorang dah kawin dan beranak-pinak ni. Yelah kalau umur pon dah dekat 50tahun, takkan nak suruh bapak aku kejar dengan rotan lagi kan. Masing-masing ada otak boleh fikir sendiri. Dah cukup didikan agama, didikan dunia pon ada yang belajar sampai ke Jepun ke England sana. Hal rumah tangga kakak-kakak aku memang mak bapak aku tak nak campur sebab tak sesuai kata diorang. Yelah hari raya setahun sekali je tapi rumah tangga tu seumur hidup. Asalkan suami-suami diorang tak buat dajjal takpa lah. Commitment orang perempuan yang dah kawin ni lain dari yang solo, yang tu pon aku faham.

Masuk bab hibah pulak, belum buat lagi tapi bapak aku baru tanya-tanya dengan peguam sebelum bagi tahu anak-anak dia. Tanah rumah tu dulu ialah tanah peninggalan atuk aku, dia dah transfer kepada bapak aku. Adik-beradik aku dari yang sulung sampai ke5 ialah perempuan, bapak aku takut tetiba ada pulak pak-pak sedara yang menuntut bahagian yang tak sepatutnya. Kira just in case jelah. Tapi tak tahu pulak anak dia sendiri pulak yang menentang.

Abang aku tu tak dengar sampai habis, mungkin dia ingat bapak aku nak hibahkan kebun getah 10ekar kepada mak aku kot. Kebun getah tu bapak aku wasiatkan supaya dibahagikan sama rata antara anak-anak tak ikut 2:1 bahagian tu. Cuma tanah rumah dan rumah je nak bagi kat mak aku sebab risau takut-takut kena halau ke apa. Abang aku tu baru kena buang kerja, mungkin fikiran serabut ke apa. Mungkin dia nak balik kampung usahakan kebun getah tu agaknya. Kalau betul aku rasa eloklah jugak. At least ada orang boleh tengok-tengok kan mak bapak aku setiap hari.

Hari raya haritu tak sempat bincang apa-apa sebab semua dah banjir air mata. Bapak aku rancang nak buat kenduri raya haji ni. Nak panggil semua balik dengan menantu-menantu sekali. Nak bincang baik-baik. Mak aku pon umur dah 70tahun lebih, tah berapa lama je boleh hidup. Taknak lah anak beranak berpecah belah sebab harta dunia. Susah orang tua kat sana nanti. Masing-masing pon bukan takda harta sendiri, kak long aku 2,3 bijik rumah dia ada. Korang doakan yang baik-baik ye. Moga urusan kitorang dipermudahkan nanti. Moga harta dunia tak membutakan mata adik-beradik aku. Mungkin dah kena basuh dengan bapak aku haritu diorang dah insaf hendaknya.

Andai kata harta dunia membutakan mereka, korang doakan aku sentiasa kuat untuk membela mak bapak aku.

– Nini

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *