Assalamualaikum dan hi iium readers. Terima kasih admin jika confession ni disiarkan. Setelah sekian lama memendam, harini kuatkan hati nak menaip confession ni. Saya gadis berumur 23 tahun, bukan iium students, tinggal bersama keluarga dan masih bujang. Apa yg saya nk kongsikan disini mengenai mimpi2 pelik saya yg tinggal tanda tanya pd saya.
1. Mimpi pertama – saya dan adik beradik (abg, adik lelaki dan adik perempuan) saya sedang bermain badminton di tepi kawasan hutan. Tak jauh dari tempat kami bermain, ada beberapa ekor harimau sedang perhatikan kami. Saya dah rasa tak sedap hati tapi dlm mimpi tu abang saya hanya suruh saya abaikan haiwan tersebut. Tak lama kemudian harimau tu mengejar kami. Kami lari ke dalam hutan dan saya hanya sempat memengan tangan kanan adik lelaki saya. Tiba2 kami sampai di perkampungan dan saya meminta adik saya tunggu saya di satu rumah yg kami sampai ni dan saya ingin mencari adik beradik saya yg lain. Then saya masuk ke dalam rumah tersebut utk tinggalkan adik lelaki saya, saya nampak ramai penduduk kampung dalam keadaan ketakutan. dan saya nampak adik perempuan saya dalam tu. Dia dalam keadaan selamat tapi sedang sibuk beborak dgn kawan. Saya teruskan keluar dari rumah tu dalam keadaan takut terserempak dgn harimau tu. Tiba2, abang saya muncul dari satu arah dengan tangan yang kudung sebelah (berdarah). Tapi dia senyum dkt saya. And saya nampak mak saya datang dengan seorang budak yg saya tak kenal dan tiba2 ayah saya marah2 tanpa sebab. Once saya terjaga dari mimpi tu saya menangis teresak2 sebab terasa kan mimpi tu real. plus melibatkan family ni sensitive sikit hehe.
2. Mimpi kedua – mimpi kedua saya ni agak seram. Saya mimpi saya melihat sendiri jenazah saya diruang tamu rumah. Ramai orang keliling jenazah saya dan dalam mimpi tu saya sendiri seolah2 hidup dan org keliling memandang saya mcm biasa. Then tiba2 jenazah saya penuh darah dan meronta2. Orang keliling jadi kelam kabut dan tergesa2 menelefon van jenazah untuk sampai awal. orang semua dalam keadaan takut menunggu van jenazah sampai. Dalam mimpi tu saya seolah2 duduk disitu untuk melihat sendiri apa yang terjadi pada jenazah saya dari jauh. Bila terjaga tu saya terasa diri ni seolah olah berdosa sangat ke sampai dihukum mcmtu.
3. Mimpi ketiga – saya mimpi saya sedang berjalan dekat satu lorong gelap. Tiba2 saya nampak ada satu kereta kemalangan. Saya pon bergegas ke tempat kemalangan tu untuk membantu. And tiba2 pemandu tu keluar dan terus menikam saya dengan pisau. Darah keluar banyak dari perut saya. Saya pon trus berjalan and tiba2 sampai di hospital. Tpi dalam mimpi tu saya hanya memengang pisau diperut saya tanpa berasa sakit atau sedih.
Saya rasa cukup tiga mimpi ni saya kongsikan. Saya seolah olah dibayangi mimpi sendiri. Mungkin ada yg katakan kerana saya mempunya masalah. Ya saya akui saya memang memendam masalah tapi takde la masalah saya tu berkaitan dgn family, jenazah, darah dan benda2 horor ni. Saya juga menjaga kebersihan bilik saya. Saya tergerak untuk kongsikan cerita saya ni kerana lama2 memendam sendiri boleh buat saya tak selesa dan tertanya2. Nak diceritakan pada orang takut orang ingat saya giler pulak haha. Semenjak nov 2017, sampai ke harini saya masih dihantui mimpi buruk. Demi allah, semua mimpi2 ni memang saya alami dan saya tak berbohong. Saya mohon jika ada readers yg tahu sesiapa yg menafsir mimpi (mengikut panduan islam) untuk bantu saya. Atau apa2 cadangan yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan potensi terkena mimpi seperti ini. Maaf diatas kesalahan bahasa.
Sekian,
– Tocha
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit