Nasib Dressar

Assalamualaikum salam sejahtera kepada semua IIUMC reader. Ni 1st time aku hantar confession sini, selama ni hanya baca. Baik, confession aku berkaitan profesion aku, kalau boleh dipanggil profesion lah. Aku rasa paling sesuai, dipanggil pekerjaan. Kerja, dpt gaji. Sebelum aku pergi lebih jauh, aku kenalkan dulu apa benda dressar ni?

Kalau korang cari jawatan ni sekarang, tak jumpa dah nama ni, sebab nama ni dah hilang, yg ada sekarang, PPP atau penolong pegawai perubatan. Jawatan ni dah lalu macam macam transformasi, tapi kebanyakannya tukar nama lah. Dari segi lain lain, tak banyak. Juga dulu dikenali sebagai pembantu perubatan, atau Medical Assistant, pembantu rumah sakit, HA, Senang cakap, panggil MA je senang. Pakaian mereka kat hospital, baju lengan pendek warna putih, seluar hitam. Pakai tie. Orang kata drebar teksi, pemuda umno, dan macam macam.

Kenapa aku pilih tajuk “nasib dressar”? Ok, ini aku nak cerita. Siapkan keropok.

MA ni, kerja dia, hampir macam doktor la. Malah dalam kebanyakan masa, masyarakat tak boleh beza pun. Pergi klinik, ada yg MA rawat, lepas siap, masyarakat cakap, “terima kasih doktor”. Pergi ambil orang eksiden tepi jalan, orang ingat doktor. Potong bebird budak budak, org ingat doktor yang buat, jahit luka korang, orang ingat doktor. Tu semua MA lah yang buat. Tapi macam biasa, lembu punya susu… Sila sambung.

Pekerjaan ini, ikut pengalaman dan pendapat aku, semakin hari, semakin “tak masuk akal”. Senang cakap lah, semakin macam macam.

Korang tahu tak, apa kerja yang ada kat hospital, klinik itu, MA boleh buat, dan kebanyakan masa, memang dipertanggungjawabkan kpd mereka. Kira king of multitasking, sampai jawatan ni sinonim dgn perkataan “Jack of All Trades,master of none”

Rawat orang sakit, cuci luka, kemalangan, naik turun ambulan 24jam ,belah mayat, hulur alatan kepada doktor, pakar, time operate, pasang simen patah patah tulang, ambil darah ,sampel urine,jaga orang gila,mengadap pesakit maki maki,itu hanya 1% daripada tugas yg berlambak.

Lagi? Lampu klinik, hospital, terbakar, MA kdg2 dipanggil lebih lebih lagi kalau kat klinik lah. Komputer rosak? Tombol pintu rosak? Siling bocor? Network komputer tak ok? Anjing masuk klinik? Orang gila mengamuk? Penagih dadah mengamuk dalam kawasan klinik? Orang eksiden setiap jam? Malah sampai 1 tahap, budak kena rasuk, dibawa ke klinik, MA juga disuruh uruskan. Pendek kata, apa tugas kat klinik, hospital tu, kemungkinan besar, MA boleh buat atau mmg itu dijadikan tugasan dia.

Aku ada senior aku dulu, jadi one man show kat klinik dia, pesakit datang, dia daftarkan, lps daftar, dia rawat, siap dia boleh x ray lg sebab ada kursus pendek dulu bidang ni, siap semua, nak ubat, dia boleh bagi. Sangat sangat besar skop tugas MA ni, bagus ke tak bagus?

Tak bagus sebenarnya. Selain tak bagus kepada masa depan, juga tak bagus kepada pengurusan pesakit. Goverment memang seronok la, 7 atau 8 tugas yg perlu digaji kepada org lain, dapat dijimatkan, diberi kepada MA sahaja yang dibuat, dengan hanya membayar 1 gaji. Tapi azabnya, MA lah.

Mereka bekerja dalam keadaan tertekan. Dah beberapa orang dah kawan aku yang sekarang dirawat sebagai pesakit psikiatri. Sebab tekanan kerja.

Dalam kementerian kesihatan, govt hanya pedulikan nasib doktor. Doktor penat, stress semua tu akan dipandang. Ini fakta. Golongan bawahan macam MA ni, minta maaf cakaplah. Kau bersuara, dihentam, merungut disuruh berhenti, diam sampai tertekan.

Golongan MA ni, diperkudakan sehabisnya. Kalau govt sebelum ni, dengan pelancaran klinik 1malaysia, yang menjaga klinik ini, MA lah. Kerja 12jam sehari, dulu pernah langsung tak disediakan waktu rehat even untuk solat jumaat. Tak payah terkejut. Kalau kata aku tipu, sila tanya MA MA pioneer klinik ini.

Sekarang dengan kerajaan baru, klinik ni dipandang jijik, sebab bunyinya “1malaysia” yg penuh kontroversi tu. Maka, segala jasa MA ni bakal hilang sebegitu sahaja. Sebelum ni pun, MA ni dihina sebab “klinik tiada doktor, hanya pembantu rawat”. Siap dijadikan modal politik. Bak kata pepatah, habis madu, sepah dibuang.

Yang dipedulikan, doktor. Tukarlah kerajaan bila bila masa pun, golongan doktor walaupun kerja mereka stress dan penat, namun suara mereka, didengari. Suara orang bawah, seperti mana nama pun bawah, memang tidaklah.

Mesti korang akan kata tak bersyukur. Dah ada kerja, ada gaji, bising lagi. Kerja orang lain lagi teruk. Aku dah tahu semua tu. Nasihat aku, jangan samakan semua orang. Lain orang, lain susah dia. Ni kesusahan kami.

Aku tulis sini pun, bukan apa. Manalah tahu kot kot menteri kesihatan baru ni akan baca. Takde la asyik jaga doktor je. Doktor stress, boleh lari ke swasta, gaji besar, atau buka klinik sendiri. Kami MA ni stress, kang ada yang bertumbuk dengan pesakit yang biadap atau muka doktor sendiri ditumbuk.

Kalau korang kata, semua kerja penat, semua kerja stress, aku nak bagitau, aku sebelum jadi MA ni, macam macam kerja pernah buat. Aku pernah jadi operator kilang, penatnya, fizikal penat, otak tak. Balik kerja, rehat tak fikir kerja. Pernah jadi kelindan lori, badan penat, tapi otak tak.

MA ni, otak penat, badan penat. Balik rumah pun, kerja ikut. Kau tanya golongan yang terbabit “oncall”.
Ini lg zalim. Oncall ni, kau macam dipenjara, diarah bekerja, tapi bayaran hanya akan dibayar, kalau ada kes seperti kemalangan dan sebagainya. Kalau tiada, kau standby percuma selama seminggu atau lebih, tanpa boleh kemana mana, hatta nak buang air besar pun, telefon kena bawa. Tengah tidur boleh dipanggil. Standby 24jam, kemudian esoknya 8am, kerja seperti biasa. Selepas 5pm, standby sehingga 8am esok. Ulang selama seminggu atau lebih.

Yang jiwa tak kuat, pasti akan stress dan membawa depress. Tekanan fizikal dan mental siap ada yang rumahtangga jadi galang ganti. Oh ya, aku terlupa nak bagitau, kerja 14jam sehari, atau busuk busuk 12 jam tu sangat sangat biasa dgn kami ni. Sebab kekangan staff. Bila penat, mudah buat silap dalam perawatan, bila buat silap, hukuman menanti.

Oklah, confession ni dengan harapan, pak pak menteri tu kalau baca, mohon ada sedikit hati perut lah. Kami tahu, kat malaysia ni, kalau yg kaya, akan terus kaya, yg berpangkat, akan sentiasa dijaga. Tapi mohon tengok tengok sama yang tak berpangkat ni. Sebab kami ni, golongan bumi tak pijak, langit tak jejak. Tengah tengah.

(Kepada kawan sejawatan, janganlah macam acah acah bagus, anggap ini negatif, rungutan. Usah berlakon seolah olah kerja ni tiada masalah.)

– MA Sopi Zombie

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *