Assalamualaikum semua and thanks to admin sebab approve. Tengok tajuk pun dah tahu apa masalah aku kan? Okay straight to the point. Aku umur late 20’s dan masih single. Aku rasa aku ada problem bisexual ni dari kecik lagi iaitu tertarik kepada lelaki dan perempuan. Kenapa aku cakap problem? Sebab benda ni tak normal dan aku tak nak pun. Aku perempuan tapi kadang2 aku macam ada perasaan jugak pada sama gender. Allahu dugaan sangat. Sebab kau tahu benda ni salah dan kau tak patut pon ada perasaan macam ni sebab ia melanggar fitrah manusia!
Korang jangan cepat jatuhkan hukum pada manusia macam ni. Masing2 ada dugaan yang berbeza. Kita takkan pernah tahu macam mana orang lain struggle untuk berubah jadi manusia yang lebih baik. Aku pun lama jugak kumpul kekuatan untuk post kat sini. Macam aku ni mula-mula tak tahu pun apa benda bisexual ni. Entah macam mana satu hari tu aku ada terbaca atau terdengar pasal bisexual. Lepas tu aku google. Naah, apesal macam sama plak dengan apa yang aku rasa. Start dari situ baru aku tahu wujudnya term bisexual.
Untuk pengetahuan semua, alhamdulillah aku dibesarkan dalam keluarga yang serba sederhana. Dapat ilmu agama cukup. Solat 5 waktu, mengaji almost everyday tapi kadang2 culas jugak. Tutup aurat semua. Belajar tinggi. Tapi bila diuji dengan perasaan yang tak normal ni kadang2 ia sangat menyesakkan. Bila duduk kat hostel atau rumah sewa, aku akan cuba buang perasaan tu jauh2. Takut dengan Allah dan takut kawan2 akan lari jauh daripada aku.
Aku cuba perbanyakkan amal, dekatkan diri dengan Allah sebab ujian pun datang dari Dia, so Dia lah tempat aku mohon pertolongan. Aku berharap sangat perasaan ni dapat aku buang jauh2 sebab ia melanggar fitrah dan Allah melaknat perbuatan songsang macam ni. Tapi aku yakin setiap dugaan yang Allah bagi akan beserta dengan hikmah yang tak mampu kita bayangkan dek akal. Mungkin Dia nak aku selalu dekatkan diri denganNya. Dia nak aku selalu merintih dan berdoa minta ditunjukkan jalan yang lurus dan dijauhkan dari benda2 songsang macam ni.
Kalau ada antara korang yang punya masalah macam aku, please jangan give up untuk berubah. Jangan layan perasaan tu. Jangan layan benda2 yang boleh lead kau untuk kekal jadi macam ni. Jangan layan porn, jangan melan***. Aku cakap berdasarkan pengalaman sendiri. Kena set dalam kepala macam mana kalau aku mati dalam keadaan diri dipenuhi dengan maksiat dan belum bertaubat. Allah tak tengok hasil tapi dia tengok usaha kau. Aku nak cakap panjang2 pun aku bukannya ahli. Hidup aku jugak penuh dengan dosa. Cuma aku sedih sangat bila jumpa golongan pengkid dan lesbian yang terang2 buat dosa. Tu belum lagi kes gay dan mak nyah. Aku dulu kerja kat KL so aku banyak terjumpa dengan golongan macam ni. Dunia dah tenat sekarang. Aku tak salahkan dorang 100% sebab kita tak tahu apa yang dorang lalui dari kecik. Mungkin dorang cuba nak berubah tapi tak kuat. Tapi yang jenis melayan perasaan songsang ni tanpa rasa bersalah aku harap korang akan terbuka hati untuk berubah suatu hari nanti. Kita takkan mampu untuk berubah kalau kita tak mulakan step pertama untuk berubah. Ni quote yang aku ambik dari somebody.
Sebenarnya tujuan aku tulis confession ni pertama sebab nak bagi moral support bagi golongan yang punya masalah sama dengan aku dan nak bagitau korang bukan sorang2 dalam jihad melawan nafsu, dan yang kedua sebab nak minta pendapat korang ada lagi tak cara lain untuk buang perasaan tak normal ni sebab sampai sekarang aku rasa problem aku belum lagi settle. Aku rasa maybe dengan cara berkahwin dapat settle kan masalah ni. Tapi buat masa sekarang maybe jodoh aku belum sampai. Takpe lah, jodoh kan rahsia Allah. Aku harap korang doakan aku untuk terus kuat melawan dan buang jauh2 perasaan ni. Aku nak hidup normal macam korang.
Terima kasih membaca.
– Miss Universe
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit