Assalammuailakum semua.Thanks to admin sebab sudi approve.Hi,sy Rena.Umur 28 tahun.Baru-baru ni genap setahun usia perkahwinan saya & suami.Dah lama saya nak share menda ni tapi sy tak yakin ada ke orang sudi nak baca dan hadam cerita sy ni.
Saya dan suami kami sama2 TTC (try to conceive).Tahun ni kami 1st time beraya sebagai suami isteri.Alhamdulillah dapat merasa peluang beraya dengan kedua ibubapa & mertua.Walaupun usia perkahwinan sy baru setahun jagung,kadang-kadang terlintas di hati teringin nak merasa ada anak sendiri.Tipu la kalau saya cakap saya tak cemburu tengok kawan2 saya baru sebulan kahwin dah “lekat”. Ada tu,kahwin sama tarikh dengan saya,tapi pregnant dah.
Kenapa saya cakap untung kita ni jadi hamba Allah?Kalau semua perasan @ pernah terlintas,ada kawan2 kita tu,solat selalu tinggal,tapi Allah kurniakan dia rezeki ada bisnes sendiri,takpun kehidupan tak pernah susah tapi Allah masih beri dia merasa peluang untuk ada anak sendiri.Ada tu yang jenis sosial suami isteri,mengamalkan pergaulan bebas tapi Allah bagi juga rezeki merasa untuk mengandung.Memang kita sebagai manusia akan timbul perasaan tidak adil dalam diri tapi percaya lah sekiranya kita masih percaya Allah itu ada,semua akan dipermudahkan.
Saya sendiri,cuba istiqamah untuk solat 5 waktu even ada juga yang terbabas kadang2 tapi masih tak putus doa tapi Allah “hold” dulu dari ada anak.Segala petua mak nenek yang orang share dekat FB @ blog, semua saya dah buat.Ada tu suggest sy untuk minum jus kunyit la,air akar kayu la,makan folic asid la,semua sy dah pernah cuba.Tapi sampai sekarang masih belum ada rezeki.Pernah sy jumpa beberapa kawan,ada yang cakap tak elok minum jus kunyit,air akar kayu tu semua sebab buat rahim kita panas.Tapi tu la badan manusia ni lain2 sebab ada kawan tu elok je pregnant bila minum menda alah tu.Bila orang dah ckp gitu,sy pun stop minum semua benda sebab kalau boleh tak nak ada side effect akan datang.
Untungnya manusia tu lagi bila dia suami isteri tak pernah rancang untuk tentukan berapa jumlah bilangan anak tapi Allah still beri rezeki tu tanpa diduga.Kadang2 pernah rasa diri sy sendiri yang bermasalah sebab tak nak suami rasa macam yang sy rasa.Even Siti Nurhaliza pun 11 tahun menanti kehadiran cahaya mata.Subahanallah begitu hebat aturan Allah sedangkan Siti lebih dari mampu dalam segala segi tapi Allah hadirkan kehadiran cahaya mata tu pada waktu yang sangat tepat.
Walaupun sy dan suami masih tidak dikurniakan lagi anak,tapi Alhamdulillah kami dapat duduk rumah sendiri even masih menyewa.Ada kawan sy tu,dari mula kahwin sampai anak dh masuk 3 still menumpang rumah keluarga.Untung kita jadi hamba Allah sebab Allah begitu adil dalam menentukan rezeki hamba-hambaNya.Nikmat apa lagi yang engkau mahu dustakan?
Sy sendiri seorang part time baker & masih bekerja makan gaji sampai hari ini rasa bersyukur sangat dengan segala rezeki yang Allah beri.Walaupun masih tidak berpeluang ada anak sendiri lagi,rezeki sy dlm bakery seperti tidak dijangka.Sy bersyukur sebab kebanyakan duit hasil jualan kek,sy dpt membayar bulanan kereta selain dari byrn bil2 rumah & sebagainya.Duit gaji setiap bulan sy dapat simpan untuk kegunaan apabila kecemasan.Sy pernah niat dalam hati sekiranya ada duit lebih memang nak bantu suami sebab faham suami bergaji kecil.Alhamdulillah Allah permudahkan.
Siapa yang masih TTC macam sy dan suami tersangat la memahami apa yang saya rasa sekarang.Sy bersyukur sebab dikurniakan keluarga+keluarga mertua yg faham situasi kami suami isteri.Diaorg tak pernah tanya bila kami nak ada anak sebab diaorg percaya rezeki,ajal dan maut semua dh ditentukan sejak di Luh Mahfuz lagi.Sy juga bersyukur Allah kurniakan suami yang cukup memahami.Suami sy sendiri selalu bagi kata-kata semangat dekat sy.Yela kdg2 dia boleh nampak air muka isteri dia berubah bila kami sama2 lepak dengan kawan2 yg dah ada anak.FYI,suami sy sangat sporting bila dia sendiri ajak sy pergi klinik untuk cek kesuburan.Nak ikutkan dh lama sy pendam sebab sy malu nak bersuara tapi tak sangka suami yang mulakan.
Sy berharap coretan sy ni tak mengguriskan hati mana-mana pihak sebab yg ni adalah luahan hati sy semata-mata.Sy berharap korg dapat mendoakan supaya saya dapat merasa untuk mengandung macam perempuan lain.Terima kasih sudi membaca.
– Rena
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit