Assalamualaikum, hai semua.. aku penulis yang sama untuk kisah Pengemis Kasih Si Anxiety. Kali ini, aku cuma sekadar ingin meluahkan apa yang terbuku di hati tentang apa yang aku lalui sekarang ini. Aku tersepit.
Depression+ stress + anxiety disorder (panic attack) + punca yang aku terpaksa hadapi untuk waktu ini tidaklah mudah pada usia aku masih terkapai-kapai mencari identiti diri di usia awal 20an ni. Aku Masih tersepit dalam keadaan kesihatan mental dan jiwa aku yang sedang tidak stabil dek kerana penyakit yang datang menguji setelah berbelas tahun aku memendam apa yang terjadi dan berulang kali aku hadapi serta perasaan ayah aku. Seperti yang aku pernah sebut seblum ini, aku melalui liku2 menjadi anak yang didera secara mentally tanpa parents aku sedar. Aku menjadi mangsa keadaan untuk mereka melepaskan perasaan marah terhadap adik beradik aku yang lain. Dan bila yang membuat perangai pulang ke rumah, seolah2 semuanya baik2 saja seakan2 tiada apa yang terjadi. Padahal, akulah yang menanggung segalanya dan keperitan itu kutanggung sendirian.
Oleh sebab aku selalu menjadi mangsa keadaan, aku menjadi trauma terhadap bunyi yang kuat, aku takut mendengar suara ayah dan ditambah takut walaupun cuma nak lalu sebelah ayah. Aku takut. Aku takut kalau waktu tengah jalan tu tiba ayah perli2 aku sehingga aku tak dapat bezakan mana yang baik dan buruk dalam ayatnya itu. Aku pernah beberapa kali kena tengking sebab kakak2 aku buat hal. Aku pernah difitnah atas asbab yang tak pernah aku lakukan.
Kerana pendiamnya aku ini memendam berjuta rasa, sangat jarang memberontak tidak seperti adik beradik yang lain. Aku tak pandai melawan cakap orang tua. Aku tak pandai nak backup diri kalau dengan orang tua walaupun orang tu salah. Aku takut terbiadap. Aku terlalu hormatkan mereka dan aku berusaha menjadi anak yang baik sehingga aku turutkan semua yang parents aku suruh walaupun akhirnya aku pasti menjadi mangsa lagi dan lagi , dan akhirnya aku menderita seorang diri. Aku seperti span. Menyerap semuanya tanpa bantahan. Dan ya. Aku memang anak yang lurus. Menurut kata tanpa banyak cerita.
Sejak sebulan lebih doktor sahkan tentang penyakit yang sebenarnya aku dah alami selama bertahun2 ni, aku memilih untuk memendam lagi rahsia ini. Aku takut kalau parents aku tahu aku ada gangguan mental, depresi, mereka tidak memahami keadaan aku dan membuatkan aku lebih parah sehingga aku tak mampu control diri dan menyakitkan perasaan mereka.
“Kau je terlalu fikir sangat. Tak ada apa pun sebenarnya.”
Kata2 itu merupakan ayat lazim sehingga aku dah boleh hafal kata2 yang bakal keluar dari mulut mereka. Pada mereka memang tidak ada apa2. Aku rasa hati dan otak aku sudah penuh waktu ini. Aku tak mahu mereka menganggap aku menyalahkan mereka atas ujian yang Allah beri ni. Demi Allah. Kalau aku nak menyalahkan mereka, sejak dari awal lagi aku dah menjadi anak derhaka yang memberontak dan aku luahkan semuanya dari A to Z apa yang aku pendam selama ini. Tapi tidak. Aku terlalu sayangkan mereka. Mereka adalah ibu bapa yang Allah hadiahkan kepada aku. Seteruk mana yang pernah aku lalui, aku percaya janji Allah itu pasti. Allah sentiasa bersama orang2 yang bersabar.
Waktu ini, aku mengasingkan diri dan berkurung dalam bilik. Takut untuk bertemu dengan ayah apatah lagi jika ayah bersuara walaupun mungkin dia cuma ingin ajak berbual. Waktu ini, aku masih tidak stabil dan mencari cara untuk kembali stabil. Di hati aku masih besar perasaan takut. Even nak pandang muka pun aku tak berani. Aku juga takut aku terlepas cakap dan akhirnya ayah aku tahu yang aku sedang sakit sepertimana aku terlepas cakap kepada ibu aku kerana ibu sangat2 memaksa sehingga aku jadi tak stabil dan terluah segalanya.
Waktu ini juga, ayah meluah rasa kepada ibu. “Ayah Sedih sebab anak2 tak nak tegur2 bercakap dengan dia. Buat dia macam tidak wujud.” Ibu pula berterusan push aku supaya mengalah dengan ayah, bercakap dengan ayah. Aku bukan tak nak. Tapi aku trauma. Aku takut.
Aku menangis sepuasnya weh. Aku tahu ayah sedih sebab aku tak nak bercakap dengan dia. Better than aku terlepas cakap sebab aku jenis yang terlalu jujur. Tapi aku juga sedang gigih berlawan dengan diri aku sendiri . Sakit weh keadaan ni. Aku tak tahu apa patut aku buat. Aku tak punya pilihan. Either balik tempat belajar awal dan pergi rawatan sendiri di hosp atau tak bercakap untuk elakkan lagi teruk aku kena. Aku rasa nak cepat2 pulang ke universiti untuk jauhkan diri dan pergi jumpa doktor biar cepat2 sembuh. Aku just nak tahu macam mana nak control dan berdepan. Aku perlukan sedikit waktu lagi. Sedikit waktu lagi untuk aku jumpa jalan keluar tanpa menyakitkan hati parents aku.
Buat pembaca, aku mohon doakan aku supaya Allah kurniakan aku jalan keluar. Mana tahu ada doa di antara kalian yang Allah dengar dan angkat. Aku tak sampai hati nak buat parents aku berkecil hati.
Ayah, ibu. Ketahuilah anak kalian ni sedang berlawan dengan penyakit dan dalam pada yang sama berusaha untuk menjaga hati kalian. Mohon sangat sangat anak kalian merayu. Please,, beri sedikit waktu lagi untuk diri ini sembuh. Haura nak sembuh. But it take times Please.. haura merayu..
– Si Bongsu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit