Fobia

Assalammualaikum dan salam sejahtera korang semua, saya Nurul (Bukan Nama Sebenar). Berusia dalam lingkungan 20-an. Itu sahaja yang boleh saya ceritakan serba sedikit berkenaan diri. Mohon maaf sekiranya penulisan saya kurang baik kerana tidak pandai mengarang ayat.

Soal tajuk yang saya nak sampaikan ialah Fobia. Fobia tentang apa? Baik, saya nie sememangnya dikelilingi oleh kawan2 yg berkahwin awal dan kebanyakan daripada mereka banyak masalah dalam rumah tangga sehingga bercerai-berai di usia muda. Saya sebagai kawan tentulah sedih dan berharap mereka menemui kebahagian kelak.

Saya sememangnya tidak pernah bercinta dengan mana2 lelaki dan memang jenis orang yang suka habiskan masa bersama keluarga dan rakan2 wanita sahaja. Jadi, bila meningkat usia saya mula terfikir tentang jodoh yang saya memang tidak pernah ambil kisah.

Bila saya melihat kawan2 saya banyak yg ada masalah dalam rumah tangga sehingga cerai-berai membuatkan saya fobia untuk bercinta dengan lelaki tambah2 untuk menjadi pendamping hidup. Sekarang pula banyak kes bunuh kekasih disebabkan beberapa sbb yg x masuk akal menbuatkan saya lagi fobia untuk rapat dengan seseorang lelaki. Takut tersalah pilih. Hehhehhe Saya jujur memang malu bila berhadapan dengan lelaki dan kurang bersembang berkenaan yg bukan melibatkan hal pekerjaan. Mungkin sejak bangku sekolah lagi saya memang kurang bercampur dengan lelaki sbb itulah saya tidak tahu nak bersembang dgn mana2 lelaki. Saya pernah mencuba utk bercakap perkara selain kerja tetapi mcm tak kena ja cara saya. Hahahaahah saya rasa sedang menemuduga seseorang pulak.. Yela kita kan nak serius ja dan takut orang tu jahat kan. Hahahaha

Saya memang tidak ada pengalaman yg tidak elok dengan lelaki tpi bila melihat kepada sekeliling kita yang membuatkan kita takut kalau jadi pada diri sndiri.. Kawan saya ada yg diceraikan sewaktu mengandung… Ditumbuk kekasih untuk kesalahan yg kecik.. Bayangkan umur kawan yg masih muda sudah menghadapi dugaan sedemikian. Saya cakap awal memang tidak mampu kawal situasi sebegitu. Sebabtula bila dah selesa berkawan dengan seseorang lelaki mulalah memikirkan perkara yang bukan2 terfikir masalah kawan2 dan akhirnya saya membuat keputusan untuk menjauhkan diri dan perasaan itu akan hilang dengan sendirinyaa. Itu maknanya kami memang tidak berjodoh. Huuhuhu

Saya tidak pasti sama ada masalah fobia saya nie adalah sesuatu penyakit ataupun sebab terlalu terikut dengan perkembangan masa yg banyak mendedahkan benda2 yang tidak sihat di alam rumah tangga. Saya berharap masalah fobia saya ini dapat dikawal. Kadang2 orang anggap saya lesbian sbb x bercampur dgn lelaki langsung. Hahhaaa lawak betul. Saya tidaklahh sampai ke tahap itu. Saya berusaha juga mencari jodoh tapi masih dipenuhi perasaan takut dan fobia untuk kenal lelaki dengan lebih rapat.

Terima kasih sekirannya publishkan cerita saya dan juga kpda yg membacanya. mana tahu ada orang yg pernah alami dan sekarang telahpun berkahwin dan bahagia bersama yg tersayang. Bolehlaa berkongsi tips. Hehehehe. Wasalam.

– Nurul

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *