Assalamualaikum. Saya memerlukan pendapat org ramai berkenaan keputusan yg akan saya lakukan ni.
Serba sedikit latar belakang saya. Saya ada 6 org adik beradik, dan hanya saya seorg perempuan. Saya anak yg tengah. Arwah Ibu saya dari saya kecil menghidap masalah mental membuatkan beliau tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai ibu. Arwah Ayah saya mempunyai beberapa org isteri jadi beliau terlampau sibuk dengan hal peribadi beliau hinggakan jarang berada dirumah atau mengambil tahu hal anak-anak.
Nasib malang saya bermula bila saya menjadi mangsa rogol oleh abg saya. Akibat takut sentiasa dipukul, saya tak berani melawan, lagipula ketika kecil saya tak berapa faham apa yg sedang dilakukan, apa yg saya tahu saya tak suka perasaan tersebut. Ini membuatkan saya menjadi seorg yg murung dan menjauh dari org ramai bermula dari sekolah rendah hingga menengah. Kerana ini juga saya menjadi mangsa buli di sekolah (kerana ibu saya sakit mental@gila, kerana saya miskin, juga kerana saya pendiam tak berani melawan).
Semua yg terjadi menjadi trauma yg masih susah utk saya hilangkan walaupun saya telah masuk ke alam pekerjaan. Saya telah menolak byk lelaki yg ingin menjadikan saya isteri kerana saya takut jika mereka tahu saya bukan dara, dan perit bagi saya utk meluahkan segalanya pada org yg baru saya kenal. Sedangkan mereka yg kenal saya berpuluh tahun pun belum tahu kisah silam saya.
Titik yg lebih hitam terjadi ketika saya internship. Saya telah jatuh cinta pada seseorg yg saya andaikan dia akan menjadi pelindung dan menyelamatkan saya. Namun ternyata dia telah memaksa saya utk tidur dgn dia lalu menjanjikan perkahwinan. Sumpah itulah keputusan paling bodoh dlm hidup saya. Percaya pada seseorg. Setelah habis menggunakan saya dia telah berkahwin dgn org lain.
Saya menjadi sgt takut utk percaya pada sesiapa. Saya merasakan saya tak layak utk sesiapa, saya rasa hina, dan saya tak tahu sama ada saya ada peluang utk bahagia di dunia ni.
Hinggalah saya berjumpa S. S seorg yg baik dan menghormati saya. Setelah percaya pada dia, saya telah menceritakan perkara yg sebenar kerana saya tak mahu menipu untuk bahagia. Dan gembiranya saya bila dia ikhlas menerima saya dan ingin melindungi saya. Dia tak pernah mengambil kesempatan pada saya. Malangnya wali saya tak menerima keputusan saya. Wali saya adalah abg sulung saya. Alasan yg diberikan adalah abg sulung saya mahukan org melayu juga. Dia tak mahu sesiapa selain melayu, walaupun islam. S berasal dari pakistan.
Mungkin ada yg akan katakan bahawa pakistan hanya ingin mempergunakan saya. Saya bukan bodoh lagi utk ditipu, kali ni saya siasat betul2 sebelum percaya pada beliau. Beliau tak minat berniaga, jd tak mgkin beliau akan gunakan nama saya. Beliau bekerja sebagai engineer. Beliau bahkan tak mahu menetap di malaysia. Ikut perancangan slps kawin kami akan ke pakistan atau mungkin ke german kerana tawaran kerja. Beliau juga belum berkahwin kerana saya telah berkenalan dengan beberapa ahli keluarga beliau. Dan saya uji beliau dgn berbagai2 ujian utk melihat kejujuran beliau, dan beliau lulus. Agama beliau juga lebih bagus dari kebanyakan lelaki melayu yg pernah saya jumpa.
Jadi PERSOALAN UTAMA di sini adalah, saya tak tahu macam mana hendak meyakinkan abg sulung saya utk menjadi wali saya? Saya tak boleh hendak menceritakan segala penderitaan saya pada beliau. Saya pernah berfikir tentang kahwin di thailand, tapi saya tak mahu membelakangkan keluarga, walaupun saya tiada ibu bapa. Perlu ke saya membujang hingga tua? Saya pernah cuba izinkan beberapa lelaki melayu untuk berhubung dgn saya melalui mesej tapi bagi saya kebanyakan lelaki melayu yg mendekati saya hanya ingin mengambil kesempatan. Dan saya percayakan S.
Bahkan kawan rapat saya sendiri mencadangkan saya utk berkahwin dgn S walaupun kawan saya tak tahu kisah silam saya, kerana kawan saya nampak bagaimana adik beradik saya memperlakukan saya. Sejujurnya saya cakap, walaupun hanya saya seorg perempuan, adik beradik saya tak pernah mengambil berat tentang saya. Mereka hanya cari saya bila perlu duit atau sesuatu. Bila saya sakit atau susah saya selalu seorg diri. Pergi hospital pun seorg diri.
Apa yg perlu saya lakukan? Saya tak minta banyak. Saya hanya ingin bahagia.
– AkuInginBahagia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit