Assalamualaikum.
Nama aku Nur. Aku berusia 34 tahun. Aku seorang janda beranak dua. Dah empat tahun aku menjanda. Tiada suami bergantung harap atau mengadu segala kesulitan aku. Buat pengetahuan semua, aku menjaga kedua-dua anak aku. Yaa agak sulit dan sukar dengan duduk di ibu kota anak yang sedang membesar dan memerlukan perhatian. Tapi aku bersyukur. Aku duduk bersama orang tua aku. Dan menumpang di rumah kakak aku.
Anak yang sulung sudah bersekolah. Berumur 12 tahun. Dan tentang dia lah aku hendak cerita. Dia anak yang baik. Anak yang mendengar kata. Anak yang sering menjadi kekuatan aku. Tapi dia anak luar nikah. Yaa. Anak luar nikah. Aku mengandungkan dia ketika aku berusia belasan tahun. Ketika bertemu dengan ayah dia, aku memang seorang yang kekurangan perhatian dan kasih sayang dari keluarga aku. Mak dan abah berpisah masa umur aku sekolah rendah. Berjumpa dia. Dan dia sangat membahagiakan aku. Dan kami terlanjur banyak kali. Aku ada meminta untuk bernikah. Tapi ibu bapa masing-masing menolak kerana aku masih belajar. Tapi setelah aku termengandung. Apa pilihan yang mereka ada. Aku terpaksa dinikahkan juga dengan bekas suami aku sekarang.
Anak aku lahir berbintikan abdullah. Dan sampai sekarang dia berbintikan abdullah. Di sekolah, anak aku dilayan seperti orang lain. Tapi dari awal persekolahan aku jarang involve dalam hal dia kerana “MALU”. Ya, aku malu. Malu mengaku aku buat dosa yang paling besar dalam hidup aku. Aku takpernah pergi ambik report card dia. Kerana malu. Aku tahu tu salah aku. Tapi aku cuba untuk bahagiakan dia dari sisi lain. Aku keseorangan uruskan semua ni. Kerana lepas berpisah aku pindah negeri berlainan dengan bekas suami.
Tapi ada seorang anak yang luar nikah memang banyak perkara aku pendamkan. Dia pernah naik ke pentas dan ambik hadiah. Aku hadir dan mengambil gambar. Tapi aku dipandang sinis. Kerana ada sebahagian mengetahui kisah anak aku. Dan, aku berdoa, biarlah tiada lagi dia naik ke pentas dari dia dipandang hina oleh orang lain. Aku tak sanggup dia dipandang sebegitu kerana dosa masa silam aku. Semua itu aku tak boleh perbetulkan.
Aku tak pernah lagi berfikir. Bagaimana aku nak cerita pada dia. Kenapa dia berbintikan abdullah sedangkan adik adik dia berbintikan ayah sebenar mereka. Padahal mereka dari benih yang sama. Aku tak sanggup. Tak tau nak hadap macam mana kekecewaan dia. Dia anak yang sangat baik. Anak yang sering beralah, sering menjaga hati aku. Tapi, atas dosa aku terpalit sekali pada dia.
Aku harap, aku ada kekekuatan untuk bercerita dan terangkan pada dia, dia tak berdosa, aku yang berdosa kerana lalai dan kecundang atas nikmat dunia. Aku sedang cuba baiki diri sendiri, aku sedang cuba kuatkan diri sendiri nak hadap segala cabaran yang ada. Kepada girls di luar sana, mohon jangan jadi macam aku. Mohon berfikir secara rasional. Aku tak mintak jadi macamni. Tapi ni dosa aku. Ni khilaf aku. Aku kena bawak dosa aku sampai mati. Dosa aku pada Allah aku boleh mintak ampun. Dosa aku pada anak kandung aku sendiri, aku tak tau dia maafkan ke tak aku.
Cuma aku harap suatu hari nanti, aku boleh slowtalk dengan dia, dan boleh lah aku terangkan segalanya. Sebelum dia meningkat dewasa. Sebelum dia lepas bebas di alam fantasi masa remaja. Doakan aku guys. Aku takde siapa nak kongsi rasa hati aku. Kerana aku malu atas dosa aku selama ni. Tapi aku sedang cuba berubah untuk kehidupan lagi baik. Semoga Allah ampunkan dosa aku. Dan semoga anak aku dilembutkan hati untuk memaafkan aku.
Sekian. Wassalam.
– Nur
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit