Assalamualaikum semua,
Terima kasih admin sudi published confession saya ni.
Hari ni saya nak cerita pasal isu monyet.
Monyet? Kera? Biasanya orang anggap mereka ni haiwan perosak dan sering dijadikan sasaran untuk dibunuh dan didera. Kalau kat malaysia kebanyakkan nya dari spesis M. f. fascicularis. Disebabkan kera dan monyet ni mudah membiak dan tahap survival tinggi kepada persekitaran baru lebih2 lagi pada kawasan kejiranan manusia. Hal ini dilihat enteng di mata manusia.
Saya rasa kecewa, bagaimana kaedah pengurusan habitat baru ( disebabkan pembinaan, pertanian) untuk haiwan-haiwan liar ini sehinggakan mereka terpaksa untuk survive demi kelangsungan hidup.
Bukan saya tidak pernah berdepan dengan situasi ganas, menyakitkan hati dan juga aksi-aksi bukan2 yang ditunjukkan monyet ini. Tapi sebagai manusia, perlulah berfikir setiap perbuatan ada sebab dan akibatnya.
Ada satu peristiwa yang sangat meruntun hati saya, bagaimana apabila Monyet2 ini kelam kabut melarikan diri apabila mendengar bunyi jentolak.. Tidak pernah saya lihat riak wajah mereka yg sangat ketakutan, sedangkan mereka ini terkenal dengan riak selamba, dan menggerunkan.
Tolonglah wahai manusia, bakal petani, bakal pemaju rumah, bakal teknologist dan sebagainya, fikirlah dari setiap sudut.. Tidak semestinya benda yang buruk kita perlu hapuskan. Sebab manusia ini dikurniakan akal fikiran memang perlu untuk kita fikir sedalam dalamnya untuk kita sama-sama selesaikan masalah, kalau tidak kenapa manusia di jadikan sebaik kejadian dan menjadi khalifah dimuka bumi. Fikirlah bagaimana untuk kita menguruskan hal ini disamping memikirkan kepentingan bersama.
Firman Allah, ‘ Telah tampak kerosakkan di darat dan laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia’ Allah menkehendakinya mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (kejalan yang benar), – Surah Ar-Rum 30 ayat 41.
Ini apa yang telah saya saksikan, tidak termasuk haiwan-haiwan lain, yang terjejas akibat habitat mereka dimusnahkan. Ini baru sahaja isu tentang monyet. Banyak lagi isu haiwan yang teraniaya yang sepatutnya juga kita ambil berat.
Dan saya juga ingin menyeru kepada teman-teman saya, sekiranya tidak mampu untuk menjaga haiwan sila jangan bela, sebab bela haiwan ni memerlukan komitmen tinggi. Nanti bila tak mampu dari segi emosi, mental dan kewangan, buang pula haiwan tu di tepi jalan dan tempat2 yang tidak sepatutnya. Terima kasih.
– Manusia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit