Child Grooming

Assalamualaikum semua ^^

Sumpah masa menaip ni, hati aku berdebar-debar. Aku simpan lama cerita ni, mak ayah aku pun tak tahu. Ada beberapa kawan yang tahu, yang rapat ja. Tu pun kebetulan sebab sorang kawan aku tu pun pernah jadi mangsa. Ya, mangsa seksual. Tapi kes aku ni, mungkin ada gadis lain yang turut mengalaminya.

Aku dibesarkan di bandar, tapi kawasan perumahan aku macam kampung. Rumah kampung. Jiran kiri dan kanan aku dua-dua saudara-mara ayah aku kecuali jiran belakang rumah. Walaupun aku panggil dia mak chaq dan pak chaq, tapi mak chaq ialah anak angkat kepada mak cik ayah aku, jadi dia macam sepupu angkat ayah aku. Mak chaq aku ada empat anak lelaki. Aku panggil diorang A, B, C, D; ikut turutan dari tua ke muda.

Semasa aku kecil, aku rapat dengan C dan D sebab kat kawasan tu, diorang je yang aku kenal dan rapat sejak kecil. Aku tak ingat berapa umur diorang tapi aku rasa macam beza 3-6 tahun kot. Aku ingat lagi, umur aku 5-6 tahun, C berumur 14-15 tahun dan D berumur 8-9 tahun mungkin. Aku tak ingat sangat. Sebab aku kecil lagi masa tu. Yang aku tau, C dah sekolah menengah dan D masih sekolah rendah.

Aku selalu main dengan diorang lepas tadika. Tambahan pula, masa aku kecil, aku sangat suka kat C. Mungkin sebab dia macam abang dan dia baik sangat dengan aku, jadi aku mudah rapat dengan dia. Aku suka sangat kat dia sampai aku selalu ulang kat mak dan ayah aku, besar nanti aku nak kahwin dengan C. Aku punya berangan tu dahsyat gila. Haha.

Suatu hari, aku pergi ke rumah diorang. Macam biasa, aku pergi nak bermain. Masa tu petang. Aku dipelawa masuk oleh C dan aku dibawa naik tingkat atas. Aku tak ingat apa jadi sebenarnya tapi aku ingat yang aku diajak masuk ke dalam kelambu, tempat diorang adik-beradik tidur. Ingatan aku kurang jelas, tapi aku masih ingat apa yang dia buat kat aku.

Kejadian ni berlarutan untuk beberapa hari, kalau aku tak salah la. Aku sendiri pergi ke rumah tu sebab aku nak lagi. Nampak tak kat sini? Aku di ‘groom’. Sampailah suatu hari, aku pergi ke rumah tu, C dan D ada di rumah, tapi C cakap kat aku, “Nak lagi ke? Suruh D pulak pula yang buat. D, ko buat dia” lepas tu C keluar dari rumah. D tarik aku, dia buka seluar dia. Belum sempat nak buat apa-apa, ayah aku dari luar rumah jerit panggil aku. Kami terkejut. D cepat-cepat tarik seluar. Aku cepat-cepat pergi ke pintu. Ayah aku cakap mak masak maggie, baliklah makan. Aku suka maggie masa kecil, jadi aku terus balik.

Tapi entah kenapa sejak hari tu, aku dah tak pergi ke rumah diorang. Lama-lama, hubungan kami tak rapat dah. Aku sendiri tak pasti kenapa, sebab babak D buka seluar tu ingatan terakhir yang aku ingat pasal diorang. Mungkin aku sibuk belajar di rumah, atau mungkin aku mula sedar yang perbuatan tu perbuatan yang menjijikkan dan kalau aku bagitau kat ayah, mesti ayah mengamuk kat kampung tu. Tapi aku lambat sedar, masa aku tingkatan satu kot aku baru tahu benda tu salah dan aku rasa jijik dengan diri aku. Tambahan pula, ayah aku jenis panas baran jadi pada masa tu aku yakin kalau aku bagitau, pasti aku kena marah dan rotan. Padahal sebenarnya kalau aku fikir betul-betul, pasti ayah aku takkan salahkan aku tapi sebaliknya dia akan salahkan C dan D. I should have known better :’)

Aku taktau apa yang ayah akan buat kalau aku bagitau sekarang, semasa aku berusia 24 tahun. Perlukah aku bagitau? Aku takut. Ayah aku ada sakit jantung. Lagilah aku takut nak bagitau. Tapi sekarang ni, malam2 mesti aku teringatkan perbuatan diorang tu dan aku mula salahkan diri aku. Secara mental, aku rasa sangat-sangat tertekan. Betapa sakitnya simpan rahsia ni daripada mak ayah aku.

Cerita aku mungkin ada lopong2 dan kosong dan ada yang tak lengkap. Sebab aku sendiri tak berapa ingat. Masa tu aku masih kecil, so what do you expect? It’s not even a traumatic experience, it was something, I was willing to do. Tapi kat sini aku nak bagitau, child grooming is real. Aku langsung tak tahu yang benda tu salah walaupun perbuatan tu dilakukan oleh orang yang kita rapat. Aku tak tahu yang aku tak boleh benarkan orang lain sentuh kawasan kemaluan aku. Aku tak tahu. Jadi mungkin korang rasa, aku tak tahu jadi bukan salah aku.

Tapi tak. Benda tu tinggalkan kesan perit untuk aku. Sampai sekarang aku salahkan diri aku. Aku rasa jijik. Aku rasa aku ni perempuan gatal. Aku rasa aku ni perempuan yang tak layak bercinta. Aku rasa berdosa dengan mak ayah aku. Mak ayah aku bukan orang tak berpelajaran, mak aku guru, ayah aku polis. Keluarga aku sangat dihormati kat kawasan tempat tinggal aku. Tapi aku masih terjebak hanya sebab mereka tak bagitau benda tu salah. Malah aku pernah suka kat predator tu. Aku sendiri yang pergi cari dia. Aku ni menjijikkan.

You know what? Sampai sekarang aku tak pernah pergi rumah tu lagi kalau diorang ada. Masa raya pun aku tak pi beraya. Diorang datang beraya aku tak keluar bilik. Aku buat-buat tidur. Aku kata aku malas sebab kena pakai tudung. Diorang kahwin pun aku tak pergi kenduri diorang. Aku jijik dengan diri aku. Aku lagi jijik dengan diorang. Aku rasa kelakar sebab diorang boleh kahwin dan hidup seperti biasa sedangkan aku merana secara mental. Aku rasa kesian dengan perempuan yang kahwin dengan diorang. Mungkin diorang dah berubah, mungkin, tapi mental aku rabak. Aku harap anak-anak perempuan diorang selamat dan anak-anak lelaki diorang tak ikut perangai jijik diorang tu. Amin. Harapnya begitu. Aku harap sangat2.

Point cerita ni, aku nak bagitau yang child grooming is real. Bagi yang tak tahu apa itu child grooming, boleh google yang di mana mereka memterjemahkan child grooming sebagai ‘merangsang’;

“Merangsang berlaku bila pemangsa bina hubungan emosi dengan korang dengan harapan korang percaya padanya. Tapi niatnya untuk mendera atau eksploit korang secara seksual, sama ada menerusi telefon bimbit, kamera web atau bila dapat berjumpa. Ramai kanak-kanak dan remaja tak sedar pun bila mereka sedang ‘dirangsang’, atau apa yang sedang berlaku itu adalah penderaan.”

Jadi, berdasarkan definisi ni, jangan sesekali salahkan budak bawah umur sebab dia suka predator tu. Diorang tak tahu apa-apa. Yang diorang tau, diorang suka kat predator tu sebab predator tu pandai ambil hati diorang. Diorang dah jatuh sayang dengan predator tu. Budak-budak tak tahu apa-apa.

In case ada orang yang tertanya-tanya sama ada aku dirogol atau tidak, aku rasa tak. Aku tak ingat apa-apa yang menyakitkan, tapi aku ada ingatan yang kabur yang C pernah cuba, tapi tak berjaya. Mungkin. Aku tak pasti. Mungkin ingatan aku juga salah. Mungkin ingatan aku di “alter” sebab masa tu aku kecil lagi. Pendek kata, aku sendiri tak pasti yang aku dara atau tidak. Haha. Kelakarnya. Aku merana kat sini, diorang bahagia dengan hidup diorang di samping isteri dan anak yang tercinta. Kelakar kan? :)

Kalau C dan D terbaca confession ni, aku tak perlukan maaf daripada korang sebab aku sendiri tak mau jumpa dengan korang. Aku rasa kalau aku jumpa korang, aku rasa lagi tertekan dan stres. Kalau aku ternampak kereta korang masuk kawasan perumahan, aku selalu elak dan sembunyikan diri. Aku just nak bagitau yang korang dah tinggalkan duri yang mendalam kat dalam diri aku. Duri tu takkan dapat dicabut. Kalau dicabut pun, sudah tentu meninggalkan parut yang mendalam. Aku harap korang akan rasa bersalah seumur hidup dan jaga family elok-elok supaya anak-anak korang tak terjebak. Please allow me to be evil for once.

How I wish aku boleh report korang kat polis, tapi sebab korang pun budak di bawah umur masa tu, aku terpaksa terus diam dan pendam. Bodohnya aku suka kat kau C. Bodoh betul.

Jadi, yang baca luahan aku ni, kalau korang ada adik kecil atau anak-anak kecil, berikan pendidikan seks yang sewajarnya. Bacalah apa tu pendidikan seks. Pendidikan seks ni sangat penting. Tolong jaga anak-anak korang untuk tak jadi predator. Sampai bila kita asyik nak ajar dan salahkan mangsa sedangkan mangsa tak pernah salah?

Itu saja. Terima kasih kerana baca luahan aku ni. Maaf kalau berterabur. Aku memang serabut fikir benda ni, taktau nak cerita macam mana lagi nak bagi tersusun elok.

Assalamualaikum.

– Ja

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *