Assalamualaikum wbt, admin boleh tak share? sbb I don’t know where should I ask.
Saya aila. saya baru je habis belajar baru-baru ni. sy seorang yg ceria, sy aktif dengan kawan2, sy aktif dengan family sy. masa dekat depan diorang, sy abaikan sekejap perasaan sy. sy aktif dgn Ngo, sy mmg aktif.
adakah saya merupakan seorang manusia yang sedang kemurungan? jika bersama-sama kawan, orang selalu cakap sy ni kelakar, tapi bila sy balik rumah, sy jadi panas baran, merajuk, cepat terasa hati, rasa tak disayangi, rasa selalu diabaikan, rasa tak cantik, rasa tak layak nak duduk tepi orang. walaupun sy ada degree, tapi bila sy cuba jadi confident, sy rasa sy tak layak sbb sy rasa sy sgt “kosong”. sy rasa semua org tak sayang sy. sy sentiasa duduk dalam kesedihan. duduk dalam solat menangis, tadah doa menangis, cuba luahkan perasaan pun menangis, mandi menangis, berak pun kekadang menangis. sy rasa Allah tak syg sy jugak. sy rasa Allah tak pandang sy.
sy selalu terfikir, “aku taknak pun dilahirkan di dunia ni, aku tak mintak pun, diorang sedap2, tapi aku ni yg tahan derita bila besar”.
sy cuba fight, sy cuba fikir positif, sy ckp dekat diri sy “tengok, org buat mcm2 dekat kau, tapi kau taknak pandang”. “diorang buat mcmtu sbb diorg syg kau”. “cubalah bersyukur sikit, semua yg terjadi ada hikmah”.
padahal tak ada orang lukakan hati sy pun. bila duk sorang2, dia jadi macamtu, bila dgn kawan, sy rasa mcm nak jauhkan diri, bila dgn family, sy rasa sy xnak mereka rasa kehadiran sy. sy rasa nak jauhhhh dgn semua org.
kalau sy gembira, sy taknak org tahu sy gembira, sy sembunyikan kegembiraan sy, sy ada cuba share, tapi kalau sy share, kegembiraan sy turn to kesedihan. sy suka tgk org lain share kegembiraan diorg.
kenapa ni?
masalah dalam kerjaya pula, sy rasa nak teruskan ijazah, tapi sy rasa sy tak ada bakat, maksud sy, sy bengap gila. sy tak boleh jadi yg terbaik.
nak aktif bersukan, sy rasa sy xlayak.
nak bisness pun tak jadi.
semua benda sekerat jalan setelah sy fikir tak ada progress yg positif.
sy malu sgt nak bercakap dgn org yg level atasan dari sy, sy rasa nervous, rasa tak layak, rasa tak didengari, rasa tak terbaik. bila ada org kecam sy, sy asyik fikir sy banyak buat salah, sy fikir dalam2, sy negatif, sy menyesal.
saya cuma mahu meminta pandangan daripada pengalaman kehidupan sahabat sekalian. Memandangkan IIUM confession antara satu medan yang saya kira top.
entah kenapa saya merasakan hidup saya seusia 24 tahun ini terumbang ambing. mengambil jurusan kemanusiaan tetapi tiada bakat di dalamnya. Saya sedih kerana setiap perkara yang saya buat tidak menjadi. Bisness tak jadi, join itu ini tak jadi. saya rasa saya tak ada jati diri. kalau macam confession sy pun, sy rasa berterabur.
– suhaila
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit