Tersalah Pilih Calon Suami

Bekas calon suami aku, Najib Bukan Nama Sebenar (muda setahun), duda ditinggalkan bini dia Rosmah Bukan Nama Sebenar dan anak selepas Rosmah bersalin. Najib ditinggalkan semasa hidup Najib tengah susah jatuh bankrap. Najib pernah hidup senang sebelum berkahwin dgn Rosmah. Najib ceraikan Rosmah (sebaya aku, lewat 20-an 2018, tak pernah jumpa) katanya lepas Rosmah sendiri berkeras minta cerai. Jib bukan yg pertama lamar aku ajak kahwin tp Jib org pertama aku terima sbg calon suami. April 2015 lepas 5 bulan mcm tu ditinggalkan Mah, baru Jib kenal aku masa dia bersungguh tolong aku sbb kereta aku rosak tepi jalan. Sbb terhutang budi aku terus jadi pelanggan bisnes Jib dan terus berhubung dgn Jib. Jib mula kongsi masalah hidup dia kat aku sbb katanya dia takda kawan rapat. Julai 2015 Jib ajak aku kahwin pada waktu bisnes dia makin baik, tp sebelum aku setuju nak kahwin dan bagi jumpa bapak aku, aku selalu nasihat supaya jgn putus asa dgn Mah dan anak yg masih kecil tu.

Jib bersungguh cakap dgn aku yg dia takkan balik pada Mah lepas apa yg Mah dah buat pada Jib. Hampir semua yg berlaku antara Jib dgn Mah dan siapa Mah sebenarnya semua Jib cerita terperinci kat aku sbb Jib tak puas hati yg aku selalu positif dgn Mah, ye lah sbb cerita sebelah pihak kan. Dalam aku pertahankan Mah ada jugak aku takpaham kenapa Mah perlu hilangkan diri waktu Jib susah dan menafikan hak Jib sbg ayah kepada anak diorang siap tukar nama anak dlm pendaftaran. Yang ni aku nak minta yang pakar bincangkan sikit apa hukum ibu sengaja sekat anak jumpa ayah. Jib sayang sangat anak dia, habis semua entiti Jib letak nama anak dia. Jib ni pun aku tak paham alasan dia tak ambil tindakan undang-undang pada Mah. Banyak kali Jib cuba yakinkan aku yg mmg mustahil utk dia balik pada Mah dan juga bgtahu kalau ditakdirkan berjumpa balik, Jib cuma akan jumpa Mah hanya sbb anak sahaja.

Sbb isu Jib-Mah ni yg buat aku tangguh nak terima Jib. Jib tanya aku adakah dia jahat sgt padahal niat dia baik nak halalkan aku dan masa ni Jib dlm proses hijrah diri ke arah lebih baik. Walaupun konfius, aku masih cuba terima Jib sbb nampak hijrah dia tu, selalu ke masjid, kdg2 cakap pasal agama dgn aku dan paling tabik pada Jib ni dia tersangat rajin kerja. Aku mula ada keyakinan nak terima Jib lepas aku selidik socmed Mah yg Mah mengaku dah ada lelaki lain dlm hidup dia. Aku rasa tak patut nilai Jib ikut sosial masa silam jadi aku bgtau Jib keputusan kahwin ni aku serah pd bapak aku, sambil tu aku mula isthikarah dan aku pun minta Jib isthikarah. 2015 ni masing2 mula berjanji, Jib dgn janji yg dia takkan putus asa dgn aku, aku pulak dgn janji takkan tinggalkan Jib dalam susah walau apa pun yg jadi. Tambah lagi aku percaya nak terima Jib bila Jib ckp dia isthikarah kemudian dpt mimpi aku dgn dia tgh nikah dlm masjid. Dia ja mimpi, aku takmimpi pun. 2018 ni baru aku tersedar yg tu mesti mimpi takbasuh kaki kan. Lepas setahun berkawan, baru Jib berkesempatan jumpa bapak aku sbb, elok lepas Jib lamar aku tu Jib sakit lemah teruk lawan tanda kanser. Masa Jib lemah semangat ni, hari2 aku bg motivasi pada Jib sampai dia pulih dari sakit tu.

Lepas jumpa bapak aku, bapak minta Jib kawan lama lagi dgn aku, masa ni aku takpaham sbb aku target bercinta lepas nikah ja. Jib pun cakap dia dah ada bajet sampai RM30K utk kahwin dgn aku walaupun dia tgh ada komitmen dgn insolvensi tp setakat masa ni, Jib masih dapat bayar insolvensi dgn baik dan akan selesai sikit masa lagi dah. Jib jujur dgn bapak aku pasal status dia duda anak satu yg masih berstatus bankrap, ada komitmen tinggi sbg anak sulung kena tanggung keluarga sbb tiada ayah sejak sekolah. Walaupun masa ni aku takpaham kenapa kena kawan lama2, aku tetap ikut cakap bapak aku. Korang jangan jadi mcm aku dulu salahkan bapak suruh kawan lama2.

Bapak buat mcm tu sbb percayakan aku, aku bukan jenis suka bersosial atau keluar berdua dengan lelaki dan aku jenis suka minta izin bila nak ke mana. Bapak aku ni cuma musykil dgn Jib sbb taksampai setahun kahwin dah bercerai dan taksampai setahun bercerai dah ajak aku kahwin. Tapi sebab aku yg nak kahwin, bapak cuba terima calon pilihan aku sambil nasihat, “Barang yg rosak jangan cepat tukar baru tapi kena cuba usaha baiki sehabis baik dahulu”. Sebelum Jib jumpa bapak, aku takpernah layan Jib lebih dari kawan biasa tapi aku silap bg janji pada Jib yg aku akan ubah cara aku layan dia lembut sikit lepas dia jumpa bapak aku, jadi Jib tuntut janji aku. Bagi org yg takreti bercinta mcm aku, permintaan Jib memerlukan usaha besar. 2015-2016 mmg indah Jib sgt baik bertutur sopan, Jib byk bersabar dgn perangai ego jual mahal aku. Sebab tu masuk tahun ketiga aku cuba sabar dengan Jib. Aku selalu isthikharah sbb kami kerap bergaduh. Mula gaduh teruk pada Jan 2017 bila Jib putus asa dgn aku sbb masalah duit dia. Aku memang takboleh terima Jib putus asa sebab duit. Bagi aku duit bukan segalanya sampai nak jadikan alasan putus.

Jib ni punca awal masalah duit bila Jib terlalu mudah bagi kawan2 dia pinjam duit dan akhirnya kawan2 dia senyap hilangkan diri. Ada kawan Jib yg pinjam duit utk majlis kahwin terdesak kata lepas majlis kahwin nak bayar, tapi janji palsu. Jangan kata aku tak nasihat, sebab aku nasihat lah kitorang bergaduh. Mungkin cara aku nasihat tak kena agaknya. Entahlah. Selain tu kami kerap gaduh benda remeh contohnya, Jib selalu marah bila aku reply public comments kenalan lelaki yg berapa kerat sgt dekat socmed aku tapi padamasa sama Jib steady berpick-up line berbulan lamanya dgn pelanggan dia di socmed pelanggan tu. Aku takpuas hati sbb Jib ni tak berlaku adil selalu pertikai aku ada kenalan lelaki walaupun aku tersangat jarang Private Message kenalan lelaki dan aku mmg cuma balas berkaitan hal kerja dan hal bisnes aku, aku siap screenshot semua PM segala socmed aku pun Jib tetap suruh aku block kenalan2 lelaki aku di segala sudut.

Walaupun taklogik dan dakwaan dia takbetul, aku masih ikut cakap Jib suruh block semua yg dia taksuka. Dengan boss aku pun Jib taksuka sbb katanya boss aku mcm nak aku jadi bini muda boss. Yang paling remeh sekali apa benda aku like dekat socmed pon jadi isu untuk Jib. Aku sendiri pon tak ingat apa benda aku tekan LIKE, Jib ni boleh emosi dgn aku psl isu ni pernah sampai 5 hari. Banyak lagi benda remeh yg aku buat aku kena, aku takbuat pon aku kena. Jadi aku terus kemurungan. Susah betul bercinta ni ya. Jib juga tak habis2 nak cepatkan kahwin siap ckp aku buat dia terhegeh sbb Jib nampak aku mcm sengaja lambatkan kahwin dek kerana aku ambil masa nak bincang dgn mak bapak aku. Padahal waktu tu Jib dilanda masalah bisnes teruk dan aku siap tolong Jib dlm pengurusan bisnes Jib. Aku siap bg pinjam duit beribu ringgit lagi mula dari hujung 2016, sbb aku tahu Jib kena tanggung keluarga dan aku kesian pd keluarga Jib. Jib akhirnya hilang duit bajet kahwin lepas masalah demi masalah yg Jib hadapi.

Sebab aku ingat nasihat bapak aku, tiap kali gaduh aku dgn Jib akan bincang balik. Jib minta aku bisik tanya mak bapak anggaran wang hantaran, bapak aku bgtahu tak kurang dari RM10K tapi sbb aku tahu Jib dah takmampu dan aku dah takmampu berdebat lebih dgn bapak aku, aku sukarela nak kongsi dua duit hantaran. Kami gaduh-baik-gaduh-baik dan semakin teruk bergaduh tapi aku tetap tolong Jib.

Makin lama makin pelik sbb masalah duit Jib makin teruk dan Jib jadi makin cepat marah makin kurang ajar makin berani tinggikan suara tengking2 aku. Bab kena tengking memang aku takboleh lupa sampai sekarang sbb naifnya aku kena tengking2 dgn orang luar pun masih balas lembut. Rupanya dlm Mei 2017 mcm tu baru Jib jujur yg Jib ada ambil alih kereta ‘BMW 5 Series’ pakcik dia sejak awal tahun tanpa pengetahuan aku dan masa Jib ambil kereta tu Jib masih hutang beribu dgn aku. Oh aku lupa bgtahu yg aku dgn Jib PJJ sejak lepas dia lamar aku sbb tu Jib berjaya sorok dari aku. Jib ni juga dah ada kereta lain jadi aku langsung takdapat syak. Aku sabar ja sbb kalau aku emosi Jib akan jadi lebih emosi. Sambil tahan marah sbb benda dah jadi, kami takda pilihan selain cari cara selesaikan tunggakan komitmen Jib. Aku dah nasihat okay suruh dia jual kereta tu tapi dia bg macam2 alasan.

Taklama lepas kantoi BMW, benda lain lagi yg aku takboleh terima bila kami gaduh sbb aku taksetuju Jib nak tukar sport-rim BMW dgn harga RM2.5K sbb katanya harga promosi murah susah jumpa. Jib terima aku taksetuju tapi masih marah cakap aku takpaham minat dia pada kereta. Wey kalau kau takda hutang kau dah mampu, kau nak beli Rolls-Royce pun aku tak kisah. Sepanjang aku dengan Jib sejak hutang 2016, Jib mmg ada bayar duit aku, tapi dia lagi byk tambah pinjam balik drpd bayar. Haha. Aku gila kan? Ada sekali aku minta duit balik dgn Jib sbb bapak aku sakit perlukan rawatan segera, dalam hari yang sama Jib cuma cakap “Sorry takboleh tolong sbb you dah ada abang dan mama you”. Wey masa Jib terdesak nak pakai beribu sampai lubang cacing tau aku gali.

Sebab waktu tu nyawa bapak aku lagi penting jadi aku malas buang masa bergaduh dgn Jib. Pernah juga masa aku tgh gaduh dgn Jib, dia post di socmed dia kononnya dia dah buat semua utk perempuan tp masih tak paham perempuan. Yang ni aku marah betul sbb makcik pakcik kakak abg bawang byk betul komen pedas kasar siap ckp aku betina pisau cukur, siap nasihat Jib tinggalkan aku lah lah yada yada. Amboi, korang nampak dia rajin, nampak dia pakai BMW, tapi korang tahu tak laki tu bayar hutang BMW dia pakai duit aku? Korang ingat duit aku turun dari langit ada Pak Arab derma ke ha? Dan lagi aku terkilan bila Jib tak langsung menafikan komen tu semua tp dia tumpang gelak sekali. Dalam post Jib tu sebenarnya, 4/5 points (cthnya berhenti merokok demi perempuan) mmg Jib dah buat sebelum aku dtg dlm hidup dia. Satu benda ja betul mmg khas utk aku, bab cincin tanda.

Dipendekkan cerita semakin byk masalah berlaku (termasuk masalah dari keluarga masing2) majlis terpaksa terus ditunda sampai Okt 2017, Jib buang aku dgn ayat2 kasar cakap dah benci aku dah taknak aku. Sebelum tu, Sept 2017 pun dia pernah buang aku tapi cakap elok2 aku boleh terima baik lagi tapi Jib tarik balik cakap dia dan kami berbaik. Okt 2017 ni buang balik tapi dlm masa yg sama Jib mesej kawan baik aku ckp masih sayang aku dan Jib sengaja cakap dah taknak aku sbb Jib taknak aku susahkan diri lagi utk Jib. Aku pula gila, dah dengar kawan aku cerita tu aku patah balik lagi cari Jib. Tapi taktahan lama, taksampai sebulan Jib buang aku sekali lagi dengan kasar sbb aku ajak audit solat dan Jib takpuashati Jib pertikai pulak bab hantaran RM10K yg aku nak kongsi dua. Kali ni aku terdiam takda reply. Aku bukan cakap dia taksolat, aku ajak dia audit solat sbb dia makin baran.

Ni juga bukan kali pertama Jib pertikai bab hantaran. Aku penat kena buang-kutip-buang mcm ni jadi aku terima semua cakap Jib dan aku sendiri yg bagitahu keluarga aku utk batalkan majlis atas alasan takda jodoh. Keluarga aku terima baik tapi terkejut sikit sbb selama ni aku pertahankan Jib tinggi menggunung sampai pernah bergaduh dengan keluarga semata nak cepat kahwin dgn Jib. Jib agaknya tak sangka aku terus terima keputusan dia kali ni jadi dia tanya aku beberapa kali. Dia yang buang aku dia yg meroyan. Kami putus dgn hutang Jib RM24K bersama tuduhan dia yg aku putus sbb ada lelaki lain. Hutang tu duit yg Jib pinjam utk bisnes/komitmen Jib dan takda kaitan dengan belanja majlis kedua pihak. Aku tuntut sebab Jib dah janji nak bayar cepat.

Lepas putus aku masih berhubung dengan Jib utk kutip hutang. Lagipun aku ingat janji aku pada Jib takkan tinggalkan Jib dalam kesusahan sekurangnya sebagai kawan. Jib masih telefon aku bila Jib tertekan ada masalah sampai dia pernah bgtahu aku yg dia nak bunuh diri. Kali ni aku byk jadi pendengar mcm awal-awal dulu. Sebab aku kesian Jib kena tanggung keluarga dia, aku cuba lenient considerations tunggakan hutang Jib sesuai dgn masalah dia. Kereta pun dah jual tapi Jib masih bermasalah. Aku tahu sbb kadang-kadang aku ada tanya pasal bisnes, kesihatan atau lain-lain hal yg berkait dgn prestasi Jib nak bayar aku, ye lah kau nak lenient pon mesti kena tahu sebab. Sampai lah beberapa hari sebelum Aidilfitri 1439H masa aku tengah sibuk kerja, tiba-tiba Jib mesej aku ckp dia tengah bahagia dgn anak bini dan Jib ckp nak block whatsapp aku sbb nak jaga hati BINI dia. Eh, baru dua minggu lepas kau call aku cakap tengah stress, hari ni mesej cakap tengah bahagia pulak (ni aku cakap dalam hati je). Aku pun taktahu sejak bila jadi BINI balik tapi demi Allah takpernah terlintas aku nak kacau rumahtangga orang.

Takcukup lepas mesej kata tengah bahagia tu Jib call pulak cari gaduh marah-marah siap cakap aku irritating susah bawa bincang yada yada yada. TETAPI, esoknya Jib call lagi katanya smlm Mah yg pegang henfon Jib mesej aku kemudian suruh Jib loudspeaker call sakitkan hati aku depan Mah yada yada ckp benda yg kontra dari call smlm siap kritik Mah lagi. Mula dari sini aku terpaksa block call Jib. Kata Jib, Jib terpaksa ikut cakap Mah suruh tipu aku dan jadi kejam dgn aku sbb anak dia tgh dekat sebelah dgn Mah. Ya, dlm call tu aku boleh dgr suara anak dia dan aku tahu Jib baru dapat jumpa anak dia selepas 4 tahun tapi apa motif laki bini play victim dengan aku ni? Mah meroyan sebab Jib masih simpan pasal aku dlm henfon Jib tapi aku pulak kena. Laki bini sama ja dua-dua aku takpercaya lagi dah. Mah boleh pulak kata aku keruhkan rumahtangga diorang. Aku geram dgn Mah tiba-tiba muncul sakitkan hati aku padahal selama ni aku byk pertahankan Mah. Wey, selama kami putus ni laki kau yg call aku tau aku takpernah call dia dan dia TAKPERNAH BAGITAHU korang dah berbaik. Kalau aku tahu kau dah balik pada Jib, dari awal lagi aku tak pinjamkan telinga aku pada Jib yg nak bunuh diri tu.

Dua minggu lepas Mah meroyan, ibu Jib pulak call aku pesan jgn tekan Jib dan jgn keruhkan keadaan. Makcik, anak makcik dah berhutang dengan saya sejak 2016 lagi, ni dah 2018 baru saya nak bertegas tuntut. Aku taksalahkan ibu Jib sbb ibu dia taktahu cerita penuh tapi apa ni 3-lawan-1, tekanan Jib pada aku korang taknak tanya dulu ke? Salah ke aku tanya pasal duit aku? Sebelum putus aku takpernah paksa Jib bayar dan lepas putus pun aku masih tanya elok2 tau takpernah tinggi suara. Aku cuba tolong dgn niat baik, ini yg aku dapat. Akhirnya Jib buang kepercayaan aku pada kadar sifar, dan paksa aku bertegas dgn dia bab hutang. Aku tahu Jib tengah susah tapi bila aku lenient sebelum ni dia boleh cari gaduh cakap aku irritating. Aku takboleh maafkan betul spesis masa pinjam perangai baik gila, tapi lepas dapat duit janji entah ke mana perangai entah ke mana. Duit bukan segalanya, duit cuma alat ujian manusia. Kalau sebab duit kau buat perangai teruk dengan org, mmg orang teruk balik lah dengan kau. Jangan salahkan duit. Respect is earned, not given. Eh, tiba-tiba.

Aku menulis dgn bukti, semuanya aku simpan rekod. Maaf cerita panjang dan bahasa aku bercampur. Aku cerita utk pengajaran. Ya aku tahu aku dulu bodoh dan naif. Aku takpernah tolong orang lain sama macam aku tolong Jib. Dengan bapak aku sendiri pun aku takpernah tolong bisnes bapak sampai macam tu. Apa yang terjadi ni kifarah buat aku sebab dahulukan Jib dari segalanya sepanjang 3 tahun. Bab salah jodoh, bukan salah Najib sepenuhnya sbb jalan ni aku sendiri juga yg pilih. Memang tak dinafikan Jib masih ketua keluarga yang bertanggungjawab dan anak muda yg sgt rajin bekerja. Cuma perangai dan ego dia tak sesuai dengan perangai dan ego aku. Aku suka berleter, mungkin sebab tu Jib bertambah baran. Jib suka cakap aku ego sangat susah dengar cakap, asyik nak menang dan terlalu mencari kesempurnaan. Aku taksempurna dan bukan cari yg sempurna. Kalau aku cari yg sempurna aku tak terima Jib yg awalnya bankrap tak berharta dan sakit. Nak kata Jib ada rupa pun takda, sbb aku pun biasa biasa ja. Dan sebenarnya aku dengar cakap Jib suruh buang kawan2 aku, percaya janji Jib nak bayar duit aku cepat, masih tolong Jib walau apa pun yg jadi dan aku yg selalu patah balik mengaku silap aku tiap kali Jib putus asa.

Entahlah susah nak puaskan hati semua orang aku dah cuba ubah diri aku dah tapi Jib juga yg putus asa dulu. Aku dah lama move-on ni aku cuma cerita bahagian buruk aku di mata Jib pula kang korang cakap semua pasal Jib di mata aku ja. Korang nak kecam pun kecam lah tapi hutang Jib dah pun bagi aku kesan mcm2. Bab hutang Jib dgn aku ni, keluarga aku taktahu langsung sbb aku taknak keadaan jadi lebih teruk. Lagipun sekarang Jib dah pun berusaha bayar aku sikit-sikit walaupun dgn penuh drama. Kalau korang taknak hadap drama macam ni, korang jangan ikut aku bagi pinjam duit kat orang. Sampai sekarang dah 8 bulan aku masih paranoid takboleh lupa apa yg jadi membuatkan aku masih takboleh nak terima 3-4 org yg approach aku/parents aku dgn niat serius. Sebab doa tu senjata, aku nak minta korang doakan bekas calon suami aku ni dpt bayar aku sampai habis secepat mungkin, doakan jugak aku dapat jodoh yang baik dan doakan aku cepat terbuka hati untuk terima jodoh yg baik tu. Mak bapak aku pun tunggu aku kahwin, sama macam mak bapak lain. Aku cuma takut nak terima orang buat masa sekarang sebab taknak lalu proses sama lagi. Aku pun doakan semua yang tengah hadap ujian jodoh ni turut diberi jodoh yang baik dan dipermudahkan.

Nasihat utama aku bab hutang, ingatlah orang yang berhutang hidupnya tidak berkat bila sengaja takbayar hutang. Kalau kau mati sekalipun roh kau akan tergantung selagi hutang tak dibayar. Bila dah ada duit, terus bayar jangan tangguh dgn alasan nak melabur projek untung berjuta mahupun beli aset baru. Bila duit tu takberkat, projek atau asset kau tu takkan kekal lama pun. Bab kahwin bukan main kau nak segerakan tapi bab hutang org kau tangguh. Nasihat bab jodoh pula, kepada yang dah ada niat kahwin tu jangan putus isthikarah isthikarah isthikarah. Kenalkan calon pada ibu bapa seawal mungkin sbb diorang yg jaga kita dari kecil dan lebih kenal diri kita siapa. Cuba pertimbangkan nasihat ibu bapa tu selagi ibu bapa kau tu masih waras boleh beza baik buruk dosa pahala, jangan cepat sangat memberontak, ambil masa untuk berbincang. Aku tengok masih ada lagi kenalan aku yang memberontak dgn ibu bapa pasal jodoh. Lagipun redha Allah terletak pada redha ibu bapa, setinggi mana pun usaha kita utk sesuatu tp sesuatu tu takkan terjadi dengan jayanya tanpa redha ibu bapa.

Yang belum sedia nak kahwin, jagalah hati sekali terluka dan kotor mmg sgt susah nak rawat. Macam aku ni baru ja baik dari kemurungan berbulan-bulan tau. Akhir kata, aku nak kongsi ayat Inggeris, “What women should know: a man who truly loves you will never let you go, no matter how hard the situation is. What men should know: a woman who truly loves you will be angry at you for so many things but will stick around”. Perempuan, kalau lelaki sendiri dah putus asa dah buang kau, kau angkat kaki ja jangan tunggu tunggu lagi dah nanti lagi sakit. Biar sakit takjadi kahwin dari sakit masa kahwin syurga kau dah jatuh bawah tapak kaki suami. Elok-elok sebelum ni kau dah jadi anak solehah tiba-tiba lepas kahwin jadi isteri derhaka. Lelaki, perempuan ni kalau dia betul sayang kau suruh tunggu 10 tahun pun dia sanggup tunggu. Lepas kau dapat redha ibu bapa sendiri, berusahalah pula dapatkan redha ibu bapanya supaya perkahwinan lebih diredhai dan diberkati sampai syurga. Ini termasuklah bab mas kahwin/hantaran yang bakal mertua kau bertegas minta. Haha. Setiap jumlah mesti ada sebab dan korang kena percaya semua rezeki tu dari Tuhan, kalau Tuhan redha sekejap ja Tuhan mudahkan duit tu. Lagipun korang kena ingat yang perempuan ni nak bertukar “syurga”. Hidup kita didunia adalah utk mendapatkan akhirat yg lebih baik.

– Yana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *