Bahagian Yang Perlu Kita Syukur

Pernah rasa tak korang nak cicah biskut tiger dengan tea lepastu biskut tenggelam dalam air dan kau cuba selamat biskut yang pertama tapi biskut kedua pun jatuh tenggelam dalam air dan mulalah kau rasa macam hidup ni tak adil, takde siapa sayang kau dan hidup tak berguna lagi.. hahaha ok saja aku gurau² untuk intro sebab aku tak pandai mengarang ayat padu kaw kaw.. Takpe Aku sedia dikecam xoxo.

Berbalik kepada tajuk sebenarnya aku nak ajak korang termenung sejenak kalau tak cukup sejenak pun mungkin boleh dua jenak untuk kau fikir apa bahagian yg belum kau habis syukur lagi?

Kadang dalam hidup kita ni macam macam yang Kita nak.. Lepastu macam biasalah Kan berdoa kat Allah tiba tiba Allah tak makbulkan.. Ehh cop cop.. This cannot be right.. siapa kata Allah tak makbulkan? Kadang Tu kite Yang tak Sedar dan pemikiran kite agak lurus sebab doa doa Kita ni mmg didengari Allah cuma bentuk makbulkan Tu Yang Kita taktahu.. Contoh kau doa nak dapat straight A’s untuk PT3 Dan kau pun usaha bagai nak Rak, Rak patah tapi kau takdapat straight A’s pun.. Kau mula rasa hidup ni tak adil.. Why me? Why me? Sedangkan doa itu Allah simpan utk sesuatu yg lebih baik untuk kau. Contoh selamatkan kau daripada musibah berat Yang kau tak tahu disebabkan asbab doa yg Allah tak makbulkan kau terselamat daripada musibah.

Kalau Kita nak hitung semula apa Yang Allah berikan pada Kita berbanding daripada apa Yang Allah belum berikan pada Kita sebenarnya dah cukup banyak untuk buat Kita bersyukur.

Jamgan pandang jauh sangatt untuk kau didik hati untuk bersyukur tapi cukuplah kau lihat diri kau sahaja. Kau lihat diri kau Dan bandingkan dengan 10 tahun Yang lalu.. Apa Yang Masih Ada pada kau?Masih kekal Allah pinjam Kan untuk kau lagi? Nikmat Mata telinga hidung bentuk badan.. Atau mungkin telah berubah tapi Allah bagi kelebihan pada diri kau Yang membuatkan kau yakin.. Kemudian luaskan pandangan lihat Pula sekeliling kau, siapa Yang Masih setia berkawan dgn kau, adik beradik kau,kekasih hati kau..bersyukur kerana tak semua org dapat apa Yang kau Ada sekarang ni tau..

Jadi pesan Aku untuk diri Aku Dan untuk kau kau kau Dan kau juga, marilah Kita bersyukur pada bahagian Yang Masih Ada untuk Kita.Bila doa Kita itu belum sampai dalam bentuk Yang Kita inginkan samada Allah inginkan menguji atau Allah tahu masa terbaik bila dia nak bagi atau dia nak selamatkan kau daripada musibah atau apa sahaja Yang Allah tahu tapi kau taktahu.

Lihat betapa baiknya Allah sehinggakan semua sifat kebaikan sahaja Yang Kita nampak daripada apa Yang Allah nak bagi pada Kita. Okay yang sedang sedih, Teruskan senyuman Dan melangkah sebab Allah sayang Kita Dan syukurlah pada bahagian yg Masih Ada pada Kita.. salam sayang intan..

– Intan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *