Jodoh Datang Pada Waktu Yang Tepat

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Terima kasih admin kerana kongsikan artikel Jodoh Datang Pada Waktu Yg Tepat. Terima kasih kpd para pembaca yg sangat positif. Yg baik diterima yg buruk jadikan tauladan. Sebenarnya, ramai wanita diluar sana terutama yg berumur 28 tahun ke atas masih mencari cari pasangan hidup. Rakan2 aku sendiri yg sebaya dgn ku iaitu berusia 30tahun pun menghadapi hal yg sama. Aku percaya, kita ini bukanlah tidak berusaha mencari jodoh itu. Cuma mungkin ada kisah2 atau pengalaman peribadi yg dilalui sedikit sebanyak membuat kita lebih berhati hati dlm memilih pasangan hidup.

Ini kisah aku sebelum aku bertemu dgn bakal suami ku kini. Percintaan pertama ku adalah dgn seorang lelaki yg merupakan rakan sekolah ku. Aku gelarkan dia R. Setelah sekolah, kami menyambung pelajaran di universiti yg sme. Cliche cam drama kan?? Ape pun ini kisah benar. Lama perhubungan kami lebih dr 8tahun. Yelaa..berkawan di sekolah yg sama kemudian bercinta dr matrik sehingga graduate degree di university yg sme. Cukup kenal juga dgn ibu bapanya dan keluarganya. Begitu juga dia n keluarganya mengenali keluargaku.

Selapas graduate, R bekerja di JB dan aku bekerja di KL. R pernah nyatakan hasrat utk meminang ku tp selepas kewangannya stabil. R minta tempoh 2tahun. Ye..aku happy tapi hati aku berat sgt utk bercerita pada mak. Kenapa?? Kerana sepanjang perkenalan kami, ibu R tak pernah menerima aku n keluarga ku. Senang paham cinta antara dua darjat la ni. Ibu bapa R sedikit berada la klu nak bandingkan dgn mak abah aku yg hanya penoreh getah. Sudah byk kali aku dengar mak mengadu tentang ibu R yg menyombong apabila berselisih bahu dgn mak di pekan. Mulanya aku katakan mgkin ibu R tak perasan. Tapi apabila kejadian yg sme berlaku pd diri aku sendiri. Aku yg beria bersenyum n menegur ibu R tetapi hanya muka selamber shj yg diberikan seolah tidak pernah mengenali aku. Sejak itu aku berpikir pikir utk memutuskan shj hbgan ini.

Sejujurnya R memang sgt baik. Ayah R pn baik orangnya dan tak sesombong ibu R. Itu buat aku berat utk ceritakan hal sebenar tentang layanan ibu R kpd mak aku. Demi menjaga hati mak abah, aku putuskan hbgan 8tahun itu dgn alasan hbgan kami semakin jauh dan renggang. Perkahwinan bukan antara 2orang tetapi juga penyatuan 2keluarga. Ye..kami berpisah secara baik. Memang sukar melepaskan seorang lelaki yg sgt baik seperti R tetapi aku terpaksa. Aku terima jodoh aku dan R cukup disitu shj.

Melupakan R bukan mudah lbh2 lagi bila mengetahui dari kawan2 kami yg R sdg mengenali seorang perempuan. R cinta pertama dan R adalah lelaki yg aku angan2 kan menjadi suami ku. Tapi mustahil utk aku mencari R lagi. Aku mesti lupakan R!! Apa yg aku lakukan, aku sering bertukar pakwe. Br sebulan kenal aku sudah boring. Br kenal sudah bergaduh itu ini langsung tidak bley berbincang. Jujur, lbh kepada suka2 utk melupakan R. Di tempat kerja, aku ade seorang BFF lelaki. Die tahu segala crite aku, kami mmg rapat. Keluarganya juga kenal baik dgn aku. Sgt baik. BFF adalah penasihat terbaik aku. “Jangan bagi harapan kat lelaki” “Hati2 berkawan dgn lelaki, aku tak nak ade lelaki yg dendam ngn ko sebab ko mainkan perasaan dia” Macam2 BFF nasihatkan aku. Akhirnya terkesan juga kat hati dan aku sedar ini bukan cara utk move-on. Kebetulan, aku dapat offer kursus kerja di vietnam, jadi life aku menjadi sibuk n kembali dr vietnam pun lagi bertambah sibuk. Yes!! Menyibukkan diri berjaya buat aku lupakan R n sedikit demi sedikit aku move-on.

Disebabkan kesibukan kerja itu juga hbgan aku dan BFF mnjadi renggang. Suatu hari, BFF menyatakan isi hati nya utk melamar aku. Tp aku tolak krn aku hanya anggap dia sbg BFF aku shj dan tidak lebih dr itu. Tidak selesa dgn situasi di tempat kerja kerana sering berjumpa dgn BFF. Aku nekad berhenti kerja dan memulakan kerja di Melaka dan lbh dekat dgn mak abah. Alhamdulillah, setelah setahun di tmpt kerja baru, aku mendapat berita BFF akan berkahwin. N hbgan kami sampai hari ini masih kekal BFF walaupun tidak serapat dl. Berita lain yg aku terima, R pun sudah menamatkan zaman bujangnya. Nak tahu apa yg aku rasa?? Aku rasa happy sgt seolah aku telah bebas drpd sangkar. Hati aku terasa telah bersedia utk bertemu jodoh yg sebenar benarnya menjadi suami aku.

Apabila dipikir pikir dan direnungkan, selama ini aku telah meletakkan penanda aras utk calon jodoh ku. 1. Mesti sama baik atau lbh baik drpd R. 2. Penerimaan keluarganya terhadap keluarga aku. 3. Selagi R belom kawin aku masih mengharapkan R. Rupanya, aku masih belom move-on. Cuma luaran shj nampak seperti telah move-on. Alhamdulillah, Allah Maha mendengar rintihan hati aku, lalu Allah hadirkan berita perkahwinan R dan bersama sama itu membawa pergi segala pengharapan. Disaat hati telah benar2 bersih Allah hadirkan bakal suami yg akan aku nikahi tidak lama lagi. Cantik, JODOH DATANG PADA WAKTU YANG TEPAT.

Wallahua’alam….

– Gadis berselendang kuning

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *